Thursday, January 08, 2015

10 PERKARA MENARIK MESTI BUAT DI KOREA !

BY Sis Lin IN , , 2 comments

Assalamualaikum wbt..


Annyeonghaseyo?
Hahahaha speking Korea lagi..poyoo je kannn..sila muntah ijooo :p
Well ramai yang kata aku nak pi holiday ke Korea, ermmm insyaAllah, tiba masa ada rezki sampai le kita. Buat masa ni, entry ke Korea je dulu untuk amik mood ye..hehehehe
Selagi tak cop pasport, no komen plessss..wekk wekkk :p
Mood feeling mesti mau ada, tak kisahlah amik mood kat blog je, nak cite kat orang kang, ada orang menyampah jeles, silap2 di katanya jakun, yeeee memang jakun la weii kalau betul2 dapat gi..huh!
Takpe, lantak pi le depa, janji kita tak kaco orang weii..kan kannnn

Ok kali ni nak share kat blog sendiri plak apa yang mesti di buat ketika di melancong ke Korea. Haaaa bukan main2 pegi2 je, kalau ikut travel ok lagi, kalau backpackers kena le buat ittenery sendiri ok, so kena tau mana nak pi, naik apa, kat mana, bilanya, ok ke, jauh ke , dekat ke, betul tak +retna yusof 
Apa2 pun jomm le kita tengok apa yang menariknyaa..*Lin gugel, copi pes sana sini sikit yang Lin rasa menarik, terpulang pada individu ok..tapi bagi aku yang ni sangat best!


1. Melawat Pulau Nami ( Nami Island )
Pulau Nami adalah tempat wajib yang mesti anda lawati jika ke Korea.
Pulau Nami terkenal kerana menjadi lokasi pengambaran drama korea hit iaitu Winter Sonata. Pemandangan yang cantik dengan pokok-pokok dan sungai menjadikan pulau ini salah satu tarikan utama.
Menariknya, pulau ini bukanlah di laut. Pulau Nami adalah sebuah pulau di tengah sungai. Untuk ke sini, perlu menaiki bot. Perasaan menaiki bot sambil menikmati pemandangan persisir sungai memang tak dapat digambarkan.

Oh feeling2 shooting drama Korea gitu hehehe


2. Membeli-belah di Namdaemun Market
Antara pasar (market) yang terbesar dan tertua di Korea. Dahulunya adalah pusat ekonomi rakyat di bandar Seoul.
Di Namdaemun Market, segalanya ada dijual di sini dengan harga yang murah. Pakaian, barang kemas, beg, permainan kanak-kanak, souviner, barangan k-pop dan makanan, semuanya dijual disini.
Jika ada yang bertanya, dimanakah tempat membeli belah ( shopping ) yang murah, semestinya Namdaemun Market.

Ni mesti syokk ni, soping jangan sampai tak ingat heheheh


3. Padlock cinta di Namsan Tower
Lock of love at Namsan Tower. Berjuta-juta padlock (mangga kunci) yang dikuncikan di Namsan Tower.
Korea memang terkenal dengan tempat romantik terutamanya di Seoul. Salah satunya adalah Namsan Tower.
Pastikan anda kuncikan padlock cinta anda di sini sebagai kenangan. Mungkin satu hari nanti, anda dan pasangan akan melancong sekali lagi ke Korea sambil menikmati pemandangan dari puncak Namsan seperti scene dalam drama Korea.

Mesti mesti, nak juga letak love lock kat situ kan hehehehe


4. Merendamkan kaki di Cheongae Stream
Cheongae Stream adalah sungai yang dahulunya kotor dan buruk, tapi kerajaan Korea telah melakukan pembersihan dan mencantikkan sungai ini untuk tujuan pelancongan.
Rehatkan diri anda sambil merendamkan kaki di Cheongae Stream yang jernih sambil berbual-bual bersama rakan. Suasana yang cantik dan tenang walapun di tengah bandaraya Seoul sangat menenangkan jiwa.
**Tapi kalau time winter, sangat tak sesuai ok nak merendam, takut kebas kaki terus beku jadi ais hehehehe

Time salji klu rendam ni mau kejungg kaki erkkkkk


5. Menaiki Seoul Subway (kereta api bawah tanah)
Pengangkutan utama di bandar Seoul adalah subway.
Dengan menggunakan subway, kita boleh ke mana-mana dengan mudah, selamat dan menjimatkan masa.
Kita juga dapat melihat kehidupan masyarakat Korea dengan lebih dekat. Banyak drama kehidupan yang kita boleh tonton depan mata. Dalam station subway juga terdapat banyak kedai untuk membeli belah dengan harga yang berpatutan.
Risiko menaiki subway, anda mungkin sesat di dalam station kerana dunia bawah tanah di Korea sangat luas. Terdapat lebih dari 9 line subway di Seoul.

