REZEKI HARI KHAMIS, ALHAMDULILAH

REZEKI HARI KHAMIS, ALHAMDULILAH

2
REZEKI HARI KHAMIS, ALHAMDULILAH. Rezeki tak salah alamat, begitulah, kalau dah rezeki, memang rezeki kita. Tak kira rezekinya datang dari mana, di minta ataupun kebetulan, tapi dah namanya rezeki, bersyukurlah, alhamdulilah .. 

Pagi semalam, dalam kepala dah fikir, nak masak daging korban masak kicap pedas. Sis keluarkan dagingnya pepagi lagi. Bagitau Suami tapi dia kata tak payah masak sebab kawannya Boh ada di JB, so biasa kalau Boh ada di JB mesti akan keluar makan. 

Rezeki Hari Khamis, Alhamdulilah

Tapi sebab Sis memang nak masak daging korban tu, so takpelah, tak makan pun takpe, boleh di frozenkan aja untuk makan di masa hadapan hahahaha.. Lagipun Sis pausa sunat Khamis, jadi tekak tu dah terasa-rasa daging kicap pedas cabe rawit tu, nak ke taknak, kena masak untuk memuaskan tekak sendiri. 

Masak semua sekilo daging korban tu. Sis masak Daging Kicap Pedas Cabe Rawit, goreng sawi pakchoy dan juga buat Sambal Bawang Cabe Rawit. Tapi sebab banyak sangat makanan, separuh dari mangkuk tu, Sis frozenkan, esok-esok nak makan boleh panaskan aja. 

Rezeki Hari Khamis, Alhamdulilah

Tengahari tu, tengah duduk ngadap laptop, ada pos datang 'pon pon' depan rumah, dalam hati beli apa pulakk ekkk. lepas pos tu letak barang atas tembok, Sis keluar tengok. Ada sampul besar tulis Touch 'N GO, ermmm apa ekkk.. dah bukak baru ingat ooooooo baru ingat Sis dapat Media-Kit dari Touch 'N GO yang Sis update di blog Sis mengenai Touch ’n Go x Bunga dan Bintang Limited Edition Cards ni. 

Bila bukak alaa comelnyaaa.. kad NFC dia comel ajaa, cute sangat.. bolehlah topup dan gantung kat bag duit atau kunci kereta, thanks Touch 'N GO!!.. 

Rezeki Hari Khamis, Alhamdulilah

Lepas Asar Sis bersiap masak, masak awal sikit senang Sis nak buat kerja lain (padahal nak tengok Netflix Tamil), tengah masak tu dapat notification Dominos Pizza ontheway ke rumah, haaa???? Bila pulak order ekkk.. ingat punya ingattt laaaaa lupa laaa Sis set time and date untuk hantar Dominos Pizza tu harini hahahahaha ahhh sudahhh!.

Sekejap tu, on time betul okayy, set jam 5pm, jam 4.57pm macamtu, rider dah depan rumah hon. Perghhh... Sis keluar sekali nampak budak tu pegang makk aiii 3 kotak ko! Hahahaha.. tepuk dahi aku di buatnya, siapa nak makan ni weyyyy.. dah lerr tengah masak daging.. 

Bersyukurlah, rezeki ni semua tanpa di minta. Thanks Dominos Pizza. Korang kalau nak cuba boleh cuba ya. Dominos Pizza Introducing Domino’s New Thick Crunch Pizza : The first pizza to fill the whole box. Sedap weyyy. Tapi Sis bagi sekotak pada kawan Sis. 

Rezeki Hari Khamis, Alhamdulilah

Settle masak semua, tengah duk layan Netflix, kawan Sis pulak mesej tanya kat mana, Sis memang di rumah aja. Then katanya nak singgah jap. Sis pun okayy laa. Rupanya dia nak bagi Laksa Penang hahahaha.. tambah lagi rezeki makanannya. Dan rezeki Ina juga, dapat Sis bagi dia sekotak Dominos Pizza tu kat dia, Alhamdulilah..

Laksa Penang Ina ni memang peberet Sis, kalau dia open order Sis mesti beli tapis emalam rezeki, dapatlah semangkuk. aduii mana satu nak makan ni. Daging ke, Pizza ke, Laksa ke? Hahahahaha. Terus dalam hati kata, kalau tau tak payah masak, tu laa tak dengar cakap laki takyah masak, ko degil! Hahahaha.. 

Malam tu buka puasa Sis makan nasi secekup, makan ratah daging, sambil makan pizza tu 2 keping. Kenyang weyyyy.. Pizza tu dapat makan panas-panas masa dapat mesti sedap. Nak panaskan malas hahahaha.. 

Rezeki Hari Khamis, Alhamdulilah

Lepas Isyak duduk layah Netflix filem Tamil. Sekejap tu Suami balik, nampak bawa sebekas polestrin putih. Tanya 'apa dalam tu', dia kata 'Seafood, makan tak habis tadi'. Sis pun diam je laa. Sekejap tu tiberr bau durian ehhhh.. Tanya Suami bau durian, dia kata dia makan durian tadi. Sis tak puashati, Sis bukak polestrrin tu, oooo Durian Musang King laaaa hahahaha.. 

Rezeki betullah kannn.. pulan makan 8 ulas malam tu, ikut hati, nak je perabiskan tapi beringatt sikittt uiii hahahaha.. kita simpan laa sejukkan, so pagi tadi dah makan 3 ulas hehehehe.. kang tengahari kita sambung kasi habis hahahaha.. 

Apa-apa pun terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan.. sejujurnya terlalu banyak rezeki hari Khamis yang ku dapat. Moga ada rezeki nanti, dapat pula aku kongsi kepada orang lain. Inshaallah ..


P/S : So harini dapur kita OFF!! Hahahaha ...

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lama ako x makan durian.. rs naknmakan tp mcm tkut² plak skrg ni sejak makan byk ubat hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Psttt nanti datang Jb kita makan durian nak? Hahahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top