MAJLIS TAHNIK, AQIQAH DAN BERCUKUR RAMBUT CUCU

MAJLIS TAHNIK, AQIQAH DAN BERCUKUR RAMBUT CUCU

0
MAJLIS TAHNIK, AQIQAH DAN BERCUKUR RAMBUT CUCU. Alhamdulilah, sekejap masa berlalu, usia Cucu Sis pun dah masuk hari yang ke 51 hari harini. Dah habis pantang pun. Sabtu lepas menantu berurut penutup pantangnya, bertangas dan bertunku. Luka jahitan czernya pun dah nampak elok kering dan semakin membaik. Alhamdulilah ..

Cuma masih kena berpantang makan dan jangan angkat berat lagi laa, sebab baru lagi kan, bimbang pulak luka dalam tu belum baik sepenuhnya. Sepanjang menjaga menantu dan cucu pun, keduanya sangat memberi kerjasama. Cucu tak banyak ragam dan menantu pun tidak cerewet, apa yang Sis hidang dan Sis buat, semuanya dia terima dengan baik. Menantu Sis memang baik orangnya.

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Waktu cucu umur 7 hari, kami buat tahnik untuknya. Kebetulan pada haritu Ustazah Wan Jah ada mengajar kelas tadabbur seperti biasa, jadi Sis minta dia singgah ke sini untuk tahnikkan cucu Sis, rezeki Amsyar dapat tahnik dengan UWJ. 

Tahnik adalah amalan sunnah bagi bayi yang baru lahir, iaitu mencecapkan sesuatu yang manis (biasanya buah kurma yang dikunyah halus) ke langit-langit mulut bayi. Kebiasaannya dilakukan oleh orang yang bertaqwa atau alim ulama dengan iringan doa agar bayi tersebut membesar menjadi insan yang soleh/solehah.

Moga segala doa dari Ustazah dan juga ibu ayah cucu Sis ni Allah makbulkan, aamiinn.. Terima kasih juga pada kengkawan sahabat Tadabbur yang sudi singgah bersama pada hari Tahnik tu. 

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Dan pada usia cucu Sis 30 hari, Sis buat majlis Aqiqahnya pulak. Sis bagitau Suami elok buat sekarang sementara menantu dan cucu masih tinggal di rumah Sis, so tak susah mereka nak ulang alik datang semula ke sini. Bila bincang kedua belah pihak (besan), mereka pun setuju, dan serahkan semuanya kepada Sis sekeluarga untuk majlis itu. 

Segala urusan aqiqah kambing (2 ekor), kami serahkan kepada Kambing Station. Mereka yang uruskan pembelian kambing, sembelihan dan juga proses bakar dan memasak. Sis buat seekor kambing golek, dan seekor lagi masak beriani. Dapatlah semua merasanya. 

Aqiqah ialah ibadah penyembelihan haiwan ternakan (seperti kambing atau lembu) sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan cahaya mata.

Bilangan Haiwan:
Bayi Lelaki: 2 ekor kambing (atau 2 bahagian lembu).
Bayi Perempuan: 1 ekor kambing (atau 1 bahagian lembu).

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Tetamu pun Sis jemput kalangan kengkawan rapat Sis dan Suami, ahli keluarga Sis dan juga keluarga besan, tak lupa jiran-jiran dan sahabat tadabbur. Tak lupa juga kawan-kawan anak Sis. Catering, khemah, kuih-muih semua Sis uruskan. Suami memang serah semua pada Sis. 

Tapi memang rezeki Amsyar laa, banyak betul orang hantar makanan dan kuih-muih, sampai terlebih-lebih rezekinya. Ada yang tak dapat hadir pun, siap hantar hamper dan makanan juga, betapa baiknya semua orang. Moga kalian semua di murahkan rezeki dan sihat-sihat selalu. 

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Selesai majlis, petang tu, mana makanan yang tak habis dan masih tak di usik, kami hantar ke Mesjid dan sedekah pada jiran-jiran. Adik-adik pun dapat juga bawa balik, puashati memasing. Paling laku keras, laksa Penang kawan Sis tu, semua tetamu kata sedap. Makanan lauk pauk pun sedap semua. Cuaca pun baik dan semuanya berjalan lancar. 

Terima kasih juga pada keluarga Besan Sis, yang datang dan sama-sama menguruskan majlis aqiqah cucu kami ni. MOga Amsyar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Aamiinn .. 

Majlis Tahnik, Aqiqah Dan Bercukur Rambut Cucu

Dan esoknya, menantu panggil Ustazah untuk cukur rambutnya beserta tahnik sekali lagi. Alhamdulilah, semuanya dah selamat di tunaikan mengikut sunnah. Berat rambut yang di cukur, menantu dah pun tukar kepada wang tunai dan duitnya di berikan kepada yang berkenaan. Moga semuanya mendapat keberkatan dari Allah SWT .. 

Amalan cukur rambut bayi biasanya dilakukan serentak dengan majlis aqiqah dan tahnik pada hari ke-7 kelahiran. Ia bukan sekadar tradisi, tetapi merupakan tuntutan sunnah yang mempunyai hikmah tersendiri dari sudut kerohanian dan kesihatan.


P/S : Rindu Amsyar nangis di rumah ni, sunyi rumah bila menantu dah balik rumahnya :(

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top