HADIAH HARI GURU. 16 mei ni adalah Hari Guru, walaupun Sis ni dah takde anak sekolah, tapi sibuklah mencari hadiah hari guru. Sebab sekarang ni kalau tengok, comel-comel hadiahnya. Bermacam design kreatif harga mampu milik yang orang jual sekarang. Dan Sis tertarik dengan hadiah hari guru yang kawan Sis ni jual.
Sis order sesiap untuk bagi pada anak saudara dan cucu Sis yang bersekolah. Memang sesuai sangatlah kan untuk di jadikan hadiah hari guru ni. Kawan Sis ni jual ada pelbagai design dan juga hadiahnya, tapi Sis lebih tertarik dengan hadiah sepit kuku ni dan design kad yang macamtu.
Ada juga minyak cap kapak, lipstik Anas, pen marker, ballpen dan macam-macam lagi laa..
![]() |
| Aku meamg suka comel-comel camni |
Korang kalau nak order nak customise design korang pun boleh juga, harga jerr la berbeza. Jenis Sis ni tak kisah, mana yang sedia ada, kalau dah lawa tu, amik aja yang itu, malas nak fikir nak design-design ni. Kawan tu pun tak fening kepala kan hahaha..
Dulu-dulu masa Sis sekolah, tiba hari guru, Sis laaa orang yang paling excited dalam adik-badik nak bawa hadiah okayy. Dulu-dulu mana ada ECO, DIY atau Daiso ke, tapi arwah Abah Sis bawa ke Parkson di Holiday Plaza tu haa.. Masa tu pilihlah nak apa. Sis paling suka bagi cawan lerr hahahaha..
![]() |
| Comelkan, cikgu pompuan mesti suka |
Yaa dulu kalau tiba hari guru, di Parkson akan ada jual cawan mug yang di lukis dan tulis 'Selamat Hari Guru', pelbagai design ada, siap kotak lagi. Harga dalam rm4.90 aja tau. Masa tu laa kami adik-badik borong membeli. Arwah Abah pesan, amik sorang 5 ajer, ikutlah guru mana yang kita nak bagi.
Seronok rasa dapat beli hadiah untuk guru kita. Kena guru yang paling di sayangi, penuh hadiah guru tu bawa balik, kadang kesian tengok guru yang tak berapa murid suka, hadiahnya tak banyak dia terima, tapi at least ada. Alaa suka-suka kan. Guru pun tak amik hati pun.
So now Sis pula laa excited nak belikan hadiah hari guru buat anak sedara dan cucu untuk di berikan kepada guru-guru mereka. Walaupun Emaknya memasing dah sediakan hadiahnya, tak apa, buat tambahan dia laa nak bagi pada guru yang mana.
Korang yang mencari hadiah hari guru atau berkenan yang macam Sis ni, korang boleh contact kawan Sis ni blogger Siti Rohaida okay. Wasap dia di +60 11 2739 0866 ..
P/S : Takde siapa ke nak bagi aku hadiah hari guru? Aku pun guru juga :p





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.