Kalau Sis jujur, inilah realiti kebanyakan hari Isnin. Tapi sejak kebelakangan ni, Sis cuba ubah cara mula minggu baru. Bukan dengan paksa diri jadi produktif 100%… tapi dengan satu konsep simple: reset mode.
Weekend hari tu memang penuh. Dengan aktiviti rumah, masa dengan family, kadang keluar, kadang layan TV sampai lupa masa. Seronok memang seronok… tapi tenaga pun habis sama. Jadi bila masuk hari Isnin, suasana rumah tu pun macam “bercerita”. Ada baju belum lipat, dapur minta disusun semula, dan rutin harian yang tunggu kita sambung balik.
Dulu, Sis jenis yang terus push diri. Bangun pagi je terus fikir: “Hari ni kena siap semua!” Tapi akhirnya… belum tengah hari dah penat. Mood pun hilang, badan pun letih. Sekarang Sis dah belajar cara mulakan hari Isnin yang lebih baik bukan dengan tekanan, tapi dengan keseimbangan.
Pagi tadi, Sis buat sesuatu yang sangat simple. Tak terus buat kerja berat. Tak terus fikir panjang list.
Sis duduk dulu. Bukak handphone kejap tengok email. Ambil masa untuk diri sendiri walaupun sekejap. Dan percayalah, benda kecil macam ni yang sebenarnya bantu kita atasi Monday blues dengan cara paling lembut.
Lepas tu barulah Sis mula buat kerja… perlahan-lahan. Kemas satu sudut dulu. Lipat baju sikit demi sikit. Masak pun lambat sebab harini Sis puasa, masak pun yang simple je nanti. Tak perlu sempurna. Tak perlu cepat. Yang penting… jalan.
Sebagai surirumah, memang kerja tak pernah habis. Sentiasa ada benda nak kena buat. Tapi kalau kita terlalu paksa diri, kita sendiri yang akan rasa terbeban. Sebab tu Sis percaya, hari Isnin bukan tentang jadi super produktif, tapi tentang mulakan minggu dengan cara yang lebih tenang.
Bab blog pula… itu pun sama. Ada hari idea datang mencurah-curah. Ada hari… buka laptop pun rasa malas. Dulu Sis stress juga bila tak update. Rasa macam “eh blog sunyi la…” Tapi sekarang Sis ubah mindset. Kalau tak boleh tulis panjang, tulis sikit. Kalau tak ada idea berat, tulis cerita santai..
Hari Isnin ni bukan musuh kita pun. Dia cuma peluang untuk kita “reset” balik hidup kita, ikut cara kita sendiri. Tak perlu banding dengan orang lain. Tak perlu rasa bersalah kalau kita bergerak perlahan. Kadang-kadang, cara paling produktif adalah dengan tidak terlalu keras pada diri sendiri.
Jadi hari ni, Sis pilih untuk:
✔ Kemas apa yang mampu
✔ Masak untuk buka puasa
✔ Update blog
Dan itu pun dah cukup buat hati rasa lega. Tak perlu sempurna. Tak perlu hebat sangat. Cukup kita terus bergerak… walaupun perlahan.
Untuk siapa yang tengah baca ni, kalau korang pun tengah rasa Monday blues, rasa penat, atau mood ke laut… cuba lah reset mode ni.
Ambil masa.
Tarik nafas.
Mula dengan benda kecil.
Inshaallah… semuanya akan jadi lebih ringan..

P/S : Moga Allah permudahkan urusan pembedahan anak Sis,Yana harini.. aamiinn

Macam mana lak dengan saya sis.. setiap hari adalah monday blues...
ReplyDelete