THISTLE JOHOR BAHRU HOTEL DALAM KENANGAN

THISTLE JOHOR BAHRU HOTEL DALAM KENANGAN

0
THISTLE JOHOR BAHRU HOTEL DALAM KENANGAN. Terbaca posting di facebook pekerja-pekerja Thistle Johor Bahru Hotel mengucapkan selamat tinggal, sedihnya rasa, Sis sendiri terlalu banyak kenangan sebagai media di sana, apatah lagi mereka sebagai pekerja lama di sana. 

Tapi itulah kan, setiap perjumpaan pasti akan ada perpisahan. Dalam bisness perkara gini agak biasa, bertukar-tukar tangan. Kini Thistle Johor Bahru hotel secara rasminya ditutup pada 30 September 2025. 

Namamu Tetap dalam ingatan

Special thanks juga to Mr Joshua (Marcom) yang banyak beri sokongan kepada kerjaya Sis, banyak bantu menaikkan nama Sis di Thistle Johor Bahru ni. Nak taip pun sedihlah :( ..

Menurut perancangan, hotel ini akan menjadi “flagship five-star hotel” dengan kemudahan moden, bilik premium, tempat makan dan ruang acara baru, serta fasiliti leisure yang lebih menarik.

Hotel asal dibuka pada 1994 sebagai Hyatt Regency Johor Bahru, kemudian ditukar ke jenama Thistle pada 2009. Selepas lebih 30 tahun beroperasi, penutupan ini dianggap sebagai “kemuncak suatu era.

laporan terbaru menyebut bahawa hotel tersebut akan berubah jenama menjadi JW Marriott iaitu hotel baharu bernama JW Marriott Hotel .  

Kenangan ketika PKP

Kenangan Indah Bersama Thistle Hotel Johor Bahru

Selepas lebih 30 tahun beroperasi, Thistle Hotel Johor Bahru secara rasminya menutup tirai pada 30 September 2025. Bagi ramai, termasuk Sis sendiri, hotel ini bukan sekadar tempat penginapan tetapi sebuah lokasi penuh nostalgia.

Dari majlis keramaian, staycation hujung minggu, makan malam dengan pemandangan laut, hinggalah acara formal, Thistle telah menjadi sebahagian daripada memori warga Johor dan para tetamu serantau. 

Terima Kasih, Thistle Untuk Segala Memori

Dengan hati yang penuh penghargaan, Sis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Thistle Hotel atas layanan bertahun-tahun kepada masyarakat.

Terima kasih untuk suasana tenang, kenangan indah, bilik-bilik yang pernah menjadi ‘rumah sementara’, dan segala kenangan manis yang tercipta di sini. Terutama ketika Sis meraikan majlis perkahwinan anak Sis di sini. 

Walaupun sebuah era telah berakhir, legasi Thistle tetap hidup dalam kenangan setiap pengunjung yang pernah melangkah masuk. 

Terpaling meriah ramadan di sini!

Transformasi Besar: Thistle Kini Berwajah Baharu

Selepas penutupan, hotel ini telah diambil alih oleh YTL Hotels, satu nama besar dalam industri perhotelan Malaysia dan antarabangsa. Langkah ini bukan sahaja membawa perubahan pemilikan, tetapi juga membuka jalan kepada transformasi menyeluruh yang bakal mengangkat hotel ini ke tahap lebih premium.

Dari Thistle ke JW Marriott Johor Bahru

Bangunan ikonik ini kini sedang melalui proses renovation major untuk dijenamakan semula sebagai: JW Marriott Hotel Johor Bahru

Sebuah jenama hotel lima bintang antarabangsa yang terkenal dengan standard tinggi dalam aspek layanan, kemewahan dan pengalaman tetamu. Pendek kata, ia bakal menjadi antara hotel premium terkemuka di selatan tanah air. 

Bufet Ramadan paling meriah sebab ada durian!

Tahniah Kepada YTL Hotels atas Kejayaan Besar Ini

Sis ingin mengucapkan tahniah kepada YTL Hotels atas kejayaan pengambilalihan dan visi besar dalam membangunkan semula hotel ini.

Transformasi ini bukan sahaja mencerminkan kepakaran YTL Hotels, tetapi juga komitmen mereka dalam menaikkan standard industri perhotelan di Johor Bahru.

Dengan pembangunan pesat Johor, kemasukan pelabur, serta peningkatan pelancong domestik dan antarabangsa — pembukaan JW Marriott Johor Bahru nanti pasti membawa impak besar kepada sektor pelancongan bandar ini.

Mengikut laporan rasmi, hotel baru ini dijangka dibuka semula pada tahun 2026. Sis sendiri tak sabar nak lihat hasil akhir transformasi ini — dari lobi, bilik, hingga restoran dan fasiliti baru. Kalau ikut rekod YTL Hotels, standardnya mesti tip-top! 

Sempatlah bawa kengkawan ke sini bufet ramadan

Selamat Tinggal Thistle, Selamat Datang JW Marriott JB 

Walaupun perpisahan dengan Thistle JB membawa rasa sentimental, perubahan ini juga membawa satu harapan dan lembaran baru. Thistle telah memberi kita memori berharga, dan kini JW Marriott bakal menawarkan pengalaman yang lebih mewah dan moden.

Terima kasih Thistle Hotel Johor Bahru.
Tahniah YTL Hotels atas permulaan baru ini.
Sis yakin, JW Marriott Johor Bahru akan menjadi antara tarikan premium yang membanggakan bandar JB.


P/S : Terasa juga kehilangannya 🥺 … 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top