MAKAN DI SARI RATU SIGNATURE NASI PADANG DAMANSARA HEIGHTS

MAKAN DI SARI RATU SIGNATURE NASI PADANG DAMANSARA HEIGHTS

0
MAKAN DI SARI RATU SIGNATURE NASI PADANG DAMANSARA HEIGHTS. Jumaat baru ni, sewaktu Sis ke Kuala Lumpur untuk hadir menyantuni majlis perkahwinan sahabat Sis, sempat Sis di bawa oleh anak Sis makan di Sari Ratu Signature Nasi padang di Damansara Heights yang baru di buka. 

Dari Johor Sis gerak seawal pagi hanya sarapan roti Gardenia durian aja yang di beli Suami, sebab plan nak makan tengahari bersama anak dan menantu Sis di Kuala Lumpur. Perjalanan dari Johor ke tempat penginapan memakan masa hampir 5 jam, sebab kereta banyak dan pemanduan agak slow.

Makan Di Sari Ratu Signature Nasi Padang Damansara Heights

Mana taknya cuti Hari Buruh 3 hari kan. Hotel pun anak Sis yang bookingkan. Sampai hotel agak awal, masih belum boleh check-in, tapi kami daftar dulu. Tak lama menunggu, alhamdulilah dapat check-in awal seawal jam 2pm. Boleh berehat dulu sementara menunggu anak Sis datang pick-up. 

Masa mula anak Sis datang amik, tanya Ayahnya nak makan apa, Sis dan Suami tak kisah, ikut aja mana yang okay. Terus anak Sis kata makan Nasi padang. Ermm lagi Ayahnya suka, dah memang makanan peberet dia kan, so anak kata kita makan di Sari Ratu Signature. Paling dekat di Damansara Heights. 

Makan Di Sari Ratu Signature Nasi Padang Damansara Heights

Ramai juga pelanggan yang baru selesai makan lunch di sini. Tempat pun selesa dan aman. masuk aja, kami terus pilih menu. Menu-menu semua ada di hidangkan, kita cuma tunjuk nak lauk apa, kemudia staff akan catat dan akan di hantar ke meja secara berhidang. Itu yang Suami suka. 

Agak banyak menu yang kami amik, kemain Ayahnya 'tunjuk-tunjuk', semua pun nampak sedap. Yang mesti rasa, Gulai Tunjang, Gulai Ayam Kampung, Daging Dendeng, Keli Goreng, dan ada beberapa nama menu lain yang Sis tak ingat namanya, hahahaha ..

Makan Di Sari Ratu Signature Nasi Padang Damansara Heights

Air semestinya Ais Padang. Waktu menunggu pun tidak lama. Menu semua di hantar ke meja berhidang dan semua dalam keadaan panas. Jadi selera laa kan makan panas-panas. Sambal hijau dan sambal merah dia serius sedap!. Ikan keli dia pun agak lain dari lain, makan cecah dengan sambal berkicap. Peberet menantu Sis ikan keli. 

Sekelip mata licin semua.. alhamdulilah, memang sedap masakan padang dia di sini, sangat puashati. Gulai Tunjang tu paling the best! Suami hirup-hirup kuahnya. Next time kalau datang KL boleh singgah outlet lain pulak. Dengarnya banyak cawangan Sari Ratu Signature ni. Suami pun suka puashati. 

Makan Di Sari Ratu Signature Nasi Padang Damansara Heights

Rezeki anak belanja haritu. Berebut-rebut dengan Ayahnya nak bayar, tapi dah dia niat nak bayar, Ayahnya izinkan laa.. moga bertambah rezeki kakak sentiasa, sihat-sihat selalu. Lepas makan kami ke Pavillion Damansara. Ayahnya belanja tudung Ariani sorang sehelai untuk anak-anak (Maknya 2 helai) dan baju Ariani sepasang untuk Maknya hihihi, syukur alhamdulilah .. 

Ayahnya belanja pulak makan Pizza Wagyu dan minum kopi di ,,, (lupa laa nama Cafenya). 

Balik hotel rehat, then tertido Laki Bini. Bangun tido lapar, tengok jam dah hampir jam 10pm. Malas nak keluar cari makan. Turun lobby, pi mini-market, beli Maggi. Sedapya memalam makan Maggi TomYum dalam bilik hotel weyyy.. nyamannn hahahahaha ..

Sari Ratu Signature
Republik, 1, Jalan Medan Setia 1, 
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Buka Setiap Hari
Dari Jam 9am - 10pm


P/S : Tak sabar nak tunggu Raha Haji! Hihihihi ...
Tags

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top