SLOW LIVING WEEKEND ROUTINE YANG MENENANGKAN

SLOW LIVING WEEKEND ROUTINE YANG MENENANGKAN

0
SLOW LIVING WEEKEND ROUTINE YANG MENENANGKAN. Ada kawan tanya dalam wasap, ‘Tak keluar ke Sis Lin?’. Entahlah, malas nak bersiap sebenarnya. Semakin meningkat usia… Sis perlukan lebih ruang untuk diri sendiri. 

Weekend pun dah tak terlalu fikir nak keluar tempat sesak atau penuh aktiviti. Kadang duduk rumah pun dah cukup buat hati rasa recharge balik. Kecuali kalau Suami Sis ada. Memang kami tak duduk rumah. Tapi kalau sendirian, Sis lebih seronok duduk rumah. 

Slow Living Weekend Routine Yang Menenangkan

Pagi-pagi bangun perlahan, buka langsir rumah sambil hirup udara pagi memang nikmat yang susah nak explain. Lepas siap buat kerja rumah mana yang patut, Sis suka ambil masa duduk santai tengok Netflix sambil sarapan. 

Dalam masa sama, Sis cuba isi hujung minggu dengan benda yang menenangkan jiwa juga. Sekarang ni seronok masuk kelas agama online. Ada masa terluang Sis banyak membaca. Ada beberapa buah buku yang Suami belikan, belum habis Sis baca lagi. 

Slow Living Weekend Routine Yang Menenangkan

Petang pula kalau ada masa, Sis suka keluar briskwalk lagi. Tak kisah jauh mana, asalkan dapat jalan sambil hirup udara segar dan tenangkan fikiran. Ada hari jalan sambil fikir tentang hidup, ada hari cuma menikmati suasana saja.

Slow living bagi Sis bukan malas atau tak produktif. Tapi belajar menikmati hidup tanpa terlalu memaksa diri. Belajar hargai rumah sendiri, masa dengan diri sendiri, kesihatan dan ketenangan yang dulu mungkin kita selalu terlepas pandang.

Kadang bahagia itu bukan tentang tempat mahal atau hidup yang sempurna. Tapi bila hati rasa tenang dengan kehidupan yang sederhana. 


P/S : Tekak rasa nak makan Rojak Petis!
Tags

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top