HARI PEKERJA 2026 : TAK SEMUA KERJA BERGAJI, TAPI ADA NILAINYA

HARI PEKERJA 2026 : TAK SEMUA KERJA BERGAJI, TAPI ADA NILAINYA

0
HARI PEKERJA 2026 : TAK SEMUA KERJA BERGAJI, TAPI ADA NILAINYA. Hari ini 1 Mei, Hari Pekerja. Ramai yang bercuti, ada yang ambil peluang untuk rehat, ada juga yang masih bekerja seperti biasa. Tapi untuk Sis, hari ini buatkan Sis terfikir sejenak… tentang makna sebenar “kerja”.

Tak semua kerja datang dengan slip gaji setiap bulan.
Tak semua usaha ada bonus, elaun atau kenaikan pangkat.

Tapi… itu tak bermakna ia tak bernilai. 

Hari Pekerja 2026: Tak Semua Kerja Bergaji, Tapi Ada Nilainya

Sebagai seorang surirumah, kadang-kadang kerja kita nampak “biasa” di mata orang. Bangun pagi, urus anak & Suami, masak, kemas rumah, ulang rutin yang sama hampir setiap hari. Penat? Mestilah penat. Tapi jarang kita dengar ucapan “terima kasih” untuk semua tu.

Namun jauh di sudut hati, Sis tahu… setiap pengorbanan tu ada nilainya. Walaupun tak di janjikan dibayar dengan wang, tapi dibayar dengan kasih sayang, kebahagiaan keluarga, dan ketenangan rumah tangga.

Dan dalam masa yang sama, Sis juga belajar untuk hargai diri sendiri. Menulis di blog, berkongsi cerita kehidupan, review tempat makan, juga aktiviti harian, semua kerja/hobi ini mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya satu usaha yang konsisten.

Kadang-kadang kita terlalu membandingkan diri dengan orang lain. Kerjaya hebat, gaji besar, kehidupan nampak sempurna. Tapi hakikatnya, setiap orang ada perjalanan masing-masing. 

Hari Pekerja 2026: Tak Semua Kerja Bergaji, Tapi Ada Nilainya

Hari Pekerja ini jadi satu peringatan buat Sis bahawa setiap peranan itu penting. Sama ada kita bekerja di pejabat, berniaga, jadi freelancer, atau surirumah sepenuh masa… semuanya ada sumbangan tersendiri.

Tak semua kerja bergaji, tapi semua pengorbanan ada nilainya.

Jadi hari ini, Sis nak ucapkan…selamat Hari Pekerja untuk semua, termasuklah untuk diri sendiri. Walaupun penat, walaupun kadang rasa MALAS, ingatlah… apa yang kita buat hari ini, memberi makna besar untuk orang yang kita sayang .. 


P/S : Cuti ni korang ke mana? .. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top