KALAU AKU DAH BOSAN DUDUK RUMAH!. Nama pun surirumah, so duduknya di rumah. Aktiviti pun banyak di rumah. Habiskan masa pun banyak di rumah. Hujung minggu pun masih di rumah. Hari bekerja pun di rumah. Nak rasa macam orang bekerja cuti, kena tunggu hujung minggu time Suami cuti, bila keluar sama tu, haaa barulah rasa macam orang bekerja cuti kerja.
Tapi Sis bersyukur jugalah, walau title surirumah tapi Sis masih boleh gerak sendiri. Ada kenderaan, boleh memandu kereta dan boleh pergi sana sini walau seorang diri pun. Hujung minggu baru keluar berdua dengan Suami, tapi kalau hari lain, rasa nak keluar, Sis keluar aja. Pernah juga takde kereta, Sis naik Grab, janji dapat keluar.
Kadang keluar tu bukan ada duit sangat, janji minyak kereta ada, duit nak minum kopi cukup, dah cukup membahagiakan..
Sis kalau dah bosan duduk di rumah, memang tak tunggu stress baru nak gerak, Sis terus jer bersiap, amik kunci kereta start enjin terus gerak. Walau tak tau nak gi mana pun, yang penting keluar dulu dari rumah. Memang ada masanya, bosan weyy duduk rumah seorang, paling tak suka suasana ‘sepi’ tu, yang tau je tau Sis ni macam mana.
Paling tak Sis bawa kereta cuci dulu. Kotor tak kotor kereta tu, Sis bawa jerr, at least lepas cuci tu lebih bersih dan lebih selesa. Tapi tengok keadaan cuaca jugalah, kalau tengok mendung aja, kadang tak cuci juga. Tempat cuci kereta yang Sis suka di Permas, belakang Renaissance Johor Bahru Hotel tu, mereka cuci bersih dan teliti.
Kadang ada masa Sis datang, kereta banyak nak di cuci, tapi servis mereka pantas, pantas tapi bersih, itu yang Sis suka. Sebab staff derang ramai, so laju buat kerja. Ada sesetengah tu, naik bosan pulak tunggu kereta siap cuci, dah bosan bertambah bosan hahahahaha.. korang datang cuci sini, servis tip-top!.
Memang selalu ke sini, sampai budak tu memang dah kenal Sis dan Suami, termasuk bapak tokey kedai hahahaha. Kadang lepas cuci kereta Sis singgah aja ke AEON Permas Jaya tu sebab dah dekat, tu kalau dah tak tau nak ke mana laa. Bukannya apa, kadang malas nak jejak situ, kalau masuk AEON tu, haaa makan seratus dua gak kang duit aku habis hahahahaha ..
Memang selalunya kalau keluar time lapar, so lepas settle cuci kereta memang cari port makan. Time ni pulak Sis geram, time fikir nak makan mana dan nak makan apa, time tu laa otak jemmm, tak boleh fikir, padahal kalau di rumah tu, scroll sana sini banyak aja tempat makan, tapi bila keluar ajaa, blur, tak tau nak makan mana, ko ngase?? Hahahahaha .. siapa macam ni?.
Tapi biasanya kalau keluar sorang Sis suka ke Cafe atau restoran yang more privacy laa sikit, tak suka pi kedai makan yang memang orang datang nak makan meriah-meriah anak banak, dari nak tenang, kang jadi serabut kepala. Duduk seorang ni bestnya masuk Cafe, then layan kopi atau makan yang simple-simple aja, tenang kepala otak.
Bukan memilih atau yang ‘ada-ada’ tapi pilihan memasing laa nak tenangkan diri. Ini cara Sis, lebih suka aktiviti luar yang macam ni walau seorang diri. Kadang lepas aja makan tu, terus balik, at least segala organ aku dah berlapang dada hahahaha..
Apa-apa pun terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau beri..
Alhamdulilah .. Korang kalau bosan, roger-roger laaa hahahaha..
P/S : Isu ‘songket femes’ tu, satu je aku nak cakap, dasar penyondol tak tau malu!!! !@£$%^&*
Assalamualaikum. Rakan blogger datang menziarah. Apa Khabar?
ReplyDeleteWaalaikumsalam sahabat bloggerku. Sis kabar baik-baik sahaja di sini..
Delete