LAST DAY MEREKA DI JOHOR - KACANG POOL HAJI, MUZIUM TOKOH JOHOR, JAKEL ARIANI, LAMAN MAHKOTA, MELOR HOUSE, DURIAN

Sis Lin
By -
9
LAST DAY MEREKA DI JOHOR - KACANG POOL HAJI, MUZIUM TOKOH JOHOR, JAKEL ARIANI, LAMAN MAHKOTA, MELOR HOUSE, DURIAN. Hari pertama mereka di Johor, penuh dengan aktiviti makan dan makan, dan hari kedua (last day) ni pun, aktivitinya pun sama, makan dan makan hahahaha..kalau datang Johor jangan DIET okay! (Amaran keras). 

Sabtu 20/6, pepagi lagi kami dah keluar, kali ni Suami Sis join sekali sebab dia cuti. Lagipun Suami memang kenal baik dengan Retna dan Carneyz. Mulanya kami ke Hutan Bandar nak makan Kacang Pool di situ, tapi gerainya belum buka, so kita terus ajer laa ke Restoran Kacang Pool Haji di Jalan Dato Jaafar.
 
Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Fanny nak sangat merasa Kacang Pool Haji ni, alhamdulilah dapat dia merasanya. Suami makan Lontong Basah, begitu juga Carneyz, makan Lontong Basah dan Kacang Pool. Retna makan Mee Goreng Mamak dan roti bakar. Sis makan Kacang Pool dengan telur separuh masak, dan Fanny makan Kacang Pool sahaja. 

Restoran ni buka dari jam 7am sampai ke 12am. Memang rata-rata yang datang situ semua makan Kacang Pool aja. Servis pun laju dan tempat duduk makan pun banyak. Sis pertama kali juga datang sini. Selalu ke Kacang Pool Haji sebelah Bomba tu, yang ni belakang Bomba. 

Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Selesai makan, Sis bawa mereka ke Muzium Tokoh Johor yang baru di buka semula. Dan ini kali kedua Sis ke sini, tapi kali pertama bagi mereka. Rupanya dah jauh beza dah dulu dan kini. Bayaran masuk RM10 Dewasa, Warga Emas RM2. Kanak-Kanak (lupa berapa RM). Bukan Warganegara RM100. Muzium Tokoh Johor merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Allahyarham Dato' Jaafar bin Muhammad

Dapatlah bawa Fanny mengenali sejarah asal Johor di sini. Lepas pusing dalam Muzium 3 tingkat tu, kami terus keluar tapi singgah di Ikhwan Cafe yang berada dalam Muzium Tokoh Johor tu. Kami duduk sekejap beli kopi dan makan kek. Dapatlah sambut birthday Fanny secara sederhana di situ. 

Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Dari Muzium Tokoh Johor, Suami bisik ajak ke Jakel Ariani, nak beli hadiah untuk mereka tapi Sis tak bagitaulah tujuan sebenar pada mereka, dah mereka ingat Sis dan Suami nak belikan untuk anak-anak hihihi. Suami tukang pilih dan belek, Sis tukang matching-matching dan pilih warna. Tapi kalau dah kata dia, itu jugalah yang cantik bagi dia, penat jer jadi tukang matching hahahaha..

Fanny pun ada membeli juga untuk diri dia. Lepas dah settle bayar, terus Sis bagi sorang satu tudungnya. Surprise!. Yaa itu hadiah dari Suami Sis. Hope korang sukalah kan warna dan corak yang dipilihnya tu hahaha.. Sis pun amik kesempatan juga, tarik dua pasang untuk Sis sendiri hehehehe. 

Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Dari Jakel Ariani BBU tu, kami singgah ke Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Sajer nak bagi Fanny dan lelain tu bergambar di situ. Yang tukang amikkan gambar siapa lagi kalau bukan Suami Sis hahahaha.. nasib baik mood dia okay harini melayan kami. Ada masa mood ke-laut gak hahahaha.. Fanny tanya juga mana Istananya, dari luar memang tak nampak, Istana jauh ke dalam tu Fanny. 

