MERIAH SUASANA MALAM DI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULUNG USTAZAH WAN JAH. Baru ada masa nak update blog haa, ini pun live update dari Melaka. Sambil-sambil menunggu sarapan tadi ni haa, updatelah sekejap blog guna handphone aja.
Jumaat lepas 21 Ogos 2026, kami sahabat #tadabbursisters anak murid Ustazah Wan Jah (Uwj) hadir di majlis perkahwinan anak perempulan sulungnya Uwj. Meriah majlisnya, majlis di adakan di The Reverse Glasshouse Ladang X area Sunway Bigbox sana.
Tema semua jemputan termasuk tuan rumah adalah putih. Sampai aja sana, kemain meriah dan sangat cantik semua jemputan serba putih, dah macam ala perkampungan orang bunian yang kita tengok dalam tv tu haa. Ramai juga sahabat tadabbur kami yang dah sampai awal. Rezeki kami dapat duduk makan dalam dewan yang cantik tatarias dari bridal Whitebox.
Dari jauh nampak Uwj kami melayani tetamu, dan terlihat sangat manis Uwj kami. Wajah gembira seorang ibu menerima menantu sangat terlihat di wajah Uwj. Kami duduk makan dulu sementara pengantin belum lagi sampai masuk dewan. Lauk-pauk yang sangat sedap, dan paling teruja, ayam masak merahnya guna ayam kampung.
Banyak pilihan makanan dan semua yang Sis makan alhamdulilah sedap. Murah rezeki Uwj, ramai yang bawa makanan kuih-muih untuk majlis Uwj. Dalam jam 8.30pm, ketibaan masuk pengantin ke dalam dewan. Sama cantik sama padan. Manis berdua duduk di pelamin.
Tapi yang jadi kelakarnya pada malam itu, dalam pada Sis rakam video, amik gambar, zoom dekat pasangan pengantin, tapi langsung Sis tak perasan dan tak terfikir langsung yang pengantin lelaki tu Sis kenal! Ya Allah seginggalah masa nak balik terjumpa salah seorang teman yang kerja di Hotel yang sama dengan Taqi. mengatakan pengantin lelaki tu Taqi!. kecilnya dunia kan!.
Taqi (pengantin lelaki) adalah person in charge media selaku Marcomm di Doubletree by Hilton JB yang selalu invite Sis datang review di sana. Boleh bayangkan tak betapa terkejut dan gelaknya Sis bila tau itu Taqi. Rupanya dia menantu Uwj kami hahahahaha...
Apa-apa pun, terima kasih Ustazah Wan Jah, sudi jemput kami semua ke majlis dan selamat pengantin baru juga buat Taqi dan Puteri.
Doa untuk pengantin :
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan keberkatan ke atas kamu, serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.
P/S : Melaka sangat panas okayyyyy!! 😓







Alhamdulillah. Nampak meriah majlisnya. Tak ada ambil gambar makanan ke? Lauk pauknya?
ReplyDeleteMeriah Shai, dalam dan luar dewan..
DeleteMemang idok lerr nak amik, bukan pergi review hahahaha
Kalau kata istilah Jawa, manglingi 😄. Maknanya, MUA sukses makeover pengantin sampai susah dikenali 🤭😅.
ReplyDeleteBaguuuus lah kak, dress code putih, jadi nampak anggun semuanya. 😍👍. Semoga kedua pengantin dikaruniakan rezeki makin berlimpah, dan diberi keturunan yang baik2 nantinya.
Ooo seri pengantin kann Fanny..
DeleteYaa semua putih so tiada perbezaan antara semua, sama sahaja..
Aaminn.. makseh mendoakannya Fanny
Alhamdulillah, tahniah buat Ustazah Wan Jah & pasangan pengantin! Cantik sangat tema serba putih tu. Tapi bab plot twist rupanya pengantin lelaki kawan sendiri tu memang kelakar! Memang betul orang kata dunia ni selebar dulang kan Sis Lin, pusing-pusing jumpa orang yang kenal juga, hiasan & makanan pun nampak padu
ReplyDeleteItulah kelakar juga bila di ingat-ingatkan.. rupanya menantu Ustazah yang memang Sis kenal hahahaha
DeleteAlhamdulillah. Cantik semuanya =)
ReplyDeleteYaa cantikk semua serba putih...
DeleteMeriahnya majlis! Cantik betul tema serba putih kat The River Glasshouse tu. Memang plot twist paling unexpected bila pengantin lelaki rupanya kawan sendiri!
ReplyDeleteYaa Syaz, tempatnya pun cantikk.. ala garden gituhh...
Deletesweet sgt tema baju dan kaler utk OOTD tu. alhamdulillah majlis lancar semuanya tu
ReplyDeleteAlhamdulilah, semuanya dengan izinNya
DeleteLaaa rupanya sis kenal pengantin lelaki ye. Kecil je dunia pusing2 jumpa orang yang dikenali.
ReplyDeleteHahaha iyaaa Cie, kenal rapat tu tak, tapi memang semua kenal laa kalangan media dengan Taqi tu...
DeleteAlhamdulillah tahniah Ustazah dapat menantu. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
ReplyDeleteIndah majlisnya
Alhamdulilah, terima kasih PH
DeleteCantik bila warna putih...berseri...
ReplyDeleteKannn, tambah pulak waktu malam, naik seri semua
DeleteDah balik dari melaka ke.blm.tu?? 😆😆
ReplyDeleteDah balik semalam hehehehe.. baru bukak opis ni haaa
DeleteTempat have-have ni...
ReplyDeleteHihihi begitulah, memang cantikkk tempatnya Uncle
DeleteMelaka memang sentiasa panas kak...kalau kat kg. husband di Pengkalan Balak tu lagilah membahang sebab tepi laut kan.
ReplyDeleteKannnn panas dia lain macammm.. ishhh makan malam tepi pantai pun, melengasss
DeleteAlhamdulillah meriah suasana majlis. Sekarang memang panas cuacanya kan.
ReplyDeleteYaaa Mulan, Johor pun panas, duduk dalam rumah aja laa sejuk pasang ekon...
DeleteSemuanya sporting habis.. bila pakai rona putih dah macam princesses.. cantik semuanya bergaya.
ReplyDeleteKannnn.. semua boleh sama warna.. cantik berseri waktu malam
DeleteBestnya majlis ada tema warna. Warna putih pula tu kan. Nampak berseri-seri semuanya dengan busana putih. Lahhh rupanya orang yang dikenali ek. Kecil betul dunia. Mesti excited bila tahu pengantin orang yang dikenali.
ReplyDeleteTahniah buat pasangan pengantin dan keluarga bertambah ahli keluarga.
Semoga terus bahagia sampai syurga. Aamiin...
Jarang tuan rumah nak putih sekali, biasa mesti nak color lain kann.. tu yang rasa meriah semua sama color
DeleteBetul tema perkampungan bunian ni...
ReplyDeleteSemoga kedua mempelai dirahmati Allah..aamin
Hahahaha suci murni aja semua ekkk hahahahaha
DeleteAamiinn makaseh doanya Linda
lawanya tempat majlis! kena betul dengan tema putih. nampak elegan.
ReplyDeleteYaa tempatnya cantikkk.. malam jadi meriah
Delete