TERUTUP IKAN CARU. Lama dah tak masak menu terutup ni. Semalam bukak freezer nak clearkan lauk pauk apa yang ada, terjumpa caru 2 ekor terkejung kaku dalam tu. Lupa entah bila Suami beli ni. Sis keluarkan, terus datang idea masak Terutup Ikan Caru.
Walau makannya seorang, tapi malaslah nak simpan sekor tu, jadi Sis masak aja 2 ekor. Takpe tak habis kita ratah aja. Resepi terutup ni Sis ikut dari resepi arwah Emak Sis. Dari dulu memang terutup Mak laa yang paling sedap. Terasa-rasa kat tekak kalau ingat masakan terutup arwah Mak Sis. Al-Fatihah buat Mak.
Semalam Isnin, Sis puasa sunat. . So semalam Sis masak agak lewat. Siap masak, sambil tunggu azan Maghrib, settlekan kerja rumah mana yang patut. Baju raya banyak dah pakai, dah cuci, gosok dan gantung balik. Kemain banyak ekk baju raya (ayat Laki aku) hihihi..
Ikan caru tu walau dah lama dalam freezer, still elok lagi. Sedap lagi rasanya, segarr.. Boleh pulak semalam, masak terutup, sambalnya kemain sedap! Macam tak cukup sambal pulak makan semalam. Licin 2 ekor tu Sis makan sorang. sekor makan time berbuka, sekor lagi makan ratah time tengok filem Tamil Saraswathi di Prime Video. Tragis betul ceritanya..
Resepi nak salin agak susah sebab Sis masak jenis style campak-campak. Bahannya Sis hanya guna Cili Kering, Serai, Halia, Bawang Putih, Bawang Besar dan asam keping. Blender semua bahan kecuali asam keping. Kemudian tumis sambal sampai garing. Masuk serbuk perasa, garam dan gula.
Dah garing sambalnya, tutup api. Ikan Caru di belah tepi badannya. Kemudian sumbat sambalnya di perut dan sumbat di tepi yang di kelar tu. Guna kuali non-stick dan letak minyak sedikit. Kemudian goreng ikan caru tu hingga masak. Balik-balikkannya. Nak tau ikannya dah masak ke belum, tengok pada biji matanya, kalau dah terjojol putih, maknanya ikan dah masak.
Balikkan kedua ikan tu, masukkan lebihan sambal terutup tu, curah atas ikan, biarkan dia masak sekejap, kemudian baru tutup api. Ada orang suka hiris daun limau purut dan makan tapi Sis tak suka, sebab makan macamtu jerr dah sedap. Itulah dia Terutup Ikan Caru Johor Style hihihi..
P/S : Alhamdulilah Allah permudahkan urusan pembedahan anak Sis,Yana..





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.