KISAH CURANG DAN SKANDAL USTAZ DALAM 'VILLA KRISTAL'

Sis Lin
16
KISAH CURANG DAN SKANDAL USTAZ DALAM 'VILLA KRISTAL' | KORANG ada yang dah layan ke? atau memang tengah melayan atau belum terlayan? Hahahaha.. selepas drama bersiri Layangan Putus  yang Sis tengok sebelum ni, walau masih belum nak move-on dengan kisah drama tu, ehhhh Sis tertengok pulak drama bersiri terbaru dari WeTV ni iaitu 'Villa Kristal'.. 

Cuma, ada banyak beza laa antara drama Layangan Putus tu dengan drama Villa Kristal ni. Dalam drama Layangan Putus mengisahkan kecurangan seorang Suami dalam sebuah rumahtangga, dan ceritanya hanya tertumpu dalam rumahtangganya aja, tapi dalam drama Villa Kristal ni, banyak peranan dan kisah dalam satu cerita. 

Jalan ceritanya pun tak semuanya sedih manjang, memang drama komedi genrenya, tapi perasaan sakit hati tu tetap ada. Mana yang curang, mana yang bermadu dalam diam, mana yang tukang perampas, dan mana pulak yang meyimpan kekasih gelap, haaa semuanya dalam satu bumbung ceritanya hahaha.. 

Kisah Curang Dan Skandal Ustaz Dalam 'Villa Kristal'

Villa Kristal ni dibintangi oleh pelakon utamanya Mimi Lana, Jasmine Suraya, Mawar Rashid dan Tiz Zaqyah. Sis suka lakonan Tiz Zaqyah yang bersahaja, mimik muka dia tu menjadi aja. Paling suka kalau muka terkejut dia, hahaha.. Villa Kristal adalah sebuah drama bersiri komedi yang diarah oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong dan penulisnya Nor Hazlin Nor Salam, dan telah disiarkan secara percuma dan ekslusif di WeTV setiap Khamis dan Jumaat.

Dari episod pertama hingga episod kelima setakat ni yang dah Sis nengok., Sis macam dah boleh agak ending dia tu macam mana dan siapakah yang benar-benar di tipu, menipu atau tertipu tu.. tapi tu hanya imagine Sis laa.. walau dalam hati kata, 'takkan dia ek?'.. 'takkan Uztaz tu buat perangai lagi?'.. tapi ....

Haperr ko ingat Ustaz tu semua tu elok-helokkkk ke? opsss... jangan tak tau, viral kisah dunia sekarang pun, Ustaz bercinta dengan Gay hokayyy... so dalam drama Villa Kristal ni, tak mustahil Ustaz pun boleh berlaku curang , walau dah ada dua bini sekalipun... ermmmmmm.. 

Rata-rata review dari penonton, semua mengatakan drama ni dah macam versi Penthouse? Korang rasa?

@eiqamaleq Macam2 drama diorang ni, level penthouse peningg😩 @#wetvmalaysia #villakristal #wetvmy ♬ Gatal - Janna Nick

Tapi watak Hani (Mimi Lana) sebagai blogger novelist wannabe, yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami “Villa Kristal” tu benar-benar Sis kagumm arr.. biasa kita ingat wartawan atau paparazi je yang berani buat kerja gitu, ni penulis novel ko.. 

Hani gigih menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya, Angel (Jasmine Suraya Chin) dan Diana (Tiz Zaqyah). Memang betul-betul berani Hani untuk mendapatkan bahan penulisan novelnya, dah berapa kali hampir terkantoi, muka selamba dia lawak betul tau si Hani ni hahahaha.. 

Yang Rose pulak status dia sebagai Bini nombor dua, juga seorang influencer yang tak habis-habis dengan media sosial tetap relax jer macam takde apa yang berlaku sebab di rahsiakan statusnya, sama macam kes Diana, dah kawin dengan Idris tapi kena rahsiakan juga, tu yang si Hani mengedik nak korek semuanya.. kes ni memang Sis teruja beno nak tau kesudahannya.. nak tengok tembelang Ustaz dan Idris tu pecah hahahahaha.. dan terbongkar semuanya.. 

