LIRIK LAGU LARI DARI SUNYI - LATIFAH

LIRIK LAGU LARI DARI SUNYI - LATIFAH

0
LIRIK LAGU LARI DARI SUNYI - LATIFAH. Siapa ea Latifah ni? Sis pun tau tapi lagu dia menghantui minda dan emosi Sis buat masa ni. Terdengar di TikTok, terus amati lirik dia, ternyata aku juga begitu ‘Lari Dari Sunyi’ .. 

Lagu ni untuk hindar dari circle yang toxic.. 

Lirik Lagu Lari Dari Sunyi - Latifah

Lirik Lagu Lari Dari Sunyi - Latifah

Di usia ini, aku dah tak kejar yang pergi,
Tak kejar perhatian, tak cari bukti diri.
Dulu hati cepat luka, sekarang dah keras beku,
Bukan sebab tak rasa tapi dah tahu apa yang perlu.

Mereka datang, mereka hadir seperti bayang,
Aku belajar, bukan semua tinggal untuk disayang.
Kecewa jadi guru, mengajar tanpa suara,
Menangis bila perlu ,tetap ikhlas dalam jiwa.

Sekarang fokusku sederhana,
Asal jiwa aman, tak perlu drama.
Badanku sihat, rezeki lancar,
Hati tenang nikmat sangat besar.
Hidup ni singkat, jangan buang masa,
Dengan rasa sakit yang tiada hasilnya.

Sekarang fokusku sederhana,
Asal jiwa aman, tak perlu drama.
Badanku sihat, rezeki lancar,
Hati tenang nikmat sangat besar.
Hidup ni singkat, jangan buang masa,
Dengan rasa sakit yang tiada hasilnya.

Aku dah lalui badai tanpa diteduh payung,
Belajar senyum walau jiwa penuh rasa bingung
Sekarang sunyi rumah paling aku cintai.

Aku bukan malaikat, tapi aku belajar redha,
Bukan semua kisah perlu disudahi dengan tawa.
Kadang lepaskan itu lebih mulia,
Dari memegang yang cuma bawa derita.

Aku tak cari ramai, aku cari damai,
cukup hidup tenang tiap kali subuh sampai.
Sakit hati , jadi lagu lama,
aku cari sembuh, bukan untuk siapa. 

Sekarang fokusku sederhana,
Asal jiwa aman, tak perlu drama.
Badanku sihat, rezeki lancar,
Hati tenang nikmat sangat besar.
Hidup ni singkat, jangan buang masa,
Dengan rasa sakit yang tiada hasilnya.

Biar masa sembuhkan,
Biar diam jadi jawapan.
Aku tak lagi kejar siapa yang pergi,
Kerana akhirnya… damai juga yang aku cari.

Muzik video penuh di SINI 


P/S : Masih gelak-gelak kecil ingat kisah semalam .. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top