RAIKAN RAMADAN BERSAMA TEAM MEDIA JOHOR ANJURAN JCORP CORPORATION. Baru ni Sis memenuhi jemputan majlis berbuka puasa jemputan khas dari JCorp Corporation, dan Sis datang sebagai antara wakil Team Media Johor yang berlangsung di Sheraton Hotel Johor Bahru. Selain Sis ramai lagi media-media radio, tv, surat khabar dan pelbagai portal yang turut hadir termasuklah influencer.
Pada mulanya Sis tak plan nak hadir sebab 'takde geng', then Sis PM kawan Sis dari Iskandarian, tanya dia, dia kata dapat jemputan, tapi dia pun tak dapat join sebab malam tu ada perlawanan bola JDT. Ermm fikir punya fikir, tanya sorang lagi, Bella Munir, kata Bella dia dapat juga, macam nak pergi juga tapi takde geng juga macam Sis, last-last kitaorang plan berdua, pergi sama-sama aja hahahaa terus jadi geng ekkk..
Tema dia malam tu "Kenduri Johor Cara Kita', menarik kann, tema ala-ala kita pergi majlis kahwin atau tema pakaian suasana di majlis kahwin, ahhh begitulah.. Paling senang, kita pakai kurung aja laa, sebab kalau ke jemputan kahwin kan, kita pakai baju kurung, so simpe dan sesuai dengan mana-mana majlis.
Sis sampai awal sebab nak elak jem. Dan pertama kalinya Sis jejak Sheraton Hotel Johor Bahru ni. Agak pusing juga nak cari jalan masuk dan parking tapi waze sangat membantu. Sis tunggu Bella di lobby. Bella sampai baru kami naik tingkat 5 ke ballroom untuk majlis berbuka tu.
Ramai juga yang dah sampai, tapi masih menunggu di luar, sebab kaunter pendaftaran belum ready. Dari jauh dah nampak goodies bag tersusun atas meja, Sis cakap Bella, 'Apa benda yang besar sangat bag goodies tu ek?, Hahahah Bella pun gelak. Bila dah sampai kaunter barulah nampak, waaaa mereka bagi sorang satu baked cookies dari Cookiescrumbs laaaa.. bukan satu tapi dua bekas.
Bella siap cakap, tak payah nak beratur nak beli kak, tau-tau rezeki dapat hahahaha.. yerr memang tak kowser Sis nak kejor FOMO nak beratur semata nak try cookies gini. Rezeki kami laa dapat pada malam tu.
Majlis bermula dengan ucapan-ucapan kata aluan dan juga selingan-selingan cabutan bertuah. Tengok hadiahnya semua hebat-hebat woo, mudah-mudahan ada rezeki. Lepas Maghrib, duduk nak sambung makan, tiba cabutan bertuah dari no 25-20, tiba-tiba nama Sis naik 'Sis Lin', ehhhhh macam nak tercekik satay kat tekak bila nama kena panggil hahahahaha.. no bertuah Sis kali ni no 23!! Yahuuuu..
Tak sangka menang, Sis dapat kipas angin tangan jenama JisuLife dari Harvey Norman ko! Mahal kata Bella kipas ni, jenama no1 dunia katanya hahahaha.. jadilah rezeki kann, walau kalau boleh nak hadiah no 1 tu, dapat dji Osmo360 wooo... ada hadiah peti ais 2 pintu, hadiah tv 65inci, vakuum dan banyak lagi laa.. tiap tahun memang Jcorp bab hadiah cabutan bertuah ni memang terbaekkkk..
Bukan hadiah aja yang best, makanan bufet yang di sediakan pun sedap-sedap.. puashati makan malam tu, pulak tu banyak juga kerusi kosong, maybe ramai pergi tengok bola atau media bertugas untuk perlawanan malam tu, so apalagi, meja Sis hanya kami berdua aja dengan Bella, kitaorang bedal laa makan sepuasnya hahahaha..
Apa-apa pun terima kasih jcorp untuk jemputan tahun ni, dah berapa tahun tak pernah miss invite Sis. Tak sabar nak tunggu jemputan openhouse Raya mereka pulak.. Memang meriah tiap tahun.. Sebelum balik, sempat bergambar dengan DJ Rin dari BestFM. Radio paling Sis suka mendengarnya, yer laa kita kan orang lama, so BestFM memang sesuai dengan jiwa Sis hehehehe..
P/S : Banyak jemputan berbuka puasa tahun ni Sis tolak, entahh rasa letih nak 'kunyah' hahahaha







Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.