Nasib baiklah jenis tangan Sis ni picit cili padi tak pijor, elok aja dia tak rasa apa, padahal tak pakai sarung tangan pun, picit sampai betul rasa pedas. Sambil picit tu, ko bayangkan orang yang sakitkan hati kau, haaa barulah sambal picit tu rasa betul pedas hahahaha..
Nak buatnya bukan susah pun, bahan sedia ada jerr di rumah. Tahap pedas pun ikutlah kepedasan korang. Jenis lidah tebal, kau letak banyak cili, jenis lidah nipis, jangan berani-berani letak cili lebih, mau terkencit hahahaha..
Makannya korang bolehlah makan dengan ulam-ulaman. Sis suka betul bau sambal picitnya masa sedang di picit. Bau belacan dan asam jawa tu betul membuka selera. Habis picit kau jilat jari jemari kau tu, arghhh nikmattt rasa dia weyyy. tak caya try..
Nah Sis beri resepi sambal picit paling mudah dan sedap versi Sis Lin yerr..
Resepi Sambal Picit
Bahan-Bahannya ;
Segenggam Cili Padi (ikut pedas masing-masing)
Belacan bakar sebesar sudu besar
Asam jawa segenggam (amik airnya sahaja, agak-agak kepekatannya)
Gula sesudu besar
Garam dan Perasa sesudu kecil
Cara Membuatnya ;
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas mangkuk
Cuci tangan bersih dan mula memicit cili padi
Picit sampai cili patah-patah dan semua bahan serasi semangkuk
Agah dah puashati, boleh hidang
Jilat jari tu dan rasa masam pedasnya
Kalau dah okayy, dah bolehlah makan.
Noted : Nak sedap, cincang dadu tomato dan bawang besar, dan tabur atas sambal picit sebelum hidang. Taknak pun takpe. Biasa yang taknak tu ‘Malas’ hahahahaha..
P/S : Makan dengan Ikan Bakar atau ikan rebus pun sedap uiii.. terliur kita ..
Memang sedap makan ulam-ulaman dengan sambal ni. Boleh menambah nasi...hehe...
ReplyDeleteKann Leya, lauk jahat ni, nak nak kalau ada ikan rebus hahahah
DeleteMemang jahat tau sambal ni. Ada pulak tu bendi rebus. Kita dahlah penyuka sambal dan ulam. Kecur air liur. Haa boleh cuba resipinya nanti. Terima kasih Kak.
ReplyDeleteYerrr kalau makan jangan terlalu lapar, bahaya hahahaha
Delete