Kisah Curang Dan Skandal Ustaz Dalam 'Villa Kristal'

Tapi tak memasal-masal si Hani ni pulak terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, (Tony Eusoff) tu... dah satu kerja pulak dia menyiasat siapa dalang di sebalik pembunuhan tu, masa ni macam-macam kejadian kelakar dan suspen berlaku, korang agak-agak siapa bunuh Tony tu ek?.. 

Paling Sis suka drama ni, kisah persahabatan mereka. Semua bergaya, kecuali Hani tu laaa, yang ranggi selamba hahaha sebab dia bukan dalam kalangan golongan elit macam Angel, Diana dan Rose tu, tapi dia pandai sesuaikan diri, tu pun semata nak dekatkan diri nak mengorek rahsia hehehe.. but Sis suka gaya memasing. 

Cuma pelikk ekk.. walau semata lakonan, tapi bila di kaji faktanya, Bini dah lawo macamtu, bergaya, pasang badan, punnn Laki cari lain juga.. entah haper-haperrr jantan sekarang ni, apa yang mereka ni nak pun tak tauuu.. nak kata 'Oh tu drama jer', ehhh drama tak drama, dunia realiti pun ada juga oii, Bini kemain sweet lawa bergaya, Laki kawin dua tiga, errmmmm hampeh.. sebab tu tengok drama ni bikin panas je perangai Ustaz dan jejantan lain tu.. 

Tapi kan, Ustaz Adib tu macam ada 'sesuatu' jee kann.. ermmmm... 

Memang Sis nak tengok apa kesudahannya, now makin 'misteri' kisah mereka ni.. tambah Hani tu, makin sulit dah kerja dia, tu laa masuk lagi dalam mulut buaya, kan dah tak memasal ko terjebak semua dalam kisah mereka.. benghong betul.. kalau melayu kita kata, 'Kepoh' hahahahaha... 

Aksi panas yang hangat diperkatakan dalam drama ni pun, menjadi pembuka mata di episod pertama, tapi tak semua lerr di tayangkan.. korang punnn, kemain ekkkk.. hahahahaha.. 

Korang kalau nak tonton drama 12 episod VILLA KRISTAL - Madu Manis Beracun di WeTV Malaysia ni, boleh terus tengok dan layan di WeTV Villa Kristal ni.. nak advance tonton siri terbaru mereka, korang kena daftar sebagai pengguna VIP, haaa sepanjang masa korang boleh tonton secara eklusif awal sebelum tayangan semua drama.. 

Atau korang nak dapatkan info dan maklumat terkini drama-drama hebat terbaru, korang boleh follow laman sosial mereka di facebook, instagram atau twitter WeTV Malaysia ni okay.. 
Okay dah Sis nak layan episod seterusnya.. Sis kan pelanggan VIP WeTV... lalalalalalala... 


P/S: Watak Rose tu aku geramm, tapi bila dia pun kena gak macam mana dia buat kat Nur, haaa padan muka ko.. 

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tak sabar nak tengok ending dia macam mana. Tapi suka Hani walaupun menyamar tapi ada pertimbangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Marina, now pun tengah suspen, siapa laaa si Hani ni sebenarnya ekkk..

      Delete
  2. Wah menarik ya cerita ni. Thanks for heads up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa if you free, you can watch it Jessie..

      Delete
  3. I watched penthouses b4. Wah they learnt alot when they do good local drama, great job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai kata macam tu laa, Sis nengok pun ada juga sedikit persamaan, sebab dalam satu cerita banyak karektor..

      Delete
  4. Hahaha.. this local drama macam best and some incidents macam petik from real life stories.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yaaa dalam realitinya pun ada juga macam ni Kelly..

      Delete
  5. Jalan cerita macam menarik.... kena cari masa ni layan cerita ni dar episod 1 sampai episod akhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok dulu nanti, episod pertama aja dah mancabar minda berteka teki hahahaha

      Delete
  6. Layangan Putus pun kite belom tengokkk. Hahah. Amboi sexy betul gadis tu dalam leopard print. Skandal ustaz ye. Realiti kehidupan sangatttt. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha better tengok laa Layangan Putus dulu, emosi kacau oiii...

      Delete
  7. tiz mmg pandai berlakon. sgt bersahaja ya.. bagila watak apapun mesti menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ayu, dia karektor sama macam Nad Zainal.. selamba jerr muka..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!