SURIRUMAH PUN KENALAH JAGA KUKU JUGA

SURIRUMAH PUN KENALAH JAGA KUKU JUGA | KALAU ada orang tak suka tajuk tu, takpe Sis faham, ikutlah masing-masing punya penjagaan kan, kadang bukan segi nak menjaga ajer, nak buat manicure dan pedicure tu pun perlukan duit, bukan free-free. Dan Sis buat ni pun Suami bayar. Nak guna duit sendiri lokek sikit hahahaha.. Ye laa surirumah pun kenalah jaga kuku juga. 

Memang tiap dua minggu sekali, tiap hujung minggu, mesti Sis dan Suami akan ke Holiday Plaza. Kalau Suami biasalah, dia urut kaki atau urut badan laa di sana, so masa tu laa Sis amik peluang sementara menunggu Suami pergi mengurut, Sis suka buat manicure dan pedicure di sana. Di Holiday Plaza ni banyak kedai-kedai servis kuku gini, cuma nak kena pandai je pilih kedai.

Dan baru ni Sis pergi, kedai yang biasa Sis buat tu fullhouse laa pulak. Memang takde slot menunggu, hurmmm.. mementang border dah bukak kann, sana sini ko kedai kuku penuh dengan orang, baguskannn.. nampaklah kemajuan sikit perniagaan kecik kat Johor ni, kalau tak dulu pergi, kosong jer kedai. 

Surirumah Pun Kenalah Jaga Kuku Juga

Bila semua full, mood nak buat kuku tu dah malas, tapi tengok kuku tangan dan kaki sendiri, ermmmm.. then tengah nak menuju ke kedai urut yang Suami mengurut tu, ternampak ada satu kedai ni baru bukak. Makk aii dia punya tarik pelanggan, Sis rasa dah macam kat Hatyai pulakk hahahaha.. cara bercakap dia macam orang Thailand, sekali betui hahahaha.. 

Tengok kedai kosong, so kita bagi laa dia rezeki, Sis masuk dan tanya harga berapa untuk manicure dan pedicure dia. Agak mahal dari kedai yang biasa Sis buat tu, yang ini RM65, biasa Sis buat RM58, mahal sikit jerr laa.. So kita cubalaaaa.. 

BIla duduk ajer kerusinya, staff dia tekan remote kat kursi tu, waaa rupanya kursi Sis duduk tu kerusi urut hahahaha.. patutlah kau caj mahal ekkk, advance servis hahahaha.. bagus-bagus, doa-doa jerr jangan Sis kau ni tido hahahaha.. 

Tapi..... yang Sis tak sukanya adalah.. dia buat manicure dan pedicure ni semua guna mesin, hurmmmm so macam tak feel laaa... lepas tu, rasa macam sekejap beno pulakk, tak sempat nak lelap kalau gitu. Beza jauh servisnya dengan kedai yang biasa Sis buat tu. Bila siap aja, kedai ni takde letak scrub dan urut-urut lengan dan kaki Sis macam biasa kedai Sis pergi tu buat, sini just letak lotion jerr. 

Surirumah Pun Kenalah Jaga Kuku Juga

Rasa macam tak sampai satu jam dah siap, sebab bila siap ajer Sis buat manicure dan pedicure ni, Suami pun belum siap mengurut, siap Sis tunggu pulak dia siap urut. Beza kalau tempat yang Sis pergi tu, Suami siap call tanya dah siap ke belum, dan siap datang menunggu Sis pulak. Tu yang Suami nampak Sis datang dia tegur Sis, 'Aitt kejap jer' huhuhu... 

Lepas tu tengok jari tangan dan kaki, rasa tak puashati, entahlah, tak shining pulak kuku kita dia buat, pastu cara potong kuku pun Sis tak sukaa, dia potong membolat, Sis suka potong rata, arghhh stress pulak kita.. dah balik tu dalam kereta, tak habis-habis tengok jari sendiri hahahahaha.. 

Suami tengok Sis membebel jerr, terus dia kata, 'Nanti pergilah lagi buat sana' hahahahaha.. 


P/S: Kalau sendiri rajin, jaga ajer laa kuku sendiri.. tak payah bazir duit gi kedai.. but i is malas 😝

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. yes betul tu kadang kite ni nak juga tengok kuku nampak cantik je.. tapi ni kalau setiap masa dok membasuh..membersih bila la nak cantik kuku ni.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Nurul, Sis ni sama juga kat rumah buat kerja rumah, tapi kuku tetap nak kena jaga, bukan apa, buang kulit mati tepi-tepi kuku dan juga buat rawatan supaya kuku tu berseri jer hahahaha.. sedap mata memandang sendiri..sebab tak rajin buat sendiri hehehe

      Delete
  2. Last buat mani pedi masa sarat mengandung haritu. Lamaaaaa tak manjakan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh lama gak tu, ada masa pergilah yaa Nur.. kalau tak, boleh buat sendiri..

      Delete
  3. samalah lama dah tak buat mani / padi / cuci rambut kat salon. cuti sekolah ni igt nak bawak khayla pegi buat facial sambil2 tu mak dia pun nak facial jugak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, next week dah janji nak gi Spa pulak dengan Laki hehehehe.. dah book sesiap ni...

      Delete
  4. Dia lupa nak buat buffer kot.. Tu yg x shining...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat biffer Ret, semua pakai mesin, aku tak suka, kalau kedai biasa aku buat tu, dia tonyoh pakai alat jer sampai berkilat huhuhu

      Delete
  5. Ibu pun teringin nak buat kuku selalu potong sendiri x kemas langsung. Jenis kuku kusam plak tu x berkilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ibu, Lin punya kuku jenis kering keliling, so buat mani pedi dua minggu sekali, kira okaylah kuku jadi kuat dan bersinar sihat..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment