MY MOM FIGHT BREAST CANCER (5)

8/13/2018 10:29:00 AM

MY MOM FIGHT BREAST CANCER (5) | Alhamdulilah Emak dah selesai jalani kimo yang kali ke -5 bagi kanser payudaranya. Untuk kimo kali ni, dua hari sebelum kimo, Emak ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk amik darah tapi Emak kena tahan wad. Di sebabkan ujian keputusan darah Mak tidak berapa bagus. Emak dehydrated, buah pinggangnya agak kering sedikit. Mungkin Emak kurang minum air tu. 
Pesakit kanser yang jalani kimo, memang kena minum air secukup dan sebanyaknya. Tidak boleh tidak, kalau kurang, pihak hospital memang akan tau, melalui ujian darah sebelum buat kimo. 

Ye laa, kadang Emak ni pun 'degil' sikit gak hehehe. Katanya penat nak keluar masuk tandas aje ermm. Biasalah orang tua kan, dia ikut main selesa dia aje. Tapi jangan di buat memain ye, takut nanti kesannya pada organ dalaman tu, sebab kesan ubat kimo tu ada yang buat badan jadi panas. So kena minum air bebanyak. Dan airnya pulak kena masak mendidih di atas api 100%, TIDAK boleh minum air mineral botol atau air penapis air. Yang ini nanti Sis cerita kenapa ya. 


Kalau korang baca kisah kimo Emak yang sebelum-sebelum ni MY MOM FIGHT BREAST CANCER (1)MY MOM FIGHT BREAST CANCER (2), MY MOM FIGHT BREAST CANCER (3)MY MOM FIGHT BREAST CANCER (4),  kali ni agak berlainan sikitlah, sebabnya, sebelum jalani kimo Emak di tahan di hospital. Kena drip masuk air, sampailah ujian darahnya okay, baru boleh buat kimo. Selagi tak okay, selagi tu tak boleh jalani kimo. Dan juga, sewaktu buat kimo yang ke 5 ni, Emak kurang sihat, batuk dan juga sedikit selsema, sebab katanya Emak demam. 

Kena marah dengan Doktor sewaktu di tahan wad tu, sebabnya, demam tak datang hospital. Betul, pesakit kanser yang jalani kimo, kalau demam kena terus bawa ke hospital, tak boleh makan ubat sembarangan. Tapi Emak jenis diam dan tak nak ke hospital. Kata Adik, dah cakap kat Emak, tapi Emak kata dia makan panadol dah okay.Ermmm..sampai dah kena marah dengan Doktor baru angguk-angguuk kata faham. Bukan apa, doktor kata, boleh bawak maut kalau demam di biarkan. 

Hari yang Emak buat kimo pagi tu, Sis datang teman Emak, cuma kali ini Emak buat kimo di katil wad sahaja. Lepas dah selesai kimo, doktor kata dah boleh balik, jadi buat aja di katil wad. Ubat yang sama, dan Emak sama juga, relax je dia. Cuma kadang tak selesa sebab jarum kat tangan tu, nak masuk ubat dia tak boleh, so kena flush la, baru okay. 

Perubahan dan tindakbalas ubat pun sama juga macam sebelum-sebelumnya, Emak masih okay dan tidak banyak perubahan pada kulit atau pada alahan. Cuma kadang tu, yelah, emosi je yang tak berapa okay dan ada masa rasa panas memanjang, padahal dah buka aircond kata Adik. 
Pada payudaranya pun dah nampak banyak perubahan, dah kecut dan tidak rasa sakit. Dan selepas kimo yang ke-6 nanti, Doktor akan tengok payudara Emak dan akan bagi keputusan, samaada kena operate atau tidak. InsyaAllah doa yang baik-bak, pasti datangnya baik-aja kan. 
Doakan Emak Sis ya.


DIET DAN PENYAKIT KANSER

Pemakanan yang seimbang dan nutrient yang mencukupi adalah penting untuk setiap individu. Keperluan pemakanan bagi pesakit kanser akan meningkat semasa sakit dan sewaktu menerima rawatan.
Pesakit kanser memerlukan pemakanan tinggi kalori dan protein bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang optimum bagi menghadapi proses rawatan kanser yang diberikan. Ia adalah kerana pesakit kanser mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat penyakit kanser juga semasa menjalani rawatan. Ia di akibatkan oleh kerana kesan sampingan rawatan dan pesakit juga mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman.

