TAK SEMUA LUKA BOLEH DI CERITAKAN

TAK SEMUA LUKA BOLEH DI CERITAKAN

1
TAK SEMUA LUKA BOLEH DI CERITAKAN. Dalam hidup ini, kita selalu nampak orang lain seperti baik-baik sahaja. Mereka tersenyum, mereka ketawa, mereka menjalani hari seperti biasa. Dari luar, semuanya nampak tenang.

Tetapi hakikatnya, tidak semua yang kita nampak itu benar-benar menggambarkan apa yang sedang mereka rasa. Kadang-kadang orang yang paling banyak tersenyum itulah sebenarnya yang paling banyak menyimpan rasa dalam hati.

Begitu juga dengan diri kita.

Ada perkara dalam hidup yang kita simpan terlalu lama. Bukan kerana kita mahu memendam perasaan, tetapi kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Ada luka yang terlalu dalam untuk diluahkan dengan kata-kata.

Tak Semua Luka Boleg Di Ceritakan

Kadang kita terfikir untuk bercerita kepada seseorang. Tetapi setiap kali peluang itu datang, kita akhirnya memilih untuk diam. Bukan kerana kita tidak percaya kepada orang lain, tetapi kerana kita sedar tidak semua orang akan benar-benar memahami apa yang kita lalui.

Akhirnya kita belajar satu perkara… tidak semua kesedihan perlu diceritakan kepada manusia. Ada rasa yang lebih mudah kita luahkan kepada Allah.

Pada malam-malam tertentu, bila semuanya sunyi dan dunia seakan berhenti seketika, kita mula berbual dengan hati sendiri. Kita mengingat kembali perkara-perkara yang pernah berlaku. Perkara yang pernah melukakan hati, perkara yang pernah membuatkan kita menangis sendirian.

Kadang-kadang kita tertanya pada diri sendiri, kenapa kita masih terasa sakit walaupun masa sudah lama berlalu. Jawapannya mungkin kerana hati kita masih sedang belajar untuk menerima.

Healing bukan tentang melupakan.
Healing adalah tentang belajar untuk hidup dengan kenangan itu tanpa membiarkan ia terus melukakan kita.Ia adalah proses yang perlahan.

Ada hari kita rasa kuat, rasa seperti semuanya sudah semakin baik. Tetapi ada juga hari di mana hati tiba-tiba terasa berat semula. Dan pada saat itu kita sedar bahawa perjalanan untuk sembuh bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun satu perkara yang selalu menguatkan hati… setiap ujian yang Allah beri sebenarnya mempunyai hikmah yang kita mungkin belum nampak sekarang. Allah tidak pernah memberikan ujian tanpa sebab.

Mungkin melalui kesedihan itu, Allah sedang mengajar kita menjadi lebih sabar. Mungkin melalui luka itu, Allah sedang menguatkan hati kita. Dan mungkin melalui semua yang kita lalui itu, Allah sedang mempersiapkan kita untuk sesuatu yang lebih baik di hadapan.

Kadang-kadang kita terlalu fokus kepada kesakitan yang sedang kita rasa, sehingga kita lupa bahawa setiap hari yang kita lalui sebenarnya sedang membawa kita sedikit demi sedikit ke arah ketenangan.

Mungkin hari ini hati masih terasa berat. Tetapi suatu hari nanti, kita akan bangun pada satu pagi dan sedar bahawa luka itu sudah tidak lagi menyakitkan seperti dahulu.  Kita masih ingat apa yang pernah berlaku, tetapi hati kita sudah tidak lagi sesakit dulu.

Dan pada waktu itu kita akan faham bahawa sebenarnya selama ini hati kita sedang sembuh… perlahan-lahan, tanpa kita sedari. Kerana tidak semua luka perlu hilang untuk kita kembali bahagia. Kadang-kadang cukup sekadar kita belajar untuk hidup dengan lebih tenang walaupun pernah terluka.



P/S : .......................................................................,

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top