BERBUKA PUASA BERSAMA SUNAH DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL. Agak lama juga tak jumpa Sunah. Sejak dia dah pindah ke Cyberjaya memang dah jarang jumpa dia. Jangan kata jumpa, nak berchat di wasap pun kadang memang tak dan, memasing bizi.
Minggu lepas Sunah ada mesej, dia bagitau dia akan turun Johor dan ajak berbuka sama pada 13/3 hari Jumaat (semalam). Mula ingat nak masak-masak ajak datang ke rumah, tapi sebab rumah Sis baru siap tukar mozek toilet atas dan bawah, jadi keadaan rumah jadi berhabuk dan masih tak berkemas.
Dan semalam tu juga hari Sis amik 'bibik' kemas rumah dari pagi sampai petang selama 8jam. So memang dapo off!.
Dan kebetulan pula, Sis ada order Cornflakes Salted Egg dengan Chef Zam Akmal, dan Zam pun pelawa ajak makan bufet Gempita Ramadan di Renaissance sekali lagi di minggu akhir dia beraksi, makanya Sis terima undangannya dan Sis ajak Sunah sekali. Rezeki kami laa kan, alhamdulilah.
Sis tunggu Sunah di Renaissance aja. Sampai aja, makk aii terkejut Sis lihat suasana di lobby hingga masuk ke dalam Cafe BLD, penuh fullhouse okay dengan meja semua. Dengarnya semalam aja seramai 720pax telah di tempah! Amazing!.
Serius betul terkejut Sis hahahaha..
Feel kali ni datang rasa lain macam sikit, tak tau kenapa, maybe sebab dapat rasakan keadaan sebenar suasana berbuka time ramadan, beza masa datang preview sebelum ni. Meriah dia jangan cakaplah, udang galah besar tu, pantang letak, kejap aja dah licin hahaha..
Tapi presentation tetap sama, menu semua maintan sedap dan beraneka pilihan. Ala kalau rasa kurang tu biasalah, kalau dah lebih 300 menu yang ada, mau tak keras lidah Chef ekk nak puaskan hati semua hahaha.. so far semua okay yang Sis makan.
Bagusnya di sini, walau tetamu lebih dari 700 pax tapi mereka semua sangat behave dan sopan masa amik mekanan, takde nampak berebut dan serabut, semuanya boleh di kawal, masih ada ruang menyelit dan yang penting, makanan yang habis, cepat aja Chef topup, itu yang penting, ye laa dah bayar mahal kann, bufet unlimited, so kenalah makanannya lebih dari cukup.
Apa yang mesti Sis makan, tentunya laa highlight Gempita Ramadan, tak lain Manjah-Manjah Glass Noodle by Chef Zam dan juga Sate Lilit Janda Mengamuk by Sheilarusly. Ini kali makan sangat puashati sedap uiii.. bukan kata sebelum ni tak sedap, cuma sebelum ni ada sikit kurang rasanya, tapi semalam makan, betul sedap! Banyak Sis makan semalam yerr hahahaha..
Sis makan juga Udang Galah Goreng, Bubur Lambuk Ayam, juga Laksa Johor. Sebab banyak sangat makan Glass Noodle tu, sampai kekenyangan Sis huhuhu.. lupa nak makan Gado-Gado dan Tauhu Sumbat mereka huwaa arghhhhh seteress bila ingat balik hahahahaha..
Apa pun, memang best, Sis iktiraf, inilah penutup bufet ramadan 2026 Sis tau untuk tahun ni, sangat best dan sangat berpuashati.. kitaorang makan sembang sampai cafe pun dah nak tutup weyyy hahahaha punyalah syokk berborak kannn.. nasib tak kena halau jerr kikikiki..
Apa-apa pun terima kasih kepada En Hezrin, yang banyak support kitaorang sebagai blogger. Siap kena ‘surprise’ semalam!. Moga panjang umur bertemu lagi kita di Gempita Ramdan 2027 tahun hadapan, inshaallah aamiinn.. Thanks juga Sunah sudi teman makan semalam, dan sudi terima tempahan kek lapis sarawak dari aku yaa hehehehe.. kita jumpa raya nanti.
Korang yang nak datang makan bufet ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel, minggui ni minggu last korang boleh datang tapi dengarnya dah fullhour sehingga 18/3 ni, tapi korang bolehlah cuba yaaa..
P/S : Last-last gambar dengan Sunah berdua yang takde hahahahaha.. Cafe BLD












Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.