PROTEIN DAN KALORI YANG MENCUKUPI DIPERLUKAN UNTUK:

a) Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh yang baik.
b) Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera.
c) Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.
d) Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DIET TINGGI KALORI DAN TINGGI PROTEIN?

Diet tinggi kalori dan tinggi protein adalah diet yang dapat membekalkan tenaga dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan pesakit kanser bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum.


TIPS UNTUK MENINGKATKAN KALORI DAN PROTEIN DI DALAM HIDANGAN ANDA.

Tambah susu atau/dan gula dalam pudding, telur hancur, lempeng dan ABC.
Celup roti dalam telur dan susu, kemudian goreng dengan mentega/marjerin dan makan dengan madu/jem.
Tambah keju dan mentega di dalam sandwich.
Tambahkan sos salad dalam salad sayur-sayuran.
Tambah telur dalam cucur dan cicah dengan sos atau kuah kacang.
Tambahkan minyak bawang goreng ke dalam sup atau bubur.
Gunakan formula khas tinggi kalori dan protein sebagai minuman
Tambahkan lemak, minyak, mentega kacang, gula, jem, kaya dan madu dalam makanan dan minuman harian menhgikut kesesuaian.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN ANTI KANSER YANG BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA PENGAMBILAN MAKANAN PESAKIT KANSER.

Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit kanser mengalami penurunan sistem ketahanan badan dan juga mengalami penurunan berat badan yang ketara yang boleh memberi kesan terhadap keberkesanan rawatan anti kanser kepada pesakit.
Kesan-kesan sampingan tersebut adalah:

a) Hilang selera makan
b) Sakit mulut/tekak
c) Mulut kering
d) Loya / muntah
e) Cirit-birit
f) Perubahan deria rasa dan bau
g) Kurang sel darah putih

AWAS!
MAKANAN YANG TERPROSES ATAU 'JUNK FOOD', DAGING TERPROSES DAN MINUMAN RINGAN SEPERTI MINUMAN BERKARBONAT BOLEH MEMBERIKAN MUDARAT KEPADA PESAKIT KANSER.

DISEDIAKAN OLEH
JABATAN DIETETIK & SAJIAN
INSTITUT KANSER NEGARA






P/S: Korang kalau tips ke atau ada pencerahan lebih jelas lagi kalau nak share dengan Sis, boleh komen atau email kat Sis ya. Kot mana tau boleh Sis jadikan panduan. TQ


You Might Also Like

10 Orang Komen

  1. Mudah2an bertambah baik keadaan emak sis nanti

    ReplyDelete
  2. suzie de pengalaman mama kena kemo..kalau boleh mkn mknn sayur hijau dan lauk ikan serta ulam-ulaman dan buah-buahan..mcm kemo nie zat mkanan dlm bdn kena cukup..biar antibodi kuat utk lawan penyakit..mcm suzie bg mama mkn supplement shaklee yg basic biar mama dpt zat yg cukup wlaupn mama kurang makan..almaklum la org kemo nie kdang2 tekak rasa xsdp..so selera kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke @Suziana, kalau Emak pulak Doktor bagitau elakkan makan ulam ulaman, kena makan sayur yang telah di masak..memang kadang selera tu macam-macam nak makan. layankan aje..

      Delete
  3. hmmm...sedihh pulakkk baca cerita fighthing cancer ni..teringat dulu2 masa jaga arwah ibu ain...insyallah semoga mak sis cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak @Farahain pun cancer gak ye ? Ooo tak tau pulak, nanti share ye cerita.. kota ada tips..TQ Ain..

      Delete
  4. semoga dipermudahkan segalanya. baru tau pasal kanserni

    ReplyDelete
  5. semoga dimudahkan semuanya dear.. mak syaza dulu amek iodinetherapy memang kena banyak minum air.. kalu tenaga tu bleh try Vivix.. utk tnaga supaya tak lesu and letih sgt makan pun best.. inshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo Emak @Syaza pun cancer ya..sekarang macam mana keadaan Emaknya tu? MOga dah sihat ya.. TQ Syaza..

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.