SETELAH SEKIAN LAMA TAK MASAK ASAM PEDAS!. Dari akhir Ramadan hinggalah dah habis Syawal, baru semalam dapat masuk dapur dan masak asam pedas. Lama dah craving asam pedas sendiri, tapi masa untuk stay at home tu takde kesempatan. Bizi dengan aktiviti marhaban, ngaji dan beraya.
Kebetulan semalam kawan-kawan anak Sis, Yana nak datang ke rumah sebab raya haritu tak datang, so atas permintaan juga, Sis masak Asam Pedas Ikan Pari. Rezeki mereka jugalah sebab jumpa ikan pari segar di Pasar.
Beli 4 batang besar pari, dapat 12 ketul ikannya selepas di potong. Kawan Yana 5 orang datang, so puaslah memasing makan semalam bertambah.
Sis masak juga ; Kacang Buncis goreng telur, ada ulam petai, terung bakar, isi ikan rebus, timun, tomato dan cecah dengan sambal asam. Fuhhh memang berselera semua makan.
Kawan Yana pula datang bawa 3 paket durian. Memang rezeki betullah!. Nak makan banyak risau plak tapi kemain sedap betul duriannya. Licin dalam sekelip mata memasing ngadap ha³ (luoa nak amik gambar durian).
Lama juga mereka lepak, meriah laa rumah sekejap. Bila dah balik semua, terus senyap sunyi serta merta. Tapi alah bisa tegal biasa. Sis dah biasa keadaan begini. Bukak TV layan Netflix. Ada kelas online, masuk kelas, begitu aja laa setiap hari.
Now nak bersiap nak keluar pun kadang malas!. Lebih santai duduk rumah dan buat apa yang kita suka.
P/S : Pagi ni bikin lempeng cecah asam pedas semalam..





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.