HIMAYA H99 MENAMPILKAN CORAK DAN WARNA BAHARU IAITU PINK DEW

HIMAYA H99 MENAMPILKAN CORAK DAN WARNA BAHARU IAITU PINK DEW | KALAU sebelum ni Himaya H99 Premium Face Respirator menampilkan corak dan warna dalam Chic Vintage, kini Himaya H99 tampil dengan warna terbaharu iaitu Pink Dew. Selain Chic Vintage, warna baharu ini juga menampilkan Nabila Razali sebagai duta utama yang sama seperti sebelumnya. 

Rekabentuk inovatif H99 Premium Face Respirator direka khas dengan ciri eksklusif berjalur logam dengan span anti-peluh, direka khas untuk memberikan keselesaan berganda pada bahagian hidung si pemakai. Rona manis merah jambu amat sesuai dan selesa digayakan dengan apa jua pakaian buat Himayan Jelita. 

Himaya H99 Menampilkan Corak Dan Warna Baharu Iaitu Pink Dew

Rekabentuk headloop Himaya H99 Premium Face Respirator memudahkan pemakai hijab, juga yang menggunakan alatan lain di bahagian telinga seperti alat bantuan pendengaran dan fon telinga. Sesuai untuk kegunaan harian, pelitup muka baharu ini selesa buat pemakai cermin mata kerana tidak mudah menyebabkan berkabus, selain mengurangkan berpeluh pada bahagian muka.


Untuk musim baru tahun 2022, Himaya akan melancarkan empat warna baru iaitu Chic Vintage, Pink Dew, Celadon Green dan Teal In Spring. Himaya H99 Premium Face Respirator juga bakal melancarkan warna dan corak baharu lagi dalam masa terdekat ini. 

Apa keistimewaan Himaya H99 daripada pelitup muka jenis respirator yang lain?

Himaya H99 Menampilkan Corak Dan Warna Baharu Iaitu Pink Dew

Jalur Logam Anti-Peluh - Menggunakan jalur logam dengan span lembut anti peluh membuatkan pelitup muka terletak kemas, kalis air dan tidak mudah berkabus supaya korang sentiasa selesa sepanjang hari. 

Himaya H99 ini juga menepati ciri-ciri keselamatan dengan penggunaan pelitup muka perubatan (4 ply surgical mask) material fabrik yang lebih lembut, tidak berbulu, kalis air dan tidak mudah berkabus (untuk mereka yang berkacamata). 

Himaya H99 Premium Face Respirator juga memberi perlindungan sehingga 99 peratus. Untuk setiap keluaran terbaru, Himaya terus mempertingkatkan kualiti bagi penjagaan kesihatan yang maksimum. Dalam keadaan sekarang, kita masih perlu melakukan pelbagai urusan seharian. Jadi dengan adanya Himaya H99 ni, korang tidak perlu risau asalkan korang sentiasa mengenakan pelitup muka yang menetapi piawaian diperlukan untuk penjagaan kesihatan berpanjangan.

Himaya H99 Menampilkan Corak Dan Warna Baharu Iaitu Pink Dew

Sejak mula beroperasi pada tahun 2020, Himaya sudah melebarkan sayapnya hampir ke seluruh Malaysia dengan jualan secara atas talian, sistem ejen dan pembelian terus di farmasi-farmasi. Produk pertama Himaya bermula dengan pelitup muka 3 lapisan (3ply) dan pelitup muka 4 lapisan (4ply) yang hadir dalam pelbagai warna dan corak yang menarik, sesuai digayakan oleh wanita bertudung.

Memang selesa memakainya, korang boleh cuba. 
Berani Itu Jelita ..

Untuk pembelian atau maklumat lanjut mengenai produk Himaya, korang boleh layari laman sesawang www.himaya.international atau cari Himayamy di Shopee.


P/S: Rumah ni dah macam kilang facemask, tapi makin hari, makin faham dan tau, mana yang bagus, dan mana yang tidak bagus.. 

18 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita suka la pakai facemask himaya yg baru ni..selesa..hidong pon tak sakit. Kalau ada color hitam lagi kita suka. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka FM Himaya color-colornya pun cantik
      Yang H99 belum jumpa lagi nanti nak carilah

      Delete
  2. Cantik corak baru ni. Suka jugak guna himaya ni sebab lembut ke material dalam tu. Selesa kat hidung tu pun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, dia punya facemask tu lembutttt.. melekap kat muka elok...

      Delete
  3. Cantiknya facemask tu. macam nak beli lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa cantik design dia, sweet aje kalau pakai..

      Delete
  4. Selesa dan selamat digunakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC, berbaloilah jika membelinya haaa

      Delete
  5. cantik sangat.Sayang nak pakai.Hu3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha pakai time keluar Mall jer, pi kedai jangan pakai yang ni hahaha

      Delete
  6. Ditulis hijabista kan, ada aku kesah. Yang warna pink dew nie best betul pakai dengan spek, takde wasap kalau bernafas. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha engko pakai je, lagi tak sakit telinga tu kannn.. elok jerrr..

      Delete
  7. Wowwww cantik nya kaler pink nj. Memang lawa lah kalau hirl2 pakai hehhee. Yang penting 4 play ada 20 pcs pulak tu. Berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sangat cantik, kalau pegang, material dia lembut jer...

      Delete
  8. Nampak eksklusif betul face mask dorang. Cantik warna tu. Lembut ja bila si pemakai pakai. Nanti nk belikan jugalah utk ibu and kakak sy. Mesti dorang suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, warna dia semua menarik dan cantik.. selesa pakai..

      Delete
  9. Memang bagus kualiti dan sangat selesa mask Himaya ni, i like the new color and corak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa i pun suka pakai facemask Himaya.. design dan warna dia selesa pakai..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment