Dalam kesibukan harian, kadang-kadang kita terlupa bahawa ada hari-hari tertentu yang sangat dicintai Allah SWT. Salah satunya ialah 10 hari pertama Zulhijjah yang penuh dengan keberkatan, pahala dan peluang untuk kita memperbanyakkan amal soleh.
Zulhijjah sentiasa mengingatkan hati ini, jangan lupa hidupkan lisan dengan takbir dan zikir. Tidak kira di rumah, di jalan, ketika bekerja atau saat sedang sibuk dengan urusan harian, kita masih boleh mengingati Allah. Kadang-kadang cukup dengan ucapan mudah seperti:
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaaha illallah, Wallahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd.”
Zikir yang ringan di bibir tetapi besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (10 hari pertama Zulhijjah).” (HR Bukhari)
Subhanallah… betapa besarnya kelebihan bulan Zulhijjah ini. Sebab itu ramai orang mengambil peluang untuk menambah amal ibadah seperti puasa sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, membantu orang lain dan memperbanyakkan doa.

Bagi Sis sendiri, masuk sahaja bulan Zulhijjah ni rasa macam satu “reset” untuk hati. Walaupun hanya duduk di rumah, buat kerja harian, memasak atau menulis blog, tetap cuba luangkan masa ke kelas agama, tadabbur dan tadarus. Kadang-kadang di rumah pun sambil lipat baju pun mulut ringan berzikir. Tenang rasa hati bila sentiasa ingat Allah.
Selain itu, antara amalan yang sangat digalakkan pada 10 hari pertama Zulhijjah ialah berpuasa sunat terutama pada Hari Arafah bagi yang tidak menunaikan haji. Ganjarannya sangat besar kerana dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang dengan izin Allah SWT.

Bulan Zulhijjah juga mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah. Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS benar-benar memberi pengajaran besar dalam hidup kita sebagai umat Islam. Kadang-kadang pengorbanan kita mungkin kecil sahaja, tetapi jika dilakukan kerana Allah, pasti sangat bernilai di sisi-Nya.
Jadi, sempena 10 hari pertama Zulhijjah ini, jom sama-sama kita perbaiki diri sedikit demi sedikit. Tak perlu tunggu sempurna untuk mula berubah. Mulakan dengan perkara kecil seperti menjaga solat, memperbanyakkan istighfar dan menghidupkan lisan dengan zikir.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan memberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan-bulan penuh keberkatan seperti ini. Aamiin.
Jangan lupa hidupkan hati dengan takbir dan dzikir ya..
P/S : Menghitung hari ❤️

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.