BUFET RAMADAN JOHOR BAHRU 2026 : CITARASA PULAU PINANG DI GOODHOPE HOTEL SKUDAI

BUFET RAMADAN JOHOR BAHRU 2026 : CITARASA PULAU PINANG DI GOODHOPE HOTEL SKUDAI

0
BUFET RAMADAN JOHOR BAHRU 2026 : CITARASA PULAU PINANG DI GOODHOPE HOTEL SKUDAI. Masuk minggu kedua berpuasa, adakalanya stuck juga otak ni nak masak dan nak makan apa kan?. Padahal hari-hari pun masak. Jalan mudah, pergi makan luar ajalah. 

Banyak tempat menawarkan bufet ramadan yang menjadi tumpuan, cuma kena pandailah dan bijak buat pilihan. Samaada dari segi harga, keselesaan tempat atau korang jenis tak kisah, lagi senang!. 

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Baru-baru ini, Sis berpeluang menikmati Bufet Ramadan Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai Johor Bahru, dan terus rasa tertarik sebab konsep yang dibawakan memang unik dan lain daripada yang lain.

Seperti temanya, bufet ini mengetengahkan hidangan autentik dari Pulau Pinang, yang memang terkenal sebagai syurga makanan di Malaysia. Dari mula Sis tengok senarai menu pun dah boleh bayangkan betapa meriahnya suasana berbuka nanti dengan pelbagai pilihan makanan tradisional yang membangkitkan selera. 

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Walau nampak simple tapi hidangannya menyelerakan. Antara menu yang menjadi highlight sudah tentu Kue Teow Goreng, di hidang panas-panas dan penuh aroma yang menyelerakan. Selain itu, terdapat juga Nasi Kandar, hidangan ikonik Pulau Pinang yang lengkap dengan pilihan lauk dan kuah yang kaya dengan rempah. Bagi yang sukakan hidangan klasik, Nasi Ayam juga tersedia, sesuai untuk semua peringkat umur.

Salah satu tarikan utama yang Sis rasa menarik ialah Lok Lok Penang, di mana korang boleh memilih sendiri cucuk-cucuk kegemaran dan menikmatinya dengan pelbagai jenis sos. Selain itu, hidangan seperti Laksa Penang, Popia Basah, dan Rojak Pesembur turut disediakan, memberikan variasi rasa yang lengkap dari masam, manis hingga pedas.

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Tidak ketinggalan, bufet ini juga menawarkan pelbagai aneka lauk-pauk tradisional, kuih-muih Melayu, pencuci mulut, dan minuman menyegarkan. Pilihan yang banyak ini memang sesuai untuk mereka yang suka mencuba pelbagai jenis makanan dalam satu masa.

Dari segi harga pula, bagi Sis memang sangat berbaloi. Harga untuk dewasa hanyalah RM88 seorang, manakala warga emas berumur 65 tahun ke atas RM78 seorang, dan kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun hanya RM58 seorang. 

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Lebih menarik lagi, pihak hotel turut menawarkan promosi beli 10 baucar percuma 1 baucar, yang sangat sesuai untuk mereka yang merancang berbuka bersama keluarga besar, rakan sekerja, atau mengadakan gathering Ramadan. Kemudahan bayaran ansuran juga disediakan untuk pembelian baucar dalam jumlah tertentu, menjadikannya lebih fleksibel.

Dengan ruang makan yang selesa, mesra OKU (berkerusi roda), suasana tenang, dan layanan mesra, ia menjadikan momen berbuka lebih bermakna. Bagi Sis, pengalaman berbuka puasa bukan sekadar tentang makanan, tetapi juga tentang masa berkualiti bersama orang tersayang.

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bufet Ramadan Johor Bahru 2026: Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai

Bagi Sis, Bufet Ramadan Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai Johor Bahru merupakan salah satu pilihan terbaik bagi mereka yang mencari bufet Ramadan sedap dan murah di Johor Bahru untuk tahun 2026. Dengan pilihan menu yang pelbagai, harga berpatutan, dan suasana yang selesa, memang berbaloi untuk dicuba.

Sis memang recommend untuk korang buat tempahan awal sebab bufet Ramadan disini cepat penuh, terutama pada hujung minggu.

Maklumat Bufet Ramadan 2026 : 
Parking guna TnG
Surau di tingkat 2 

Citarasa Pulau Pinang GoodHope Hotel Skudai
📅 Tarikh: 21 Februari – 18 Mac 2026
💰 Dewasa: RM88 seorang
👴 Warga emas: RM78 seorang
👧 Kanak-kanak: RM58 seorang

📞 Tempahan meja : 
6019-779 437 | 6019-779 467 | 6019-779 574

Lebih banyak gambar menu : facebook pages akusislin
IG video REEL : akusislin
TikTok video : @akusislin 


P/S : Ada kenangan di hotel ini bersama Geng MsjBox 2018!

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top