INGATKAN SUSAH, RUPANYA SENANG! PENGALAMAN AKU BUAT KAD KESIHATAN DI KLINIK KERAJAAN

INGATKAN SUSAH, RUPANYA SENANG! PENGALAMAN AKU BUAT KAD KESIHATAN DI KLINIK KERAJAAN

1
INGATKAN SUSAH, RUPANYA SENANG! PENGALAMAN AKU BUAT KAD KESIHATAN DI KLINIK KERAJAAN. Lepas seminggu raya hari tu, Sis akhirnya berjaya juga buat satu benda yang dah lama tertangguh iaitu nak buat kad kesihatan di Klinik Kesihatan Taman Cendana yang baru tu. Dekat aja dengan rumah Sis. 

Sis pakat dengan kengkawan Sis, then kami pergi bersama-sama. Memang masing-masing pun ada niat yang sama rupanya. Dia tunggu dia, dia tunggu dia, gitulah!. Bila pergi dah berkawan, jadi kuranglah rasa stress sikit sebab ada teman sembang sementara tunggu turn. 

Medical Card Ada, Tapi Aku Tetap Pilih Klinik Kesihatan – Ini Sebabnya
Datang seawal 8am pun dah ada yang beratur

Sebenarnya ramai yang risau nak ke klinik kerajaan sebab bayangkan proses menunggu yang lama, ramai orang dan kena tunggu jumpa Doktornya berjam-jam. Tapi pengalaman Sis kali ni, okay je sebenarnya, asalkan kita datang dengan sabar dan tahu flow dia macam mana. 

Cara Mendaftar Kad Kesihatan

Mula-mula sekali, bila sampai di Klinik Kesihatan Taman Cendana, Sis terus ke kaunter pendaftaran.Bagitau petugas kita nak buat kad pertama kali datang. Untuk buat kad kesihatan, kena bawa IC dan maklumkan tujuan kita. Staff di kaunter pun sangat membantu dan friendly. Kalau first time, mereka akan buka rekod baru. Tak susah pun proses dia dalam beberapa minit dah selesai dan kita akan dapat nombor giliran. 

Medical Card Ada, Tapi Aku Tetap Pilih Klinik Kesihatan – Ini Sebabnya
Lepas daftar, tunggu nombor di panggil

Pengalaman Menunggu Giliran

Bab menunggu ni memang kena sabar sikit, Sis cadangkan datang awal pagi untuk elakkan crowd yang terlalu ramai. Masa Sis pergi, kami datang awal seawal jam 8am, memang dah ramai juga orang tapi masih terkawal. Disebabkan Sis datang dengan kawan, masa menunggu tu jadi lebih santai boleh sembang, update cerita raya memasing untuk hilangkan bosan.

Suasana dalam klinik pun tersusun dan selesa, berhawa dingin, jadi taklah rasa terlalu stress walaupun menunggu. 

Medical Card Ada, Tapi Aku Tetap Pilih Klinik Kesihatan – Ini Sebabnya
Okayy laa tu datang awal nombor tak jauh sangat

Temujanji Dengan Doktor & Rawatan Susulan

Bila nombor dah dipanggil, kena bayar RM1, dan perlu di ingat, mereka hanya terima 'cashless' sahaja ya. Seetelah itu, kena pergi kaunter seterusnya untuk amik tekanan darah dan juga cucuk darah (jika ada kencing manis). 

Setelah itu tunggu nombor di panggil untuk masuk ke dalam bilik Doktor. Sampai giliran Sis, Sis masuk jumpa doktor untuk pemeriksaan asas. Doktor akan tanya tentang kesihatan, rutin harian dan sebarang simptom yang dialami. Untuk pertama kali ni, Sis kena amik darah untuk bacaan HbA1c & HDL terkini bagi penukaran ubat Sis. 

Sis ambil peluang untuk tanya beberapa soalan berkaitan kesihatan diri, dan doktor bagi penjelasan yang jelas serta mudah faham. Memang rasa lebih yakin bila dapat monitor keadaan kesihatan sendiri. 

Medical Card Ada, Tapi Aku Tetap Pilih Klinik Kesihatan – Ini Sebabnya
Lepas amik tekanan darah, tunggu nombor masuk bilik Doktor

Walaupun Sis ada medical card, Sis tetap pilih untuk buat checkup di Klinik Kesihatan Taman Cendana untuk rawatan susulan rutin bulanan. Juga tujuan utama Sis, Sis nak tukar ubat dari farmasi ke ubat KK. Dalam ekonomi sekarang ni, yang mana boleh jimat, kita jimat. Sekali beli ubat di farmasi aja dekat RM500++ ubat Sis ya..

Yang bestnya, di Klinik Kesihatan Taman Cendana ni semuanya ada. Klinik Gigi ada, Unit Fisioterapi pun ada, X-Ray pun ada, semua laa ada termasuk klinik Demam pesakit luar, pun ada dalam satu tempat. Macam jakun pulak ekk masuk sini. Bertahun tak ke Klinik Kerajaan, macam nilah, alhamdulilah Allah permudahkan urusan Sis. 

Medical Card Ada, Tapi Aku Tetap Pilih Klinik Kesihatan – Ini Sebabnya
Sebelum jam 10am dah settle semua urusan, jom kita pi brunch! hahaha

Secara keseluruhan, pengalaman buat kad kesihatan di Klinik Kesihatan Taman Cendana memang sangat memudahkan dan jauh lebih baik daripada apa yang Sis bayangkan sebelum ni. Yang penting, datang dengan persediaan dan sedikit kesabaran. Kesihatan ni bukan perkara kecil, dan kad kesihatan ni sangat membantu untuk kita lebih peka dengan keadaan diri.

Medical Card tu Sis guna waktu kecemasan, contohnya; warded terutamanya. Jadi untuk check kesihatan bulanan, kita ke Klinik Kesihatan Kerajaan aja.  Ubat-ubatan Sis pula, now (hari ini) Doktor KK dah beri ubat baru untuk sebulan dan 2 minggu lagi amik darah lagi, kemudian sebulan lagi rawatan susulan untuk lihat keserasian ubat. Harapnya tiadalah masaalahnya. 

So lagi 2 minggu (hari ini) datang lagi untuk bacaan result darah Sis. Untuk korang yang masih bertangguh, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mula. Bila badan dah mula beri 'signal', jangan tunggu sampai terpaksa baru nak ambil tindakan. 

Udah-udah ler tu Open House tu kome oiii :p 


P/S : Harini amik result ujian darah, alhamdulilah semuanya baik-baik aja.. deborr Mak nokkkk

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alaamakkk ako punya further checkup hari jumaat ni...baru perassn, ghisay bila dh makan mcm² ni haaha... hari ni td try berjalan ke Sogo lalu jambatan, punya la semput oii hahaha .. terpaksa tahan nafsu 2 3 hari ni b4 chckup

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top