Dari 7 Julai hingga 30 September 2025, korang boleh nikmati Weekday Dinner Buffet yang penuh dengan rasa tempatan, diinspirasikan daripada nanas MD2 yang ditanam secara lestari oleh FarmByte, salah satu inisiatif agritech dari Johor.
Agak menarik bila ada kombinasi antara menu melayu dan nanas gini. Banyak pilihan gaya masakan bertemakan nanas yang di sajikan. Kalau kita memang nanas ni biasa masak lemak, pajeri dan juga buat jus aja kan, tapi di sini, korang boleh cuba pelbagai masakan yang ada nanas. Nanas MD2 ni bukan biasa-biasa tau, rasa dia manis, juicy, dan kaya nutrisi. Yang penting, ditanam guna teknologi moden macam dron dan penyembur tepat, memang mesra alam!.
Menu yang Sis rasa korang must try termasuk:
🍍 Sirloin bakar glaze nenas rosemary dengan pak choy hangus
🍍 Gulai Lemak Nenas Tumis Darat, kuahnya pekat berlemak, penuh isi ikan & ketam
🍍 Nasi Goreng Nenas dengan Isi Ketam
🍍 Rasam Nenas yang menyegarkan
🍍 Annasi Pakoda rangup dengan chutney pudina
🍍 Dan pencuci mulut yang wow! Ketayap Nenas, Pineapple Crumble & Mousse Tropika
Makan Kitchen terkenal dengan pelbagai kaunter masakan dari masakan melayu, chinese, india dan juga western, so setiap kaunter masakan ada menyajikan masakan yang ada nanas. Paling best, dessert mereka pun ada juga dari nanas. Korang kena cuba Ketayap Nanas tu haa, lain dari lain. Biasa kita makan inti kelapa, tapi ni inti nanas, meanrikkann.
Bukan itu sahaja, ketika korang makan, korang juga berpeluang untuk mencuba sendiri membuat Smootie Nanas dan juga Tart Nanas. Ada di sediakan kaunter DIY untuk korang cuba sendiri. Dah cuba terus makan dan minum, mesti korang teruja kan. Dewasa atau Kanak-Kanak juga boleh mencubanya.
So apalagi, jomlah datang makan di sini bersama keluarga dan kawan-kawan yaa. Promosi ini hanya akan berlangsung selama 2 bulan sahaja, bagi mereka yang suka dan gemar makan nanas, bolehlah datang sini makan. Kalau ada rezeki korang, dapat merasa nanas yang di potong segar.
Flavors Of The Harvest
Setiap Ahad hingga Khamis
Setiap Ahad hingga Khamis
Jam 6:30 petang – 10:00 malam
Harga per/pax :
Dewasa: RM128
Warga emas: RM88
Kanak-kanak: RM64
Datang 5 orang ke atas : Dapat diskaun 20%!
Ahli Hilton Honors : Dapat potongan sehingga 25% dan kumpul mata ganjaran!
Kalau korang nak suasana lebih privacy, boleh juga tempah Private Room dalam restoran, sesuai untuk sambutan hari jadi, makan malam keluarga atau team gathering.
Untuk tempahan tempat, korang boleh:
📞 Call: +607 268 6868
📧 Emel: JohorBahru.FB@Hilton.com
📲 Atau terus tempah kat SevenRooms
So, tunggu apa lagi? Kalau korang minat nak try kelainan, sambil support hasil tempatan, jangan lepaskan peluang ni okay!. Jom celebrate hasil tempatan dengan cara yang paling sedap!.
P/S : Gigih orang tu skodeng kita ekk huahuahua :p
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.