Dari konsep hingga pilihan makanan, semuanya nampak cukup menggoda selera, terutama bagi pencinta makanan berempah. Apa yang membuatkan buffet ini lain daripada yang lain adalah konsep hidangan warisan berinspirasikan rempah ratus.
Buffet ini menawarkan lebih daripada 60 hidangan warisan yang diinspirasikan daripada pelbagai rasa tempatan. Dari menu yang ringan dan mesra selera hinggalah hidangan yang lebih pedas dan bold, semuanya ada. Sesuai untuk semua peringkat umur dan selera.
Selain itu, terdapat juga 18 spice-infused main dishes yang menjadi highlight buffet ini. Antara yang Sis paling tertarik ialah konsep makanan yang disediakan segar melalui live order station, dan konsep hidangannya dalam satu portion kecil, buat tertarik pandangan semua pelanggan. Senang cakap, ‘makan unlimited, tapi tak membazir’.

Dari segi harga pula, Sis rasa sangat berpatutan untuk buffet Ramadan di lokasi premium seperti Mid Valley Southkey.
Harga yang ditawarkan ialah:
Adult: RM98 nett
Senior (60 tahun ke atas): RM78 nett
Kid (5–12 tahun): RM48 nett
Kid bawah 5 tahun: FREE
Buffet ini berlangsung dari 23 February hingga 20 March, bermula dari 6:30 petang hingga 9:30 malam, dan hanya pada setiap Sabtu & Ahad sahaja!.. memang waktu yang sesuai untuk berbuka puasa dengan tenang bersama keluarga atau rakan-rakan.

Lebih menarik, pengunjung juga boleh mendapatkan diskaun RM10 apabila scan QR code yang disediakan. Ini memang satu bonus tambahan untuk berjimat. Pastikan korang scan dulu sebelum bayar bil.
Lagi satu, korang nak order ala-carte pun bole juga.
Dari segi suasana pula, lokasi di Mid Valley Southkey memang sangat strategik dan mudah diakses. Tempatnya selesa dan senang nak tuju. Dari Harvey Norman, korang naik lift hujung tu, terus ke tingkat 3 atas. Keluar lift dah nampak Fix Banana Leaf ni. Cuma Surau agak jauh laa sikit hujung sana. Terkejar-kejar.

Secara keseluruhannya, Golden Spice Feast di Fix Banana Leaf adalah salah satu buffet Ramadan yang boleh korang cuba tahun ini. Dengan pilihan makanan yang pelbagai, harga yang reasonable, dan lokasi yang strategik, memang nampak berbaloi untuk pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
Bagi Sis pula, kalau korang rasa nak makan dengan pelbagai menu pilihan, ianya tidak sesuai untuk korang di sini. Tapi jika korang nak makan santai-santai dan tidak berapa pemakan, korang boleh cuba di sini.

Itu pendapat Sis secara jujurnya. Sebab ianya bukanlah buffet hotel/kedai makan yang korang akan banyangkan betapa banyaknya makanan. Dan bila korang nak solat, selesai solat, korang tak boleh datang sambung makan lagi. So agak tidak puas makan laa di situ. Faham tak? ..
Fix Banana Leaf
Tingkat 3 Mid Valley Southkey JB
Gambar menu : facebook page akusislin
IG video REEL : akusislin
TikTok video : @akusislin
P/S : Harini no idea nak berbuka apa, macam nak makan Nasi Kerabu Kayangan ..

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.