CUTI KRISMAS DI PANTAI BATU LAYAR

CUTI KRISMAS DI PANTAI BATU LAYAR | Kesahnya cuti krismas baru-baru ini last minit plan menjadi juga. Memang sebelumnya takde plan apa-apa pun cuti ni. Itu pun plan bila kata sepakat pada malam krismas tu, di sebabkan adik ipar sorang tu tak kerja, jadi adalah wakil lelaki nak menjaga anak-anak masa mandi selain dari anak Lin, Amat. kalau takde, kami semua pompuan adik beradik memang tak beranilah nak bermandi mandi di pantai. 

Malam sebelum krismas tu juga, kami pergi beli segala barang dan bahan basah nak buat bbq esoknya. Buat mana yang patut dan sempat aje, nama pun last minit. Menu nasi lemak dan mee hoon goreng pun kami order je dengan sepupu, kebetulan dia pun niaga esoknya, senang nak pick up sebab dia duduk area uma Sis aje, meniaga di depan ECO area uma. Jadilah buat tambah-tambah menu sedia ada. Cuaca pun agak baik, panas dan berangin. 


Sampai Batu Layar dalam jam 10am lebih, manusia kemain ramai, penuh sana sini tempat port mandi, kami sepakat nak ke tempat selalu kami semua park dan mandi, alhamdulilah, nak jadikan rezeki ada tempat kosong untuk kami park 3 buah kereta. Macam telah disediakan aje tempatnya untuk kami hehehehe. Rezeki anak-anak. 
Aanak-anak dah nampak laut, memasing dah tak sabar, nak loncat terus kalau boleh, tapi Mak Longnya ni, jerit! Kena makan semua dulu baru boleh mandi, apa ketidaknya, dari pagi semua belum makan, excited nak mandi sampai semua taknak makan, kenalah paksa jerit dengan Mak Longnya hahahah. 


Sebelum terjun, kasi panaskan dulu bara api, nak bbq ayam. Siapa lagi tukang kipas bara, kalau tak Atuknya hahaha. Atuk duduk aje depan bara mengipas hahaha. Emak memang tak larat nak berjalan ke pantai sana, baiklah dia duduk aje menunggu bara api hehehehe. Tapi Sis bantu jugalah, Sis kali ni tak terjun laut, adeii muka sunburn dari Belitung pun tak hilang lagi uii, lagi nak burn, ada terus kang Suami tak kenal Isterinya hahahahah  :p


Jeng jeng jeng, selain nasi lemak, mee hoon goreng dan sandwich, buat jugalah bbq kepak ayam, patut ada sosej, entah macam mana terlupa keluarkan dari esbox, makanya tertinggallah di rumah hahahaha. Takpe balik mandi je sampai rumah, habis di goreng dan bedal reramai hahahaha. 


Yang lain-lain turun naik turun naik dari laut ke darat, tapi yang dua orang ni, duduklah berpayung di atas darat hahahaha. Sorang tak kuat berjalan, yang sorang slip disc masih dalam rawatan, jadi tak berani nak mandi-mandi tu hahaha tu pun sibuk nak berjalan gak. Cite anak slip disc nanti kita cite post lain yer ..


Di celah-celah pokok tu Sis ko sempat amikkan gambar mereka sedang main pasir. Mesti main pasir tanam-tanam kaki dan badan tu hehehe. Sebab apa di celah pokok? Sebab tengah kipas bbq la oii hahahaha. Tak kowser nak ke tengah panas tu haa. Yang depan pokok ni family lain, nasib le berasap mereka, nak juga pacak depan kami hahahaha. 


Sementara menunggu semua naik atas, duduklah bersama si anak bujang meyembang macam-macam, Amat mandi juga tapi dia dah naik awal bilas dan mandi dan tukar baju, tu yang duduk santai dengan Sis. Ayam pun dah siap bakar semua. Yang lain masing-masing kejap naik kejap turun, sambil makan ayam, lepastu turun lagi mandi, naik lagi makan, turun lagi mandi hahaha bila nak habis daaa.. 


Dah petang, langit pun dah gelap, semua kena jerit naik atas bilas dan mandi. Tu nampak tu muka tak puashati kena naik bilas dan mandi hahahaha. Langit dah bunyi dan gelap, cecepat semua pergi bilas, orang plak dah ramai beratur nak bilas, nasib badan le korang ya. Sekejap tu hujan pun turun hahahaha.. Dah macam cite hindustan gitu hahahaha. Sis ko dengan payung angkat barang, kemas semua sampah-sampah dan terus masuk kereta. Phewww selamat anak-anak sedara semua dah puas mandi, kalau tak kesian juga, ye laa, belum puas mandi hujan dah turun. 

Alhamdulilah percutian yang last minit pun tapi cukup enjoy buat anak-anak semua. Ada jugalah orang kata cuti sekolah tu berjalan, sian anak sedara tu tak kemana. jadi bawa mandi laut pun dah cukup best. Next time nanti kita pergi lagi ye anak-anak .
Berapa hari je lagi nak mula sekolah, now masa untuk rehat, kemas barang sekolah dan buat persiapan diri untuk bangun awal pagi yer hehehe. 






P/S: Kalau ada arwah Abah dan arwah adik ipar tu, merekalah yang paling suka sangat bawa anak-anak dan cucu mandi laut dan ke pantai. huhuhu Al-Fatihah buat mereka yang telah tiada. :(


CUTI KRISMAS DI PANTAI BATU LAYAR CUTI KRISMAS DI PANTAI BATU LAYAR Reviewed by Sis Lin on Friday, December 28, 2018 Rating: 5

14 comments:

  1. bestnyer.. siap ada panggang2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang dah lama tak memanggang bakar macam ni @Ejulz..

      Delete
  2. uii syoknya mandi laut sambial bbq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Hernee, tu sambil ke sambil apa tu ? Hahahahaha

      Delete
  3. lama betul tak main bakar² ni...selalunya plan last minit tu menjadi..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm next time kita pakat-pakat pergi swim-swim pantai yokk @Rohaida ..

      Delete
  4. assalamualaikum lin...wah !! mmg seronok kalau berkelah di tepian pantai ni...yg paling seronok sudah semestinya anak2 kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Memang seronok dan meriah Mama. Yang anak-anak lagi laa, sampai taknak balik hehehehe

      Delete
  5. bestnyaaaaaa..tiberrr teringinn nak camping tepi pantai dengannn jdt blogger... mampuuu? hahahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jommm kalau Mummy ko ni mampu aje, start enjinn terus jalann @Farahain hahahaha

      Delete
  6. kadang last minute punye planning lebih menjadi dari planning dah lama.last minute pula ada hal. lama dah tak pergi batu layar ni.last masa pregnent aisyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar, last minit lagi meriah walaupun ada yang tak dapat join..
      Jom kita gi reramai jommm

      Delete
  7. Nice....janji hado....kepuasan anak-nak tu yang best, family bonding gtew!

    Nak bbQ gak la nantiiiiiiiiii~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Nona, meriah dan happening walau tak cukup semuanya..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.