Sis sendiri pun jujurnya masih lagi dalam mood raya, belum habis rasa seronok raya tu. Setiap hari ada saja aktiviti, dari kunjung-mengunjung, sesi bermaaf-maafan, sampailah ke jemputan marhaban dan tadabbur raya yang memenuhi jadual harian.
Alhamdulillah, tahun ini terasa lebih bermakna bila dapat luangkan masa bersama keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai. Rumah pun tak pernah sunyi, ada saja tetamu yang datang beraya.
Walaupun penat dengan persiapan dan melayan tetamu, tapi inilah momen yang paling dirindui setiap kali Syawal tiba. Suasana riuh rendah, gelak tawa, dan cerita lama yang diulang kembali… semuanya jadi kenangan manis yang tak ternilai.
Dalam kesibukan tu juga, Sis turut sertai aktiviti marhaban dan tadabbur raya bersama Sahabat Tadabbur yang di pimpin oleh Ustazah Wan Jah. Aktiviti macam ni bukan saja mengeratkan silaturrahim, tapi juga memberi ruang untuk kita lebih mendekatkan diri dengan pengisian rohani. Walaupun jadual agak padat dan badan rasa letih, hati tetap rasa puas dan tenang.
Dalam kesibukan tu juga, Sis turut sertai aktiviti marhaban dan tadabbur raya bersama Sahabat Tadabbur yang di pimpin oleh Ustazah Wan Jah. Aktiviti macam ni bukan saja mengeratkan silaturrahim, tapi juga memberi ruang untuk kita lebih mendekatkan diri dengan pengisian rohani. Walaupun jadual agak padat dan badan rasa letih, hati tetap rasa puas dan tenang.
Cuma biasalah… bila dah terlalu sibuk dengan aktiviti raya, mood nak menulis blog tu agak ke laut sikit. Laptop pun macam merajuk sebab lama tak dibuka. Idea pun belum datang menjengah seperti biasa. Tapi dalam waktu yang sama, Sis memang rindu nak berkongsi cerita dan update di blog Sis ni.
Jadi hari ini, Sis amik sikit masa juga untuk menulis, sekadar berkongsi apa yang sedang berlaku dalam rutin harian musim raya ni sekarang. Bukanlah nak update artikel panjang atau review seperti selalu, tapi cukuplah sebagai update tanda blog ini masih hidup dan akan terus diisi nanti.
Inshaallah, bila suasana raya dah mula reda dan rutin harian kembali seperti biasa, Sis akan kembali aktif menulis. Banyak sebenarnya cerita dan aktiviti yang nak Sis kongsikan, terutamanya momen sepanjang raya tahun ini.
Buat masa sekarang, kita nikmati dulu baki-baki kemeriahan Syawal, hargai masa bersama insan tersayang, dan kumpul kenangan sebanyak mungkin. Semoga segala momen indah ini kekal dalam ingatan dan menjadi cerita yang boleh kita kenang di masa hadapan ❤️ ..
Yang mana nak datang ke rumah tu, jemputlah ya ..
P/S : Minggu ni full aktiviti marhaban dan beraya aku fuhhhh …









Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.