HUJUNG MINGGU LEBIH MERIAH DENGAN SPLASH CARNIVAL DI LEGOLAND® MALAYSIA RESORT!

HUJUNG MINGGU LEBIH MERIAH DENGAN SPLASH CARNIVAL DI LEGOLAND® MALAYSIA RESORT!

0
HUJUNG MINGGU LEBIH MERIAH DENGAN SPLASH CARNIVAL DI LEGOLAND® MALAYSIA RESORT!. Haaa siapa tengah plan nak bawa anak-anak bercuti hujung minggu ni? Meh sini Sis nak share satu berita best! Dari 3 Julai hingga 3 Ogos 2025, LEGOLAND® Malaysia Resort tengah buat Splash Carnival, festival musim panas yang penuh dengan aktiviti, muzik, dan of course… airrr!. 

Selama 5 minggu penuh keseronokan, pengunjung akan dapat rasai pengalaman yang lain dari biasa. Ada persembahan muzik live, permainan air yang seronok giler, dan suasana carnival yang memang meriah habis!. 

Hujung Minggu Lebih Meriah Dengan Splash Carnival Di LEGOLAND® Malaysia Resort!
Dia tengok aja air tu, tak teruja langsung hahahaha

Hujung Minggu Lebih Meriah Dengan Splash Carnival Di LEGOLAND® Malaysia Resort!
Comel sangatttt kannn

Nak lagi best, setiap Sabtu bermula 5 Julai, akan ada persembahan muzik artis-artis tempatan dekat pentas Wave Pool dalam LEGOLAND® Water Park tu. Jadi sambil anak-anak main air, mak ayah pun boleh layan muzik live, win-win gituhh!.

Sis rasa yang paling menarik, LEGOLAND® kali ni bukan setakat buat aktiviti biasa-biasa, tapi dia memang all-out dengan susun atur dan vibe carnival yang sangat happening! Warna-warni, muzik kuat, gelak tawa budak-budak, dan bunyi percikan air memang buat kita rasa macam tak nak balik! 

Hujung Minggu Lebih Meriah Dengan Splash Carnival Di LEGOLAND® Malaysia Resort!
Gambar kredit to Nonasani (Sis tak terjun masuk air)

Hujung Minggu Lebih Meriah Dengan Splash Carnival Di LEGOLAND® Malaysia Resort!
Tu haa Nonasaninya dengan pelampung dia

Untuk yang tak plan nak masuk theme park penuh, jangan risau. LEGOLAND® ada juga tawarkan Tiket 1-Hari Water Park, sesuai untuk yang nak datang enjoy carnival ni sehari je. Tiket ni bagi akses penuh ke water park, jadi boleh main puas-puas!. 

Sis boleh bagi tips sikit, korang datang awal pagi untuk elak panas sangat dan bawa baju lebih untuk anak-anak (sebab confirm habis basah dan pasti taknak balik awal). Jangan lupa juga pakai sunblock ya! Panas gilerr cuaca. 

Hujung Minggu Lebih Meriah Dengan Splash Carnival Di LEGOLAND® Malaysia Resort!
Cuaca panas dan lapar yaa Cu hahahaha

Hujung Minggu Lebih Meriah Dengan Splash Carnival Di LEGOLAND® Malaysia Resort!
Dia punya panas ekk, sampai air bertogak-togakk

Untuk maklumat lanjut pasal tiket, waktu persembahan, atau nak tengok sneak peek aktiviti yang ada, korang boleh terus ke laman web rasmi atau follow @legolandmalaysia di Facebook & Instagram.

So Sis nak tanya… korang team splash atau team chill? 
Jom ke LEGOLAND® Splash Carnival tahun ni, confirm penuh memori dan senyuman. Cuma tu laa, Cucu Sis tu tak teruja dan tak heran langsung dengan air hahahaha cepur-cepur kaki je laaa dia tu, 


P/S : Selamat berpuasa bagi yang berpuasa juga 10 Muharam harini.. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top