Sebenarnya, rasa penat tu bukan datang dari fizikal semata-mata. Tapi lebih kepada penat mental yang kita selalu tak nampak.
Sejak bangun pagi lagi, otak kita dah mula “bekerja”. Fikir nak masak apa hari ni, nak kemas rumah, nak urus Suami/anak/cucu, belum lagi tambah dengan hal-hal kecil yang tak pernah habis. Walaupun nampak macam perkara biasa, tapi bila semuanya berkumpul dalam satu masa, ia jadi beban tanpa kita sedar.
Tambah pula dengan routine harian yang sama setiap hari. Bangun, masak, kemas, ulang balik benda yang sama. Lama-lama, badan mungkin okay, tapi emosi jadi penat. Rasa kosong, hilang semangat, dan kadang tak tahu kenapa jadi begitu.
Yang lagi satu, kita jarang bagi masa untuk diri sendiri. Duduk sekejap pun rasa bersalah, macam banyak lagi benda belum siap. Hakikatnya, kita pun manusia yang perlukan rehat.
Tidur pun memainkan peranan penting. Kalau tidur tak cukup atau kualiti tidur tak bagus, memang mudah rasa letih walaupun tak buat kerja berat. Ini antara punca yang ramai orang terlepas pandang.
Kadang tu sampai kita persoalkan diri sendiri “Kenapa aku penat sangat ni?”. Padahal jawapannya simple… sebab kita terlalu banyak fikir dan terlalu jarang berehat.
Jadi, kalau ada rasa macam ni, percayalah itu normal. Bukan sebab kita malas atau lemah, tapi badan dan emosi kita tengah minta perhatian.
Cuba ambil masa sikit untuk diri sendiri. Tak perlu lama pun. Mungkin duduk minum kopi panas di dapur tanpa gangguan, tengok drama sekejap, atau buat benda yang kita suka. Benda kecil macam ni sebenarnya boleh bantu kita “recharge” balik tenaga.
Dalam hidup ni, kita selalu kejar untuk jadi produktif setiap masa. Tapi sebenarnya, rehat tu sama penting. Bila kita jaga diri sendiri, barulah kita ada tenaga untuk jaga orang lain.
Pelan-pelan je… tak perlu sempurna setiap hari ..
P/S : Aku kalau penat di rumah, baring.. layan Tamil! 😆





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.