Friday, January 10, 2014

KEMBONG BAKAR SAMBAL ASAM

BY Sis Lin IN No comments

Assalamualaikum wbt..

Masih terasa2 tekak ni ikan kembong cecah sambal asam, sekali makan gigit cili, mertua lalu pun tunduk je makan sebab kepedasan hahahaha...
Resepi ikan bakar ni paling senang le nak masak, sapa tak reti tu memang tak reti nak kata apa dah, orang bujang pun teror ni kalau buat. Cuma banyak versi sambal asam tu, ada yang letak kicap, letak cili kisar or tumbuk, tapi Lin punya ni senang, hiris2 cincang lanyak terus jadi kekekeke...
Menu sesuai untuk aku yang tengah berdiet ni..hahaha jangan mare haaaaaa...lalalalalala
Jom le semak resepi...



Bahan ikan..

Ikan kembong..*di buang taiknya dan dikelar2..
Lumur ikan dengan garam dan perasa sikit, juga sapukan minyak kat badan ikan tu, biar cantik berkilat nanti masa dibakar..hehehe
Bakar sampai masak..

Bahan sambal asam..

Bawang besar/kecil *di hiris2 nipis..
Bawang putih sebijik je *di cincang halus..
Cili api/lada merah *di hiris2 juga/diketuk
Asam jawa *secukupnya
Gula, garam dan serbuk perasa..

*kesemua bahan dimasukkan kedalam mangkuk, dan sikit demi sikit di letak air asamnya, ikut sesuai kemasaman masing2 ye. 
Letak garam gula dan serbuk perasa..
Siap! Hidang makan bersama ikan bakar tadi..

Senang dan mudahkan? Cubalah..hehehe





P/S: Hurmm lapar la pulak..adeiiii diet diet woooo!


0 Orang Komen:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..