PICNIC IN THE AIR 2025 SEDIA ‘BERLEPAS’ ANTARABANGSA SENAI DISEMBER INI DI LAPANGAN TERBANG

PICNIC IN THE AIR 2025 SEDIA ‘BERLEPAS’ ANTARABANGSA SENAI DISEMBER INI DI LAPANGAN TERBANG

1
PICNIC IN THE AIR 2025 SEDIA ‘BERLEPAS’ ANTARABANGSA SENAI DISEMBER INI DI LAPANGAN TERBANG. berkelah yang pertama seumpamanya di lapangan terbang di Johor ini bakal memperkenalkan pendekatan segar yang menggabungkan elemen kek, kreativiti dan komuniti dalam semangat Temasya Johor @ Kulai 2025.

Kemeriahan penghujung tahun di Johor bakal lebih meriah apabila Picnic in the Air 2025 berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 27 dan 28 Disember 2025. Dianjurkan oleh Destination Odyssey Travel Solutions Sdn Bhd (DOTS Event) dengan kerjasama Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Tourism Johor, Pejabat Daerah Kulai dan Majlis Perbandaran Kulai, acara ini menjanjikan hujung minggu yang penuh kreativiti kulinari, aktiviti kekeluargaan dan semangat komuniti dalam suasana yang cukup unik. 

PICNIC IN THE AIR 2025 SEDIA ‘BERLEPAS’ ANTARABANGSA SENAI DISEMBER INI DI LAPANGAN TERBANG

Acara ini akan menjadikan kawasan rumput terpilih di lapangan terbang menjadi ruang berkelah terbuka yang meriah, di mana keluarga, penggemar makanan dan para pengembara dapat menikmati pengalaman berkelah dalam suasana lapangan terbang antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif DOTS Event, Olivia Ooi, berkata Picnic in the Air 2025 bukan sekadar f estival makanan ia adalah sebuah festival yang meraikan minat rakyat Malaysia terhadap makanan, kreativiti dan kebersamaan.

Selama dua hari, Picnic in the Air 2025 akan mengetengahkan pembuat kek terbaik Malaysia, chef pastri dan artisan makanan melalui pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan membuat kek, sesi merasa makanan dan persembahan interaktif. 

PICNIC IN THE AIR 2025 SEDIA ‘BERLEPAS’ ANTARABANGSA SENAI DISEMBER INI DI LAPANGAN TERBANG

Hari pertama bertemakan ‘All About Cake’ pada 27 Disember akan menampilkan kreativiti dan seni profesional melalui pertandingan membuat kek dengan beberapa kategori termasuk Kek Klasik, Moden dan Istimewa.

Pencinta pencuci mulut juga boleh menyertai Cake Lovers Sessions, iaitu sesi merasa kek sela-ma dua jam dengan konsep ‘makan sepuasnya’ yang menampilkan hasil ciptaan pembuat kek terbaik. 

PICNIC IN THE AIR 2025 SEDIA ‘BERLEPAS’ ANTARABANGSA SENAI DISEMBER INI DI LAPANGAN TERBANG

Hari kedua, 28 Disember, akan mempersembahkan ‘Kenduri Mangkuk Tingkat’, satu acara istimewa yang meraikan warisan kulinari Malaysia, memberi penghormatan kepada mangkuk tingkat tradisional simbol kekeluargaan dan hidangan air tangan keluarga.

Acara ini akan mennyajikan lebih 30 hidangan ikonik Johor yang dihidangkan secara kreatif dalam set mangkuk tingkat yang tersusun indah. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai citarasa Johor seperti Laksa Johor, Mee Rebus Johor, Mee Bandung Muar, Nasi Ambeng, Nasi Briyani Gam dan banyak lagi, serta deretan kuih tradisional seperti Kuih Dangai, Kuih Siput dan Kole Kacang. 

PICNIC IN THE AIR 2025 SEDIA ‘BERLEPAS’ ANTARABANGSA SENAI DISEMBER INI DI LAPANGAN TERBANG

Penglibatan kerjasama bersama pakar makanan tempatan dan tukang masak tradisional, acara ini bertujuan mengetengahkan identiti kulinari Johor yang kaya dengan warisan dan tradisi selaras dengan kempen Tahun Melawat Johor 2026.

Pengunjung juga boleh merasai pengalaman Pameran Mangkuk Tingkat Interaktif, yang menampilkan kisah keluarga Johor, demonstrasi pengusaha tempatan serta interpretasi moden mangkuk tingkat klasik. Pameran ini menghubungkan nostalgia dan inovasi mengangkat warisan, kreativiti dan nilai komuniti.

Pegawai Daerah Kulai, Encik Fizwan bin Dato’ Haji Mohd Rashidi berkata bahawa Temasya Johor @ Kulai 2025, yang berlangsung dari 27 Disember 2025 hingga 1 Januari 2026, menjadi pemangkin sambutan Tahun Melawat Johor 2026.

Sementara itu, Pengarah Tourism Johor, Muhammad Nazrul bin Abd Rahim turut menegaskan komitmen Tourism Johor untuk terus memperkasa promosi destinasi dan mewujudkan program berskala besar yang memberi impak positif kepada ekonomi setempat serta komuniti pelancongan di daerah Kulai dan seluruh Johor.

Maklumat Acara:
Tarikh: 27 & 28 Disember 2025
Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Kawasan Rumput, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor

Untuk pembelian tiket ; etix.my/Event/PCCAKE25


P/S : Jangan lupa korang, save the date okayy!!.. 

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. flight ke Senai semata-mata nak gi event aje.. lepas tu balik.. thehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top