PERLANCARAN PROGRAM #2HALAMANx300MALAM DI BIMBING BERSAMA USTAZAH WAN JAH SENAPI

Sis Lin
By -
2
PERLANCARAN PROGRAM #2HALAMANx300MALAM DI BIMBING BERSAMA USTAZAH WAN JAH SENAPI. Alhamdulilah, awal Muharam baru ni, Group Sahabat Tadabbur Sisters Sis telah melancarkan satu lagi program baru #2HalamanX300Malam selepas program pertama dulu #3Helai100Hari telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Dan ini peluang yang tak mungkin Sis lepaskan, walaupun cara nak melaksanakan agak sukar bagi Sis nak istiqomah, tapi tak mustahil kita cuba kan. Cukup atau tidak, niat dah ada, tak buat semua janji buat. Program ini telah di adakan di Stty Event Hall dan di bimbing bersama Ustazah kesayangan kami, Ustazah Wan Jah Senapi. 

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Puan Salina Muhamed selaku admin dan pengasas program ni telah merealisasikan program ini dengan jayanya bersama urusetia-urusetia lain, tahniah Sis ucapkan. Lebih kurang sama dengan program sebelum ni, cuma kali ni lebih kepada baca Al-Quran pada malam hari (waktu Tahajuud). 
Barang siapa membaca sepuluh ayat pada waktu malam, dituliskan dari golongan al-Musallin (orang-orang yang sering solat) dan tidak ditulis dari golongan al-Ghafilin (orang-orang yang lalai). Barang siapa membaca lima puluh ayat, dituliskan dari golongan al-Hafizin (orang-orang yang menjaga solat). Barang siapa membaca serratus ayat, ditulis dari golongan al-Qanitin (orang-orang yang taat). 

 


Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Tema pagi tu adalah PINK & PURPLE, so of courselah kan Sis akan pakai purple hihihi. Kehadiran kali ni pun sangat mengalakkan, hampir 50 orang. Tempat pun selesa, berhawa dingin dan PA sistem pun bagus. Sis baru tau Sitty Cafe ni ada tempat event hall, ingatkan hanya Cafe aja. 

Majlis di mulakan dengan solat Dhuha 12 rakaat dan bacann doa dari Ustazah dan kata-kata aluan dari tuan pengerusi majlis. Perjalanan majlis sangat lancar tanpa sebarang gangguan. Masing-masing semua fokus dan fahamkan matlamat dan objektif tujuan program ini di laksanakan. 

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Dan seterusnya program di teruskan dengan demontrasi cara solat menggunakan stand Quran (seperti dalam gambar atas), dan juga kita solat memegang Quran. Bila tunjuk depan-depan secara praktikal, semua orang lebih faham dan mudah memaham. Tak gitu memang tak faham laa kan macam mana cara pergerakannya dalam solat.

Kemudian majlis di teruskan dengan perlancaran bacaan Surah Fatehah dan Al-Baqarah Juzuk 1 (halaman satu dan halaman 2).Setelah itu, Ustazah memberikan sedikit huraian Tadabbur berkaitan halaman surah yang kita baca. Quran ni bagusnya, kita baca dan fahamkan apa maksud ayat, jangan baca sahaja tapi tak faham apa maksuda ayat, itu satu kerugian besar dalam hidup. 

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Setelah itu di adakan kuiz pula. Kuiz ni menarik, masing-masing di bagikan group dan setiap group perlu menjawab solan berdasarkan gambar yang di berikan dan teka nama Surah apa berdasarkan gambar tersebut, sangat menarikkk. 

Kumpulan Sis,Tasneem menang tempat ketiga dalam kuiz ni, dapatlah bawa balik 8 tin air tu haa.. satu kuiz satu tin air hahahaha.. yang kencing manis jangan bawa balik yaa kikiki. Pemenang pertama hebat betul, menang 14 tin air tak silap, tapi tak aci, mereka angkat tangan dulu sebelum dapat jawaban, tak aciii!! hahahahaha.. 

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Habis semua kuiz, kami di jamu makan Nasi Ayam Penyet dari Sitty Cafe. Semua pun dah lapar. Sedap pulak Nasi Ayam Penyetnya, Sis makan beradap dengan Ustazah dan Salina, dapatlah berbual juga sambil makan.Kalau dengan Ustazah memang seronok berbual, macam-macam ilmu Ustazah kasi. 

Inshaallah dah bagitau Ustazah, ada rezeki dan peluang, Sis nak buat lagi Qiam di rumah Sis lagi. Pertama kali buat Qiam di rumah sangat best, dapat berjaga malam, baca Qiran sesama, berjemaah dan bertadabbur, satu pengalaman yang indah yang tak mungkin dapat di lupakan. Bukan semua orang dapat peluang sebegini. Kami insan terpilih, alhamdulilah. 

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Perlancaran Program #2HalamanX300Malam Di Bimbing Bersama Ustazah Wan Jah Senapi

Di akhir program, kami bergambar group beramai-ramai. Bergambar sebagai kenangan kami di sini. Tahniah buat semua dan juga urusetia program yang telah bertungkus lumus menjayakan program ni. Semoga program ini berjalan dengan telus dan semua peserta istiqomah dalam melaksanakannya dengan jujur. 

Jujurnya, Sis masih belum dapat lagi buat setiap malam, masih berselang-selang hari, syaitam ni masih menenggek di kepala waktu tidur malam huhuhu Allahuakbar.. Ya Allah berilah aku kesempatan, kemudahan, keikhlasan, kesenangan dan Engkau permudahkan segala niat dan urusanku Ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan tidak kuat untuk istiqomah, maka perbaikilah diri aku dan berikan aku kekuatan melawan segala godaan syaitan!.. aamiinn.


P/S :Alhamdulillahilladzi bi ni'matihi tatimmush sholihaat ❤

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mata uncle terpana pada ayam penyet je... hehehe

    ReplyDelete
  2. Duduk depan sekali, pelajar A+ ni SL 😊. Cantiknya semua bila pakai tema purple & pink. Suka bila ada program begini, harapnya satu hari nanti saya dapat join grup begini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!