AKU TAK BOLEH TAHAN DENGAN PERANGAI MAK MERTUA SALINA DALAM DRAMA RINDU KASIH TU

AKU TAK BOLEH TAHAN DENGAN PERANGAI MAK MERTUA SALINA DALAM DRAMA RINDU KASIH TU | CUBA cakap sini, siapa aja yang boleh tahan dengan perangai si Mak Mertuanya Salina dalam drama Rindu Kasih tu? Ke masih ada dalam dunia realiti perangai Mertua sebegitu? Minta di jauhkan laa dari anak-anakku. Untuk Sis dah lama Mertua meninggal, tapi Mertua Sis baik orangnya. 

Walau tak suka sekalipun, sikap talam dua muka dia depan anaknya tu tak boleh tahan tengok... yang Salina pulak adoii taat dan baik beno laaa pulak, sanggup telan semuanya sebab taknak derhaka dan kecilkan hati Suaminya. Kalau jenis yang meluap, habis Mertua gitu kena dera dengan Menantu kann.. ni sabarrrr laa kau Salina oii.. 

Dalam sabar, ada ketikanya melawan juga Salina tu, dan nak selamat, tak payah duduk sebumbung, lagi senang kan. Suaminya pula, si Amir tu, ada masa bela Isterinya, ada masa, sebab nak syurga, ikut juga dan percaya bolat-bolat kata Emaknya. Dan sekarang, dah macam-macam hal Mertuanya buat nak kasi Amir tu benci pada Salina. Ada je fitnah nak di buatnya, yang jadi orang suruhannya Pak Hassan, eee geram betul aku laaaaa.. 

Cuma kesian Salina, Emaknya yang di penjara masih taknak terima dia dan taknak berjumpa dengannya. Sedangkan Salina snagat rindu akan kasih sayang Emaknya, tak kisahpun walau Emaknya seorang banduan sekalipun. Dan Sis ada baca sinopsis, Salina akan buat jenayah supaya nanti dia dipenjarakan dan dapat berjumpa dengan Emaknya.. arghhh sediahnyaaaa.... 

Now baru episod 7, kita nantikan episod seterusnya... 

Aku Tak Boleh tahan Dengan Perangai Mak Mertua Salina Dalam Drama Rindu Kasih Tu

Sinopsis Rindu Kasih

Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal

Rindu Kasih : Episod: 15
Tarikh Tayangan: 16 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd


P/S: korang tengok tak? ..Emosi betul ceritanya kalau Ummi Nazeera ni berlakon laa.. 

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ammi tak tengok...kalau nak tengok pun selalunya ammi tengok marathon lepas cerita tu habis..senang nak fast forward.

    Ammi pun tak ada mak mertua kandung sbb arwah mak meninggal masa suami umur 8 tahun. Yang ada mak mertua tiri...tapi sempoi je orangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Ammi, boleh emosi betul tengok perangai MIL dia.. gerammmmm

      Delete
  2. sama ngan Ammi, jarang tgk cerita drama melayu ni...sbb emosi lebih, jiwa kacau. jab lagi kita pun sama membebel kat luar tv.. he he he.. selalu tertengok bila Ibu yg tgk... siap kena marah ngan adik..sbb bising, pas tu dia suruh "gi tgk korea ko je la..bising!"
    ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Mummy, Sis ni kadang malas gak nak tengok, tapi dah takde drama lain nak layan, so tengok je laaa hahahaha

      Delete
  3. samalah.. geram sungguh dengan perangai mak mertua salina tu. dah menurun pula perangai ke anak perempuan dia. sakit pula hati kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn rasa nak ganyang jerr.. baik sungguh Salina tu menahan dari nak menjawab...

      Delete
  4. Sa pernah tengok sekali...yang episode mak mertua dia tau dia pergi tengok mak dia kat penjara, yg setepek dia sound mak mertua dia tu, mak pun sama....takde otak...hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Tak tengok lagi drama ni..
    Risau ibu emo sis..
    Ibu ni selalu terikut dengan emosi..
    Kadang geram punya pasal si ayah Aqil jadi mangsa..
    Sampai ayah ckp jgn lah tengok cite tu dah..
    Hahahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin hari episod dia makin gerammm.. tak sangka ada MIL macamtu sekali.. huhuhu sian Salina..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment