Menariknya tentang buffet ni, ia bukan sekadar hidangan biasa. Ia adalah satu perjalanan kulinari yang menggabungkan rasa, tradisi, dan teknik masakan autentik Indonesia.
Apa yang buat makan malam ni lagi istimewa adalah sentuhan Chef jemputan khas, Wisnu Adiyatma dari Renaissance Bali Uluwatu Resort & Spa. Setiap hidangan yang disediakan benar-benar mengekalkan keaslian rasa Bali, tetapi dipersembahkan dengan gaya moden yang lebih eksklusif.
Lebih dari 300 hidangan keseluruhan yang di hidangkan. Sis mula dengan hidangan pembuka selera, dan terus boleh rasa keunikan rempah Nusantara yang digunakan. Antara yang mencuri perhatian mestilah hidangan Kambing Panggang Marangi, daging dia sangat lembut, juicy, dan penuh dengan rasa. Jenis yang bila makan, terus faham kenapa teknik slow-cook tu penting.
Lepas tu Sis try pula hidangan bakar “flame-grilled” yang memang jadi highlight malam tu, Ikan Bakar Jimbaran juga Ayam Betutu. Aroma bakar dia memang kuat dan menggoda, lagi-lagi bila masih panas dari grill. Bahagian luar sedikit garing, tapi dalam masih juicy memang perfect balance. Rasa dia pula cukup berempah tanpa overpower, sesuai dengan selera kita di Malaysia.
Yang Sis paling suka, setiap hidangan di sini ada identiti tersendiri. Bukan jenis buffet yang semua rasa lebih kurang sama. Dari lauk berempah, sambal, sampai ke side dishes, semuanya ada karakter dan “jiwa” masakan Indonesia tu sendiri.
Antara menu rasa Bali lain yang ada; Rendang Sapi, Gulai Daun Singkong, Gulai Kambing, Nasi Kebuli, Nasi Gurih, Acar, juga aneka sambal antaranya; Sambal Kecap, Sambal Bajak juga Sambal Mantah dan banyak lagi menu lain.
Tapi tak lupa juga, ada juga menu makanan local seperti selalu, antaranya: Udang Galah Goreng, Nasi Kandar, Masakan Nogori, Sup Periuk Besar, BBQ & Grill, Asam Pedas dan banyak lagi.
Dessert pun tak kurang hebat. Ada sentuhan manis tradisional yang ringan, sesuai untuk tutup selera lepas makan berat. Tak terlalu manis, jadi memang ngam untuk yang tak suka dessert terlalu “berat”. (Sampai lupa nak amik gambar desserts).
Bagi Sis, pengalaman makan di sini bukan sekadar kenyang. Tapi lebih kepada menikmati setiap hidangan dengan perlahan, appreciate rasa, dan sebenarnya rasa macam sedang “travel” ke Bali walaupun masih di Johor Bahru,hihihi..
Kalau Sis nak describe secara jujur buffet ni memang sesuai untuk yang nak cuba sesuatu yang lebih eksklusif, bukan sekadar makan biasa. Memang jenis tempat makan yang kita akan ingat dan mungkin repeat lagi untuk special occasion.
Suasana di Cafe BLD pun sangat selesa dan tenang. Memang jenis tempat yang sesuai untuk “healing sambil makan”. Kalau datang makan sambut birthday, gathering atau santai hujung minggu, lagi terasa vibe santai dan mewah tu.
Buffet ini berlangsung setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga pula RM198nett untuk dewasa dan RM94nett untuk kanak-kanak. Untuk yang ada membership, boleh nikmati diskaun 35% memang berbaloi!.
Bagi Sis, pengalaman makan malam di Nusantara Indulgence Dinner Buffet ni bukan sekadar makan, tapi satu cara untuk menghargai kekayaan budaya melalui makanan. Setiap hidangan ada identiti tersendiri dan membuatkan kita lebih menghargai masakan Nusantara.
Opsss jangan lupa, korang try station jamu mereka. Sis minum jamu Kunyit Asem dia, perghh terus seger rasa tekak dan badan.. sedap dan tidaklah sampai termuntah minum jamunya hahahaha..
Tapi yang paling sentiasa highlight kat sini, semestinya laaa Udang Galah Goreng tu, size dia jerr bikin gelojoh memasing hangkut masuk dalam pinggan hahaha. Korang boleh makan dengan Nasi Kandar atau ratah begitu saja. Jangan risau, kat sini makanan sentiasa fast in track mereka topup.
Boleh di katakan banyak juga Sis cuba semua menu. For Sis, ada yang kena dengan tekak, ada juga yang kureng terima di tekak ni, sedap tu subjektif, ikut tekak masing-masing lerr. Kalau korang tengah cari buffet dinner best di Johor Bahru yang unik dan lain daripada yang lain, Sis memang sangat recommend untuk cuba sendiri pengalaman ni. Confirm puas hati!.
Lihat lebih banyak gambar : Fb pages akusislin
Video TikTok : @akusislin
Video IG : akusislin
P/S : Rindu plak nak travel ke Bali lagi.. bestnya hunting makan di sana!!.
















Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.