Perjalanan ini bermula dari Johor dengan suasana pagi yang masih sepi, yer laaa orang masih bercuti lagi kan, so jalanraya lengang di Johor ni. Trip kali ni membawa satu rasa yang sukar Sis gambarkan, antara penat (baru habis raya Haji memasak, mengemas), excited, dan tak sabar untuk sampai ke destinasi. Kali ni bukan sekadar travel biasa, tapi permulaan untuk satu kisah baru di Jakarta dan Bandung.
Dari Johor, Sis memandu menuju ke Kuala Lumpur. Mulanya ingat nak naik bas atau ETS, tapi fikir nak heret bag semua, Suami syorkan lebih baik Sis drive aja, lebih santai dan lebih selesa nak membawa diri. Dan tak terkejar-kejar.
![]() |
| Are you ready? Lets go girl! |
Sampai di KL, Sis terus ke rumah Retna dulu, park kereta di rumahnya, kemudian naik kereta Retna untuk pick-up sorang lagi travel buddy iaitu Carneyz. Momen jumpa kawan travel ni selalu jadi part paling best, sebab dari situ, mood trip terus berubah jadi lebih real dan lebih hidup hahaha..
Selepas itu, kami bergerak bersama dengan kereta Retna dan park kereta di kawasan Sepang (lupa nama tempatnya) sebelum menuju ke airport KLIA1. Pakej park tu siap ada shuttle hantar kami ke arport (pergi dan balik). Dari sini, dah rasa “airport mode” dah mula. Beg ditarik, langkah dipercepat, dan suasana terminal mula memanggil kami untuk teruskan perjalanan.
![]() |
| Girl's Trip kali ni memang 'masuk air' hahahaha |
Proses check-in luggage berjalan lancar, dan semua urusan sebelum penerbangan diselesaikan dengan tenang. Flight kami dijadualkan pada jam 8.35 malam bersama TransNusa,dan ini merupakan pengalaman pertama kami bertiga menaiki TransNusa. Ada rasa ingin tahu, ada rasa excited, sebab setiap kali naik airline baru, mesti ada cerita baru yang menanti.
Sebelum boarding, kami sempat mengisi perut dulu buat “alas perut” supaya nanti dalam flight lebih selesa. Tapi yang sebenonya, memasing plan nak membuta jer dalam flight tu. So kami makan menu simple tapi tak berapa nak simple bila tengoknya, tapi cukup untuk bagi tenaga malam sebelum terbang ke Jakarta.
![]() |
| First time naik Trans Nusa .. pstt ada Pop Mie hahahaha |
Setibanya di Jakarta, kami disambut oleh seorang travel blogger, Fanny bersama suaminya,Raka. Ini merupakan kali pertama Sis berjumpa dengan Fanny secara live selepas hanya mengikuti perjalanan beliau di dunia blog dan media sosial. Dan sepanjang di Jakarta, Fanny dan Raka yang akan jadi guide tour kami di sana. Mereka sangat baik hati menyantuni kami, alhamdulilah.
Malam hampir lewat, mereka terus membawa kami untuk makan di sebuah kedai Bakmie 24 jam, satu pengalaman food hunting pertama di Jakarta yang memang terasa “authentic” dan hangat walaupun waktu sudah lewat malam. Hidangan ringkas selepas lalui perjalanan jauh itu terasa sangat nikmat, seolah-olah menutup hari panjang dengan sempurna.
![]() |
| 3 Gemini 1 Scorpio ,, siapa lagi ganas? Hahahaha |
Selepas makan, Fanny dan suaminya menghantar kami ke hotel penginapan di Jakarta, iaitu Hotel Gran Alia. Penginapan kami semua di uruskan oleh Retna. Luas biliknya, Family Room. Di sinilah kami akan menginap selama 3 hari 2 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung.
Bila sampai di bilik hotel, rasa penat Sis mula terasa, tapi dalam masa yang sama hati masih penuh dengan keterujaan. Jakarta baru sahaja menyambut kami, dan ini baru hari pertama, masih banyak cerita, makanan, dan pengalaman yang sedang menunggu untuk diterjah hihihi..
![]() |
| Hari-hari sarapan makan pecel di sini, sedap bangatttt! |
Dan begitulah bermulanya perjalanan ini…dari Johor ke KL, dan akhirnya terbang ke Jakarta, membuka lembaran pertama untuk percutian Jakarta & Bandung 2026 Sis. Dan ini adalah kali pertama Sis menjejakkan kaki di Jakarta. Kalau Bandung dah pergi dulu bersama Retna tapi 10 tahun yang lepas laaa hahahaha..
Ittenery semua dah siap tersusun, antara ikut plan asal atau akan ada yang akan bertukar? Kita tunggu dan lihat. Yang pasti hari kedua di Jakarta sedikit adventure. Nantikan cerita seterusnya dari Sis okay (kalau rajin menulis laa)..
P/S : Terima kasih buat Suami yang beri izin & 'sponsor' percutian kali ni, i love u ❤








kita beruntung kak, krn dapat suami yg mengizinkan istrinya traveling dengan teman2nya... ada beberapa teman saya, yg setelah menikah memang tak boleh traveling lagi... suaminya pula tak suka jalan2..
ReplyDeletemakanya saya bersyukur sangat ketemu raka yg kasih saya izin nak traveling kemana2 dengan travelmates. dan dia pun kenal teman2 saya, macam dengan kalian, dah di approve utk saya jalan2 lagi nanti hahahahaha
tak sangka pula susah cari tempat makan 24 jam di jkt hahahahaha.. saya kira msh banyak macam sebelum covid.. ternyata dah berubah..
kurang lama kalian di siniiiii ;p... nanti lebih lama laaah, kita ke tempat lain lagi ;)
Yaa benar Fanny, bersyukur kita.. anak sudah membesar, tidak ada keperluan nak di tunggu dan jaga, dan Suami juga mengizinkan pergi juga kasi wang belanja. Kadang terfikir, inilah masa yang Allah dah susun untuk Sis setelah lama mengurus anak dan rumahtangga..
DeleteNanti ada rezeki memang nak datang lagi ke sana Fanny, bawa Suami boleh kenalkan sama Raka. Anak-anak Sis pun suka kalau kata nak ke Indonesia sebab sana makannaya lumayan semua sedap hehehehe..
Dah baca kat blog Carneyz ngan Retna..gelak2 SA baca sebab diorang gayat tu...seronpk tengok percutian korang...
ReplyDeleteIya SA, macam-macam kisah dan ragam kami berempat di sana hahahahaha
Delete