Tahun ini, raya Sis memang cukup bermakna. Walaupun penat tu memang tak boleh nak dinafikan, ulang alik dapur, melayan tetamu, marhaban, ziarah sana sini tapi dalam kepenatan tu, penuh dengan rasa bahagia. Rumah sentiasa meriah dengan suara gelak tawa, anak-anak jiran berlari ke sana sini, dan kehadiran keluarga serta sahabat yang sentiasa dinanti.
Kadang tu, bila duduk sekejap tarik nafas di hujung hari, baru terasa betapa letihnya badan. Tapi dalam masa yang sama, hati rasa sangat penuh. Penuh dengan rasa syukur. Tak semua orang berpeluang merasai kemeriahan raya bersama orang tersayang, jadi Sis memang hargai setiap detik yang ada.
Raya juga mengajar kita untuk lebih menghargai masa, hubungan, dan juga kesihatan diri. Dalam sibuk melayan orang lain, kadang kita terlupa nak jaga diri sendiri. Jadi bila semuanya dah kembali normal, inilah masa untuk “slow down” sedikit. Rehatkan badan, tenangkan fikiran, dan kembali kepada rutin harian dengan lebih teratur.
Sekarang ni, mood pun dah mula berubah. Dari suasana meriah raya, kembali ke kehidupan biasa. Rumah pun dah makin sunyi, bekas kuih raya pun tinggal beberapa sahaja. Tapi itulah lumrah, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Yang penting, kenangan indah tu tetap kekal.
Dan untuk Sis sendiri, inilah masa untuk kembali fokus pada perkara yang Sis suka termasuklah menulis di blog. Dah lama juga sebenarnya tak update betul-betul. Bukan tak ada cerita, tapi masa tu memang penuh dengan aktiviti raya. Sekarang bila dah ada sedikit ruang, rasa rindu pula nak berkongsi cerita, pengalaman, dan moment kecil dalam kehidupan harian.
Menulis ni bagi Sis macam terapi juga. Bila dapat luahkan dalam bentuk kata-kata, rasa lebih lega. Lagi-lagi bila tahu ada pembaca setia yang sudi singgah dan membaca. Terima kasih sangat-sangat pada yang masih setia follow blog Sis walaupun kadang update tu slow sikit.
Jadi selepas ini, Insyaallah Sis akan cuba kembali aktif seperti biasa. Mungkin tak setiap hari, tapi sekurang-kurangnya konsisten berkongsi cerita tentang kehidupan, makanan, tempat menarik, dan apa saja yang dekat dengan hati.
Untuk Syawal tahun ni, Sis bersyukur untuk segala yang berlaku sepanjang raya ini. Penat?, ya!. Tapi bahagia itu jauh lebih terasa. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang berpanjangan, dan peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadan dan Syawal akan datang.
Dan tahun ini juga, gambar raya paling banyak simpan dalam phone. Nak upload semua memang tidaklah yekkk.. delete mana yang perlu, simpan mana yang nak di jadikan kenangan. jenis Sis meamg tak suka simpan banyak photo dalam gallery, icloud 2TB pun nak delete-delete, kata anak.
Sekarang… masa untuk rehat sekejap, recharge tenaga, dan sambung kembali perjalanan seperti biasa.
P/S : Rindu Laki aku 😠..











Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.