Laman Mahkota Istana Bukit Serene ialah sebuah mercu tanda ikonik dan kawasan rekreasi awam yang terletak di pintu gerbang utama Istana Bukit Serene, iaitu kediaman rasmi DYMM Sultan Johor di Johor Bahru. Tempat ini terkenal dengan struktur replika mahkota gergasi yang dihiasi dengan permata batu kaca berwarna-warni, menjadikannya salah satu tarikan pelancongan utama di Johor.

Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Last Day Mereka Di Johor - Kacang Pool Haji, Muzium Tokoh Johor, Jakel Ariani, Laman Mahkota, Melor House

Dah jalan-jalan, perut baru rasa lapar, so kami terus ke Melor House. Ke sini sebab Fanny nak makan asam pedas, so Sis bawalah ke sini. Lagipun tempatnya agak selesa dan tidak crowded, boleh sembang dengan tenang. Kali ni Fanny dah bagitau awal-awal, dia nak traktir (belanja) kami sempena birthdaynya pada haritu. Thanks Fanny!. 

Banyak juga yang kami order makan, antaranya ; Asam Pedas Ikan Siakap, Pucuk Paku Masak lemak, Sambal Udang Petai, Ayam Masak Kicap, Telur Dadar, Ulam-Ulaman, Cucur Udang Bilis, Ubi Rebus Sambal Hijau. Fuhhh makan sampai licin semua, alhamdulilah .. 



Sis dan Suami singgah solat sekejap sambil Retna isi minyak. Di sebabkan semalamnya tak makan durian sebab kekenyangan, so haritu Suami bawa pulak pergi makan Durian. Nak taknak kena juga makan sebab dah di sebut-sebutkan, dah laa jalan jauh, so taknaklah sampai terkilan dan kempunan kang dalam perjalanan. 

Suami bawa makan durian di tempat Nasi lemak Atas Bukit tu. Banyak jenis durian ada. Tak silap Suami beli 6 biji. Ada durian Musang King, durian ioi dan durian udang merah. Dah makan tu Suami nk tambah durian black thorn, cepat-cepat memasing kata sudah cukup!!! Hahahaha.. tersandar weyy kenyang hahahahaha.. 

Lepas makan durian terus balik rumah. Mereka dah siap packing, tapi balik solat jamak dulu, bersihkan diri dan berehat sebentar. Sekejap tu, Anak Sis,Amat pun sampai, dapatlah mereka jumpa Cucu Sis,Amsyar.. duduk-duduk sekejap borak, kemudian mereka terus gerak balik ke KL. Jam dah menunjukkan hampir 6.30pm juga masa mereka gerak. 

Terima kasih Fanny, Retna dan Carneyz sudi singgah ke Johor dan bermalam di rumah Sis. Harap korang tak serik yaa.. nanti datang lagi tau. Thanks juga buat korang yang datang bawa pelbagai ole-ole untuk Sis dan Cucu-Cucu Sis. Moga dimurahkan rezeki korang semua. 


P/S : Plan trip seterusnya dah bermula.. jeng jeng jeng, kemanakah kita? :p 

Post a Comment

9 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedap2 tgk smua makanan tu...siap shopping di ariani masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah MZ.. rezeki mereka haritu...

      Delete
  2. dapat tinggal rumah cantik Sis Lin satu...dapat tudung Ariani pun wow juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa aja Ammi.. rezeki mereka Suami belanja tudung hadiah hirthday

      Delete
  3. Kenangan makan durian masa sakit gigi kat Teman Pelangi masih segar di ingatan. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah yaa aku masih ingat lagi tu Shai hahahaha

      Delete
    2. Hahaa kan terigt durian di taman pelangi... rindu nya zaman tu

      Delete
  4. Hahah terbayang² durian.. kalau x de penyakit..klu x kenyang sgt mmg konpom ako soh abang sabar tambah lagi buah nya 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  5. First time saya pakai tudung Ariani masa keluar dengan Fanny ke Alamanda berjumpa dengan Kak Mulan dan Sis Ezna. Sedap pakai dan senang nak bentuk, pandai pulak Abg Sabar pilih tudung utk hadiah kiteorang 😃 Terima kasih Sislin bawak kiteorang jalan2, tumpangkan rumah dan belanja makan (Sislin dan Abang Sabar) 🫶🏻. Rasa tak puas lagi nak jalan2 dan lepak2 kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!