TERTUNAI HAJAT BUAT KELAS TADABBUR DI RUMAH SENDIRI

TERTUNAI HAJAT BUAT KELAS TADABBUR DI RUMAH SENDIRI

2
TERTUNAI HAJAT BUAT KELAS TADABBUR DI RUMAH SENDIRI. Alhamdulilah, walaupun Sis baru aja masuk ke kelas Tadabbur bersama Ustazah Wan Jah beberapa bulan yang lalu, tapi ukhwah yang terjalin ini seperti kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. 

Setiap kali pergi ke kelas, rasa hati tu nak menjemput Ustazah bertadabbur di rumah berkobar-kobar tapi Sis perlu minta izin dari Suami dulu. Dan apabila Suami mengizinkan, rasa nak menangis hati ini, seronoknyaa!!. 

Tadabbur Bersama Ustazah Wan Jah

Tadabbur Bersama Ustazah Wan Jah

Tiba harinya, kedatangan di luar jangkaan. Ramai yang sudi hadir. Dan Allah permudahkan urusan semua orang untuk cari alamat rumah Sis, begitu juga Uztazah, datang pada masa yang di janjikan tanpa sebarang halangan. 

Seperti biasa, sebelum kelas bermula, Ustazah akan solat Dhuha berjemaah yang di imamkan oleh Ustazah sendiri. Masa ni Sis tak join sebab Sis sudah solat terlebih dahulu untuk Sis sambut tetamu yang datang. 

Tadabbur Bersama Ustazah Wan Jah

Tadabbur Bersama Ustazah Wan Jah

Perasaan ketika itu hanya Allah sahaja tau bila melihat sahabat-sahabat semua berjemaah di rumah Sis. Syukur atas segala nikmat yang Allah beri. Kalau sebelum ni Sis berkata pada Suami nak cari rumah sederhana, sebab rumah kami besar tapi akhirnya tinggal berdua, tapi saat melihat orang duduk dan berjemaah di setiap ruang rumah Sis, mengalir airmata dalam diam. 

‘Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?’. 

Tadabbur Bersama Ustazah Wan Jah

Tadabbur Bersama Ustazah Wan Jah

Untuk menu di rumah Sis, Suami orderkan 2 jenis menu, Mee Goreng dan juga Bihun Goreng. Lain-lain menu Sis ada beli kuih dan kek, dan sahabat-sahabat lain juga datang pun bawa makanan, alhamdulilah, meriah rezeki masa tu. 

Inshaallah selepas ni Sis akan buat sebulan sekali kelas Tadabbur di rumah Sis. Suami pun mengizinkan dan dia pun turut sama rasa apa yang Sis rasa. Terima kasih Allah .. 

Kelas Tadabbur ini PERCUMA!. Fizikal & online. 


P/S : Akan datang nak buat Qiam di rumah pulak, doakan Sis ya.. 

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top