JALAN-JALAN CARI MAKAN - KLUANG RAILCOFFEE, NASI LEMAK ATAS BUKIT, JDT DIRECT, PADI KOPITIAM. Nak kata pusing Johor tu, tidaklah sangat sebab jalan sekitar Pasir Gudang dan juga ke Tebrau aja. Masa tak cukup nak bawa lebih jauh. Ikutkan hati nak gak bawa ke Pontian ke, JPO ke, tapi tak sempat. Masa yang sekejap ni pun dah buat kami 'food coma', apatah lagi kalau lama di Johor hahahaha,.
Selepas makan Laksa Johor dan mereka berehat, lepas Asar kami keluar. Ikut ittenery yang sedia ada Sis siapkan tu, lepas makan Laksa Johor, Sis bawa mereka lepak di Kluang Rail Coffee Kota Masai. Nak kasi Fanny rasa vibes di sini walau bukan yang aslinya HQ. At least dapatlah rasa kopi signature dan juga roti bakar mentega kaya tu kan.
Tapi awal-awal juga Sis pesan, jangan makan order banyak, sebab lepas ni kita akan tuju ke tempat makan lain pulak hihihi. Tapi sebab dah sampai, dan nak jugalah kan merasa, dari nak order satu dua, ehhh jadi banyak pulak yang di ordernya kann hahahahaha..
Takpelah, buat raso-raso kann.. Peberet Sis kalau makan di sini Lontong Kuah dia dan ice Soya. Sis datang sini jarang minum kopinya, selalu order ice Soya aja. Makanlah kami di sini sambil borak-borak. Seronok dengar cerita Fanny dan kisah throwback kami di Jakarta & Bandung, kelakar betul kalau di ingat-ingat.
Selesai makan di Kluang Rail Coffee ni, kami terus menuju ke Nasi Lemak Atas Bukit. Korang bayangkan, kopi, roti dan rojak tu pun belum sempat hancur dalam perut, dah nak sumbat nasi pulak kan hahahaha.. kalau ikut kenyang, memang tak merasalah memasing tu mencuba nasi lemak atas bukit ni.
Tempat ni ada dalam wishlist Fanny, so Sis bawakan mereka ke sini. Sis berani rekemen sebab nasi lemak dan lauk-pauknya sedap. Sambalnya pun sedap. Tapi kami tak makan sorang sepinggan, beli 2 pinggan dan kami kongsi-kongsi. Memasing dah terbentakk perut kekenyangan, kikikikih.
Ikutkan selesai aja makan nasi lemak atas bukit ni, kami nak makan durian. Di depan kedai tu aja duriannya, tapi sebab memasing dah tak larat sangat, so kami batalkan niat dan cium bau aja laa, tu pun sampai dah nak termuntah memasing hahahahaha..
Fanny kata, Raka dan temannya kirim baju JDT, so Sis bawa ke Toppen. Di sana ada kedai JDT Direct yang menjual pelbagai jenis jersi JDT lama dan baru. Okk kali ni dapatlah kami bakar lemak yang di makan tadi berjalan dalam Mall. Sis solat Maghrib di sana dulu sementara mereka pusing-pusing dalam Mall.
Alhamdulilah, Fanny dapat apa yang Raka dan temannya mau beli. Lepas dah settle beli baju, Sis bawa pula mereka duduk lepak makan Pisang Goreng di Padi Kopitiam tu. Sajerr bagitau, sini pisgornya sedap, ehhh tergoda pulak Carneyz mendengarnya hihihi. Tapi rezeki kami, pisang gorengnya tinggal last set tapi tak cukup ketul untuk jual satu set, makanya mereka bagi kami FREE, alhamdulilah.
Fanny order Keropok Lekor, nasib juga keropok lekor di sini pun sedap, cuma sambalnya aja kurang memuaskan, dah macam sambal nasi ayam hihihi.. Lepas makan, bila Sis tanya 'Mau makan apa lagi?;, cepat-cepat memasing geleng kepala hahahahaha.. semua dah tak larat nak sumbat lagi, so kami terus aja balik rumah.
Balik rumah, mandi, solat then layan Netflix sambil makan Bika Ambon yang Fanny bawa untuk Sis. Sedap betul! Kalau di kukus panas, lagi sedap.. Sambil tu Retna dan Karni mengurut di kerusi urut. Tak lama lepas tu, semua naik dan tidur. Sis berjaga sekejap, menunggu Suami sampai balik dari outstation.
Dalam jam 11.45pm macamtu, Suami call minta amik dia di kedai makan area rumah Sis. Dia nak makan, lapar katanya. Bila Suami pelawa makan sekali, ohhh tidakkkkk.. perut rasa macam nak meletop dah ni Suamiku.. walau sedap betul lauk singgang itu, tapi tak larat dah nak makan, teman dan tengok je laa yang mampu..
Esoknya.. lebih banyak tempat kami nak pergi.. so kita sambung di lain posting..
P/S : Banyak betul ole-ole Fanny bawa.. thanks Fanny! Moga kamu selamat sampai di Jakarta hari ini yaa.. aamiiinn..













Seronoknya baca entri Sis Lin kali ni! Memang betul-betul definisi jalan-jalan cari makan ni. Baru je lepas Kluang Rail Coffee, terus sambung Nasi Lemak Atas Bukit pulak, patutlah memasing 'food coma' sanggup cium bau durian je hahahaha. Untung rezeki dapat pisang goreng free dekat Padi Kopitiam!Retna ada ajak hari tu tapi tu la..SA ada wedding plak kat Muar...kalau tak..sure bleh join kasi meriah...
ReplyDeleteYerr, kali ni betul punya makan tanpa henti di buatnya SA. Kita bawa mereka betul rasa cafe dan tempat makan best dalam Johor.. tu kalau lagi lama, mau sampai ke Pontian kami hehehehe
Deletekat mana jual singgang tu weii..apsal nampak macam sedap je
ReplyDeleteKedai makan Ilham Seafood ni dekat rumah aku tu Eda, sedap weyyy, boleh ketagih makan singgang dia hahahaha
Deletebyk lokasi bw fanny jln2...bab mkn best tu
ReplyDeleteYaaa, baru hari pertama tu, tunggu esoknya pulak hehehehe
DeleteNasi lemak tu mmg kena repeat lagi la.. x puas hahahah
ReplyDeleteSetuju dgn Kak Ret. Nak repeat nasi lemak tu sebab sedap. Klu boleh pergi dlm keadaan lapar hahaha! Hari tu macam nak pecah perut tapi sedap punya pasal habis jugak nasinya 😜
ReplyDeleteKek butter Mita tu jgn lupa taruk dalam peti sejuk boleh tahan sebulan klu simpan dalam peti sejuk.