KHASIAT DAUN SANNA UNTUK RAWAT SEMBELIT

Sis Lin
6
KHASIAT DAUN SANNA UNTUK RAWAT SEMBELIT | KORANG ada tau ke pasal khasiat Daun Sanna ni? Ada yang menyebut tumbuhan ini sebagai daun sanna atau daun senna. Tapi kat pakaging tu tulis daun sanna, so daun sanna laa kot namanya hahahaha.. Sis memang tau laa daun sanna ni, cuma tak tau pulak khasiatnya untuk rawat sembelit.

Tapi bukan Sis laa yang sembelit dan juga bukan Suami. Cuma Suami Sis ni minum untuk mengurangkan kolestrol dan mencuci darah kotor, itu antara khasiatnya daun sanna ni. Yang ramai tau, daun sanna ni hanya untuk merawat sembelit, sedangkan banyak lagi khasiatnya. 

Sis tak pernah cuba, bau daunnya jerr Sis dah wekkk.. tiap kali nak buatkan Suami teh daun sanna ni, memang bau dia tu ada sumting wrong, dah macam bau daun kering kat hutan hahahaha.. entahlah kadang pelikk, daun kering gini pun orang boleh minum hahahahaha.. sedap lagi Drintox Jus Nanas Sis tu lalalalala..

Khasiat Daun Sanna Untuk Rawat Sembelit

Sejak dahulu lagi, daun senna telah digunakan secara tradisional sebagai salah satu persediaan bagi merawat penyakit tertentu. Ia pada mulanya digunakan secara meluas di negara-negara Arab sebelum mula diperkenalkan di Eropah oleh pengamal-pengamal perubatan Arab pada abad ke-9.

Daun sanna untuk cuci perut ini mengandungi bahan aktif yang disebut sebagai antraquinone glucosides. Biasanya, daun senna mengandungi tidak kurang daripada 2.5% bahan aktif ini. Bahan aktif inilah yang membuatkan daun senna mempunyai nilai perubatan dalam merawat penyakit tertentu seperti julap tradisional.

Khasiat daun senna: Daun sanna untuk cuci perut

Terdapat beberapa kajian kecil yang menyatakan berkenaan potensi khasiat meminum teh daun senna. Kebanyakan daripada kajian ini memberikan fokus berkenaan penggunaannya dalam merawat penyakit sembelit dan beberapa gangguan perut yang lain.

Berikut adalah antara potensi khasiat minum teh daun senna:

#1. Khasiat daun senna: Merawat masalah sembelit

Teh daun senna biasa digunakan bagi merawat gangguan atau masalah sembelit. Para penyelidik mendapati, bahan aktif yang terdapat dalam daun senna ini mempunyai kesan julap yang kuat. Bahan aktif ini bertindak dengan cara merangsang dinding usus besar atau kolon.

Ini kemudiannya akan menyebabkan kolon berkontraksi dan memudahkan pergerakan usus. Selain itu, daun senna juga boleh menghalang air dan elektrolit daripada diserap kembali oleh kolon. Ini akan membantu meningkatkan jumlah cecair dalam usus dan melembutkan najis anda.

Dalam satu tinjauan ke atas 41 kajian perubatan, terdapat bukti yang menyatakan penggunaan daun senna ini sebagai pilihan pertama bagi merawat masalah sembelit. Namun, penggunaannya dalam tempoh masa yang panjang tidak digalakkan kerana berisiko menyebabkan kerosakan pada hati.

#2. Daun sanna untuk cuci perut sebelum prosedur kolonoskopi

Selain daripada mengubati masalah sembelit, daun senna juga digunakan bersama-sama agen lain bagi membersihkan bahagian kolon sebelum prosedur kolonoskopi. Kolonoskopi merupakan satu prosedur bagi mengesan atau memeriksa kewujudan kanser kolon.

Kajian ada menunjukkan, penggunaan daun senna secara bersama dengan agen pembersih lain boleh membantu meningkatkan proses pembersihan kolon. Selain daripada mengubati masalah sembelit, daun senna juga digunakan bersama-sama agen lain bagi membersihkan bahagian kolon sebelum prosedur kolonoskopi.

