RAYA TERLAJAK RAYA BERSAMA GENG SETAMAN

RAYA TERLAJAK RAYA BERSAMA GENG SETAMAN

0
RAYA TERLAJAK RAYA BERSAMA GENG SETAMAN. Memang betul orang luar Johor kata, Johor ni kalau raya (Syawal) memang sebulan, silap-silap membawa ke Raya Haji nanti, ko tengoklah hahahaha ..

Tapi serius cakap, tahun ni rasa letih betul Syawal bagi diri Sis. Aktiviti padat ke hulu ke hilir dan agak sedikit letih ulang-alik ke dapur. Kita bukan merungut, tapi tahun ni banyak kerjaSis masak seorang, so memang sapa-sapa pun laa akan rasa letih kan ..

Raya Terlajak Raya Bersama Geng Setaman

Sebab Sis ni suka menjamu orang makan, jadi bila dah siap masak dan orang makan dengan happy dan berselera, kita yang letih ni pun jadi suka! Hilang semua sakit dan penat tu. 

Walaupun dah habis Syawal, masih lagi Sis terima undangan majlis openhouse sana sini tapi maaf sangat, banyak yang tak dapat Sis hadir. Kadang memang nak rehat di rumah. Baru ni aja Sis ke rumah Geng Setaman di Bukit Indah memenuhi jemputan sarapan Raya Terlajak Raya bersama Geng Setaman. 

Raya Terlajak Raya Bersama Geng Setaman

Tak apalah, dah habis raya pun, kita anggap aja memasak tu sedekah buat jamu kengkawan makan. Raya tu sebab bulan Syawal, dah habis Syawal, boleh aja makan-makan dan berkumpul juga kan. 

Tak sempat minta maaf di bulan Syawal, bila-bila dan bulan lain pun boleh jumpa boleh minta maaf. Jangan dah tau salah, bila jumpa, pandang kita pun taknak, tu muka minta penampor ada laaa hahahahahaa .. 

Tema makan-makannya ‘Baju Kebaya’, ko ngase?. Jujurnya Sis memang takde baju kebaya yerr. Dulu zaman muda belia memang ada laa, dah jadi Mak-Mak dan Nenek ni, umur pun dah banyak, memang malu rasanya nak pakai kebaya. Paling tak baju Kebarung

Raya Terlajak Raya Bersama Geng Setaman

Itu pun baju Kebarung Sis pakai tu, Suami beli masa malam berinai anak sulung Sis kawin tema Tradisional. Yaa tauu banyak jer kebaya yang loose, tapi kalau dah nama pun kebaya, mindset Sis tetap rasa bajunya akan nampak bentuk tubuh, so nak selamat pakai kebarung.

Mulanya pun Sis nak pakai jubah aja tapi tak sedap plakk kan, lelain ikut tema, kita pakai lain plak so kita layankan aja laa. Cantik-cantik baju kebaya kengkawan Sis. 

Raya Terlajak Raya Bersama Geng Setaman

Raya Terlajak Raya Bersama Geng Setaman

Tuan rumah, Tini masak Bihun Goreng Singapore, Pulut Rendang, Kuih Muih, Dessert dan juga Jelly Kelapa pun ada. Meriah menu. Ada kengkawan bawa potluck juga. Tapi maaf tak amik gambar makanan sebab jumpa kawan terus duduk berborak. 

Lepas rumah Tini, singgah pulak Kopi Saigon Nusa Sentral sekejap. Cafe baru bukak. Ibu kepada owner tu Sis kenal sama-sama dalam kelas Tadabbur Ustazah Wan Jah. So kita datang support. 


P/S : Esok appointment amik darah kat KK pulakk .. seremmm

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top