RAJIN AKU MASAK, MALAS AKU BELI!

RAJIN AKU MASAK, MALAS AKU BELI! | HIDUP ni mudah, buat apa nak susah-susahkan diri dan emosi sampai kalau ada sesetengah Suami Isteri tu, kalau Isteri tak masak jer, boleh jadi gaduh Laki Bini. Kadang tak masuk akal juga dengan manusia jenis gitu, tak boleh bertolak ansur betul!.

Memanglah ada ketikanya, duit kat poket pun nak beli makanan tak mencukupi atau ada keperluan lain nak di dulukan, tapi janganlah sampai Bini tak masak pun boleh berperang masam muka kan. Benda kecik aja boleh di selesaikan. Goreng telur mata atau beli jer makanan luar, habis cerita, selesai masaalah.

Jenis Sis, Suami memang dah faham. Kadang ada mood rajin dan malas. Kalau rajin Sis masak, kalau malas, Sis beli sesiap, stanby, Suami atau anak nak makan ye makan, taknak takpe, simpan esbox, esok Maknya boleh makan. 

Rajin Aku Masak, Malas Aku Beli!

Tapi kebiasaannya, kalau Suami Sis betul nak makan, dia akan call Sis tanya, ‘Masak apa harini?’, kalau Sis tak masak, dia belilah makanan sebelum balik rumah atau memang kalau Sis masak, selalunya Sis share gambar masakan Sis dalam group family, so Suami dan anak tau laa Sis memang masak. 

Kalau takde tu memang tak masak laa, atau masak menu simple jerr untuk Sis makan. Sebab sejak-sejak ni Suami dan anak bujang bizi kerja sampai malam, so kalau Sis masak, siapa ajalah nak makannya. Kalau untuk Sis sorang je mudah, goreng ikan/ayam, telur dadar, kobis goreng, siap!. Or beli je laa ..

Rajin Aku Masak, Malas Aku Beli!

Dan ada masanya pulak, dah masak, ehhh Suami atau anak bujang balik di belinya pulak makanan atau ada ketikanya senyap-senyap anak bujang di rumah dia order Foodpanda. Itulah rezeki namanya. 

Sis jenis tak kisah dan malas nak pening-pening kepala. Rasa nak masak, Sis masak, kalau malas, Sis beli. Janji Suami dan anak makan. Mereka pun tak kisah kalau Sis beli apa pun, yang penting, balik kerja kalau dah penat, apa ada depan mata, mereka makan aja. Alhamdulilah.. 

Suami pun kalau dah penat, kadang balik awal pun dia taknak makan. Mandi solat terus tidur. Yaaa walau kau masak kambing sekalipun, bila dah letih, kambing pun tak di jelingnya hahahahaa.. 


P/S: So harini pun OFF dapur hahahaha .. ada orang nak belanja makan, syukur .. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nasi goreng kat atas tu nampak cam best je. Nasi apa tu Sislin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Goreng Ayam Geprek Karni, memang sedap dan portion dia penuh sebekas...

      Delete
  2. apasal pizza tu menggoda tekak betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. lama betul tu Sis tak makan pizza.. anak belanja tu Dana..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment