Sunday, January 11, 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015 !

BY Sis Lin IN , , 1 comment

Assalamualaikum wbt..


Hari ini Ahad, 11hb Jan 2015, bermulalah seisi persekolah bagi anak2 di negeri Johor. 
Alhamdulilah masih lagi di beri peluang untuk terus berkhidmat menghatar dan ambil anak Lin sekolah seperti tahun2 yang lepas.
Dan seperti biasa, Lin hanya menguruskan seorang saja anak yang kini sekolah tingkatan 3 di sekolah SAB (Sekolah Aminuddin Baki,Johor). Kalau 2 tahun lepas, anak Lin ni sekolah seisi petang dan tahun ini seisi pagi. Jadi kenalah bangun awal sikit uruskan semuanya untuk ke sekolah, hehehe kalau tak kadang2 nak dekat Subuh baru bangun heheheh...

Rutin Lin biasalah tapi sudah tak berapa kerap keluar drive sebab anak Lin ni hanya tuisyen di sekolah, so lepas balik sekolah terus ke tuisyen, takde la balik rumah, pastu keluar lagi hantar tuisyen, amik lagi balik lagi, berapa banyak daaa keluar masukkann..huhuhu
Tapi takpe, ala bisa tegal biasa, memang dah biasa dah, keluar masuk hantar sekolah, sejak dari menguruskan ketiga2 anak2 Lin, cuma sekarang tinggal bujang seorang ni je yang di rumah, Kakaknya di MSU, dan seorang lagi kakaknya di KUIM, alhamdulilah...




MOga tahun ni anak2 lebih fokus berjaya dan di terangkan hatinya untuk terus menimba ilmu berjaya hingga ke menara gading..InsyaAllah... 
Lebih seronok keluar masuk hantar anak sekolah, lapang fikiran tengok jalanraya dan langit hahahahaha..
Duk uma lama2 serabut otak ! Kerja tak pernahnya selesai..kan kannnnn..






P/S: Saya bangga menjadi surirumahtangga sepenuhmasa.. :)



1 comment:

  1. assalamualaikum sis lin...selamat memulakan tugas semula....dulu mama pun mcm ni juga tapi bila anak2 dah habis bersekolah skg rehat sikit x adalah keluar masuk jer...:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..