MULAKAN ISNIN MINGGU BARU DENGAN MOOD CERIA. Kadang-kadang bila masuk hari Isnin ni ramai yang rasa lemau sebab “Monday blues”, tapi sebenarnya kalau mulakan pagi dengan niat yang baik dan hati yang tenang, mood sepanjang hari pun jadi lebih ceria dan positif.
Pagi tadi bangun awal macam biasa, buka tingkap rumah tengok langit, baca surah Al-Imran, hirup udara pagi dan rasa syukur sebab masih diberi peluang untuk bangun sihat dan menikmati hari baru.
Harini Inshaallah Sis puasa sunat Isnin. Bila puasa ni, Sis suka ambil mood slow living sikit. Tak nak terlalu rushing dan cuba buat semuanya dengan lebih tenang.
Selain tahan lapar dan dahaga, puasa sunat Isnin ni sebenarnya banyak mengajar kita tentang sabar dan menjaga hati. Kadang badan tak penat sangat pun, tapi fikiran yang serabut buat kita rasa letih. Jangan lupa, selitkan zikir sepanjang hari supaya hati lebih lapang dan tenang. Antara zikir yang Sis selalu amalkan hari Isnin:
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Simple tapi bila ulang perlahan-lahan, rasa hati jadi lebih ringan. Kadang sambil lipat baju, sambil memasak atau sambil duduk rehat tengok Netflix pun boleh berzikir. Tak perlu tunggu sempurna untuk dekat dengan Allah, mulakan saja dengan perlahan-lahan.
Pepagi ni pun Sis dah mula fikir nak masak apa untuk berbuka nanti hihi. Bila puasa ni, idea lauk simple memang paling dicari. Rasanya macam nak buat ayam masak kicap pedas, sayur campur goreng dan sambal belacan. Kalau rajin sikit nak buat cekodok pisang, ada pisang sesisir kawan bagi semalam.
Sis jenis suka lauk berbuka yang simple tapi menyelerakan. Tak perlu terlalu banyak pun sebab kadang bila lapar sangat, nampak semua nak makan, tapi akhirnya makan sikit dah kenyang!.
Semalam pula Hari Ibu, memang timeline penuh dengan gambar dan ucapan untuk mak masing-masing. Jujur cakap, memang touching baca sesetengah perkongsian. Makin dewasa ni, makin kita faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Dulu mungkin kita nampak biasa saja, tapi sekarang baru sedar seorang mak ni penatnya tak pernah habis.
Inshaallah ada masa nanti Sis nak update cerita Hari Ibu Sis semalam. Banyak benda yang bermain dalam fikiran bila bercakap pasal ibu ni. Kadang kasih sayang seorang mak tak pandai ditunjukkan dengan kata-kata, tapi melalui setiap pengorbanan dan doa yang tak pernah putus.
Apa pun, semoga hari Isnin ni membawa semangat baru untuk kita semua. Walaupun hidup tak sentiasa sempurna, semoga hati kita sentiasa kuat, tenang dan belajar untuk bersyukur dengan setiap nikmat kecil dalam hidup.
Selamat berpuasa sunat Isnin untuk yang berpuasa hari ni.
P/S : Al-Fatihah buat Mak, Rosnah Wong bt Abdullah ..





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.