Kolonoskopi merupakan satu prosedur bagi mengesan atau memeriksa kewujudan kanser kolon. Kajian ada menunjukkan, penggunaan daun senna secara bersama dengan agen pembersih lain boleh membantu meningkatkan proses pembersihan kolon.

#3. Gangguan gastrousus yang lain

Untuk pengetahuan korang, daun senna juga kadangkala digunakan dalam merawat penyakit sindrom iritasi usus atau IBS. Namun, kajian berkenaan keselamatan penggunaan daun ini dalam merawat IBS bersama sembelit (IBS-C) masih lagi amat sedikit.

Selain itu, tidak terdapat bukti saintifik yang kukuh bagi menyokong penggunaan teh daun senna dalam merawat masalah IBS ini.

Khasiat Daun Sanna Untuk Rawat Sembelit

Kesan sampingan penggunaan daun sanna untuk cuci perut

Apabila daun senna digunakan dalam jangka masa pendek bagi merawat masalah sembelit, kesan sampingan yang berlaku biasanya dalam keadaan yang sederhana atau sedikit. Namun, jika daun senna ini digunakan dalam jumlah yang banyak atau dalam tempoh masa yang panjang, ia mungkin akan menyebabkan beberapa kesan sampingan yang agak teruk.

Antara kesan sampingan ringan yang biasa berlaku ialah seperti sakit perut, kekejangan perut, cirit-birit, loya, muntah-muntah dan kembung perut. Sekiranya simptom-simptom seperti ini berlaku, korang perlu terus menghentikan pengambilan daun ini dengan segera.

Penggunaan daun senna yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk seperti kerosakan atau kecederaan pada hati, perubahan pada irama atau rentak jantung serta gangguan elektrolit.

Dalam satu laporan yang diterbitkan pada tahun 2005 menyatakan, seorang wanita yang berusia 52 tahun telah dikesan menghidap kegagalan hati akut setelah dia mengambil teh senna setiap hari selama lebih tiga tahun. Kegagalan hati yang dialaminya disebabkan oleh pengambilan teh daun secara berlebihan dalam tempoh yang panjang.

Amaran penggunaan daun senna

Walaupun terdapat beberapa khasiat daun senna dalam merawat sembelit, namun ada segelintir golongan yang dilarang untuk mengambil daun ini. Antaranya ialah mereka yang mempunyai penyakit Crohn, kolitis ulseratif, cirit-birit, dehidrasi, sakit-sakit badan dan sakit apendiks.

Begitu juga dengan mereka yang mempunyai masalah jantung, hati dan buah pinggang. Malah, daun sanna untuk cuci perut juga boleh mengganggu keberkesanan beberapa jenis ubat dan suplemen untuk rawatan penyakit tertentu.

Kesimpulannya, daun senna ini boleh diamalkan untuk merawat sembelit. Namun dos atau kuantiti dan tempoh masa penggunaannya perlulah dikawal untuk mengelakkan kesan sampingan daripada berlaku. Untuk lebih kepastian, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika korang menghidap penyakit kronik yang mungkin menyebabkan kesan sampingan teruk pada diri korang.


P/S: Apam sedang di kukus, harap-harap menjadi laa hehehehe.. 
Tags

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kawan pejabat ibu tiap2 pagi mesti bancuh daun ni satu cawan air. Mmg ke jamban je dia mula2 minum dulu. Buang toksik katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa bukan untuk membuang jer, bagus untuk khasiat lain juga, cuma kena ada sukatannya..

      Delete
  2. Replies
    1. Benar Wak, bukan minum nak kurus semata..

      Delete
  3. minum bila perlu je..kat rumah ada yg daunnya tu. bila rasa dah berhari tak membuang barulah ammi rendam dengan air panas dan minum. kalau sesaja tu risau juga jadi mudarat kat sistem perut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ammi, Suami Lin minum tengok okay je membuang, bukan jenis sakit perutt tu..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!