MASAK CENCARU KERUTUP, TERINGAT ARWAH EMAK

MASAK CENCARU KERUTUP, TERINGAT ARWAH EMAK

1
MASAK CENCARU KERUTUP, TERINGAT ARWAH EMAK. Lama nak makan masak kerutup ni tapi tak jumpa ikan caru besar. Boleh jerr guna cencaru kecik tapi Sis rasa tak puas, dapat yang besar baru puashati!. 

Rezeki pula ke kedai Acheh sekali ternampak ikan caru size besar ni. Ikutkan stok ikan dah banyak tu tapi geram tengok ikan caru besar tu, Sis beli juga 2 ekor, memang plannya nak masak Cencaru Kerutup

Masak Cencaru Kerutup, Teringat Arwah Emak

Hari yang Sis nak masak tu, Suami pulak takde, tapi ikannya dah beli 2 ekor, malas nak simpan-simpan, makanya Sis masak aja dua-dua ekor tu. Boleh buat makan esoknya. 

Lain orang lain gaya masakannya, style Sis hanya sambal aja di sumbat, Sis tak letak santan atau kelapa, kalau gaya masak tu, dah panggil ikan caru sumbat, yang ni Cencaru Kerutup. 

Masak Cencaru Kerutup, Teringat Arwah Emak

Dan ada juga style orang masak di gorengkan dulu ikannya kemudian baru sumbat lada, tapi Sis belajar dari arwah Emak, sambalnya di masak dulu garing, kemudian sumbat di celah ikan caru, kemudian bakar dalam kuali dengan letak sedikit minyak sampai ikannya masak. 

Gaya masak gini akan buat isi ikan tu lembut juicy, berbanding di goreng dulu, nanti isi ikannya kering. Tapi ikutlah selera dan gaya memasak masing-masing ya. Kalau nak cuba versi masakan Sis, boleh try resepinya di sini

Masak Cencaru Kerutup, Teringat Arwah Emak

Masak 2 ekor, sekor makan petang, sekor lagi buat makan esoknya, sedap kemain! Cuma agak sedih bila tengok lauk ni, arwah Emak selalu masak menu ni dan Sis akan berebut dengannya nak isi hitam bahagian caru tu haa.. 

Beruntung juga dulu belajar cara masak Cencaru Kerutup ni, so dapatlah buat semdiru. Anak Sis pun dah pandai masak menu ni, sebab dia belajar dan minta resepi dengan Sis. Alhamdulilah. 


P/S : Cuaca panas betul! Berulang-ulang togak air sejuk!. 

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ko togak air dari botol ke, sis? Hahahah. Kita pun suka caru besar², kalau kecik tu, kulitnya aje dapat karang. Isinya jadi keras.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top