Gulp mak aiii punyalah terbelit2 jalan subway dia..erkkkkk


6. Ikan Bakar di Dongdaemun
Antara masakan Korea yang sedap dan menjadi menu paling dirindui oleh pelancong adalah Ikan Bakar di Dongdaemun.
Banyak kedai ikan bakar yang fresh dan sedap di Grilled Fish Street ini. Selain daripada ikan bakar, anda boleh rasa menu masakan laut lain seperti sambal sotong.

Haaa yang ni ramai kata sedap, halal ok, jangan takut..mesti cuba ni ...


7. Makan Kimchi
Kimchi adalah makanan traditional Korea, perapan sayur kubis yang digaul dengan cili. Semakin lama kimchi itu diperap, semakin mahal harga dan semakin sedap rasanya.
Kebanyakkan restoran korea akan memberi kimchi secara percuma. Kimchi juga merupakan makanan utama masyarakat Korea. Ia mempunyai banyak zat dan mampu mencegah masalah obesiti.

Nampak sedapnyaaaa..mcm asam pedas plak kannn yumm yummmm


8. Lepak dan santai di kafe
Antara tempat yang menjadi tumpuan di Korea adalah kafe.
Jika anda berjalan di bandar Seoul, anda akan nampak banyak kafe yang cantik dan mempunyai design yang menarik.
Kafe ibarat kedai mamak jika di Malaysia. Orang Korea memilih kafe untuk berjumpa rakan atau lepak minum kopi dan membaca majalah.
Design yang menarik dan unik menjadi tarikan kepada pelancong. Kafe yang mempunyai design yang unik dan cantik sering digunakan sebagai scene dalam drama Korea.
Pstt Hard Rock Cafe pun dah mula beroperasi balik di Seoul hehehhe

Oh sweetnyaaaa, ni kalau anak dara Lin kemain sukeee ni hehehehe


9. Berbasikal di Persisiran Han River
Han River adalah sungai terbesar di Bandar Seoul dan menjadi tumpuan masyarakat Korea.  Mereka datang ke Han River untuk beriadah dan menenangkan fikiran.
Pelancong juga ramai datang ke Han River kerana mempunyai taman yang sangat cantik terutamanya ketika musim bunga dan musim panas.
Antara aktiviti yang seronok dilakukan di sini ialah berbasikal. Anda boleh menyusuri persisiran sungai Han (Han River) dengan berbasikal kerana sungai ini sangat panjang dan taman yang sangat luas.

Kalau time sejuk2 seronok gak ni berbasikal, kuar peluh gak kannnn...


10. “Cosmetic Heaven” di Myeongdong 
Korea sangat terkenal dengan produk kosmetic dan kecantikan. Bagi anda yang mencari barangan kosmetik dan kecantikan yang berkualiti, popular dan berpatutan, Myeongdong adalah tempat yang wajib anda lawati.
Tidak seperti negara lain, hampir semua kedai kosmetik di Korea memberi anda sample produk mereka. Malah, promoter kedai kosmetik di Korea akan memberi nasihat atau advice produk bagaimana yang sesuai untuk kulit anda.
Percayalah, anda tidak akan menyesal ke Korea jika anda pergi ke Myeongdong dan merasai nikmat “cosmetic heaven” di Myeongdong.

Ini kalau pompuan, dunia dia leee , termasuk aku kalau dapat ke sana, sini gak le nak peginya hehehehe


Tempat2 lain ada juga yang menariknya, terpulang masing2, kang aku masuk semua, mau 1 hari 1 malam tak habis weiii...hahahaha
Ok tu je ye, panjang jela entri kali ni, takpe buat rujukan kot sapa2 nak gi..juga buat simpanan sendiri di blog sendiri...
Gambar dan kredit dari SINI 





P/S: Aishhh menghitung hari lagi dan lagi...awakkkk oo awakkkk :p


2 comments:

  1. assalamualaikum sis lin....mmg best la... bila tengok gambo jer dah best kalau sampai sana lg la best....mudah2an dpt sampai juga ke sana yer...:)

    ReplyDelete
  2. oittt..... jung sang! jung sang! aahaaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..