SINGGAH MAKAN DI RUMAH MAKAN AYAM BUNUT SELEPAS JELAJAH SITU GUNUNG

SINGGAH MAKAN DI RUMAH MAKAN AYAM BUNUT SELEPAS JELAJAH SITU GUNUNG

3
SINGGAH MAKAN DI RUMAH MAKAN AYAM BUNUT SELEPAS JELAJAH SITU GUNUNG. Selesai menjelajah keindahan Situ Gunung di Sukabumi, kami singgah sebentar untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke bandar Jakarta. Destinasi pilihan kami kali ini ialah  RM Ayam Bunut, sebuah rumah makan yang cukup popular di Sukabumi dengan hidangan masakan Sunda yang menyelerakan.

Sebaik sampai, ramai juga yang sedang beratur, terlihat dari dalam suasana kampung yang tenang. Kawasan restoran yang luas bertingkat, bersih dan dikelilingi kehijauan menjadikan tempat ini sangat selesa untuk berehat seketika selepas penat berjalan dan mendaki di Situ Gunung. Memang sesuai untuk singgah bersama keluarga atau rombongan yang ramai.

Cuma Sis tak berapa banyak amik gambar keliling, sebab dah fikir nak makan dan minum Es Jeruk! hahahaha..

Singgah Makan Di Rumah Makan Ayam Bunut Selepas Jelajah Situ Gunung Sukabumi

Singgah Makan Di Rumah Makan Ayam Bunut Selepas Jelajah Situ Gunung Sukabumi

Apa yang Sis paling suka di sini ialah kemudahan suraunya yang sangat selesa. Surau lelaki dan wanita diasingkan, ruangnya luas, bersih dan terjaga. Jadi kami dapat menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak dengan tenang sebelum menyambung perjalanan. Bagi musafir seperti kami, kemudahan sebegini memang satu bonus yang sangat dihargai.

Dari segi makanan pula, memang tidak menghampakan. Pilihan lauk yang pelbagai membuatkan rambang mata untuk memilih. Ayam goreng kampung yang menjadi antara menu popular di sini dimasak dengan cukup sempurna dan penuh rasa. Sambalnya pula menambahkan lagi selera makan. 

Tidak hairanlah restoran ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong yang singgah ke Sukabumi.

Singgah Makan Di Rumah Makan Ayam Bunut Selepas Jelajah Situ Gunung Sukabumi

Singgah Makan Di Rumah Makan Ayam Bunut Selepas Jelajah Situ Gunung Sukabumi

Nasi dan ulam-ulaman di sediakan secara self-service. Begitu juga sambalnya. Ohh Sis paling suka sambalnya, tahap kepedasan sambal dia buat Sis rasa puas makan!. Sama naik Sis dengan Fanny yang suka pedas dan ulam-ulaman. Ada juga Raka order sup ayam dan juga Sate Usus, tapi Sate Usus tu memang Sis takde rasa nak makan hihihihi.     

Kalau korang merancang untuk ke Sukabumi atau dalam perjalanan menuju Jakarta, Sis memang rekomen untuk singgah makan di sini. Selain makanan yang sedap, suasana yang nyaman dan kemudahan surau yang lengkap menjadikan pengalaman makan lebih selesa dan menyenangkan.
 
Singgah Makan Di Rumah Makan Ayam Bunut Selepas Jelajah Situ Gunung Sukabumi

Singgah Makan Di Rumah Makan Ayam Bunut Selepas Jelajah Situ Gunung Sukabumi

Info Ringkas RM Ayam Bunut : 
📍 Alamat: Jl. Rumah Sakit No. 8A, Cikole, Kota Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia.
🕘 Waktu Operasi: Setiap hari, 9.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Rumah Makan Ayam Bunut ialah sebuah restoran makanan khas Sunda yang sangat popular dan terletak di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia. Restoran ini terkenal dengan konsep hidangan prasmanan (ambil sendiri), kawasan makan yang luas, serta tawaran nasi dan sambal tanpa had

Keunikan & Konsep Makanan
  • Sistem Prasmanan: Pengunjung boleh memilih sendiri pelbagai jenis lauk-pauk Sunda sebelum dibawa ke kaunter bayaran.
  • Isi Semula Percuma: Hidangan nasi (bayar sekali per/seorang), aneka jenis sambal, teh, air putih, dan ulam-ulaman (lalapan) boleh ditambah secara percuma sepuasnya.
  • Menu Utama: Menyediakan hidangan ikonik seperti ayam bakar/goreng (dada/paha), gurame bakar, paru goreng, babat, semur jengkol, pepes ayam, karedok, dan tumis cendawan.

Singgah Makan Di Rumah Makan Ayam Bunut Selepas Jelajah Situ Gunung Sukabumi
Surau Perempuan

Singgah Makan Di Rumah Makan Ayam Bunut Selepas Jelajah Situ Gunung Sukabumi
Surau Lelaki

Selepas perut kenyang dan selesai menunaikan solat, kami pun meneruskan perjalanan kembali ke Jakarta dengan hati yang puas dan penuh kenangan indah dari Sukabumi. Sampai hotel mandi, gosok baju untuk hari esok, makan ubat, rehat sekejap baru Sis tidur. 

Syukur alhamdulilah Allah beri kesihatan yang baik untuk berjalan jauh, mendaki, memanjat sepanjang di Sukabumi. Kadang tu risau juga takut ketahanan badan tidak kuat, maklumlah kan dah 50an ni, tapi alhamdulilah.. Allah permudahkan.. 


P/S : Kalau Suami mesti suka, sebab menu dia semua ayam kampung.. 

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedap nmpknya ayam kampung tu...xde gmbr sate usus ye br nk tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ayamnya, gurih..
      Ada tu dalam pinggan ayam tu, yang ada lidi tu Mama Tisya

      Delete
  2. Ya allah terngiang² kepedasan sambal dia weiii.... itu kalau ayam dia ada extra mmg ratah sesajo hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top