TRAVEL DIARY SUKABUMI : PENGALAMAN DI SITU GUNUNG, SKY BASKET, JAMBATAN LEMBAH PURBA & AIR TERJUN CURUG SAWER

TRAVEL DIARY SUKABUMI : PENGALAMAN DI SITU GUNUNG, SKY BASKET, JAMBATAN LEMBAH PURBA & AIR TERJUN CURUG SAWER

3
TRAVEL DIARY SUKABUMI : PENGALAMAN DI SITU GUNUNG, SKY BASKET, JAMBATAN LEMBAH PURBA & AIR TERJUN CURUG SAWER. Trip ke Jakarta kali ini, kami ke Sukabumi memang bagi pengalaman yang betul-betul “reset” kepala campur penat, excited, takut sikit, tapi dalam masa sama… tenang yang susah nak explain.

Kota Sukabumi berasal dari bahasa Sunda. Yaitu Suka-Bumen. Sukabumi sangat terkenal dengan keindahan alamnya yang memukau dan kulinernya yang legendaris. Terletak di kaki Gunung Gede Pangrango, daerah ini memiliki suhu yang sejuk dan menjadi destinasi pilihan pelancong. 

Destinasi utama kami ialah Situ Gunung, satu kawasan alam semula jadi yang dikelilingi hutan hijau, sungai, jambatan gantung dan aktiviti adventure yang memang buat hati berdebar dari awal sampai habis. 

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

🚗 Perjalanan 4 Jam Yang Penuh Sabar dan Mencabar

Seawal jam 7am Fanny dan Raka sudah pick-up kami di Hotel. Habis sarapan terus keluar. Perjalanan dari awal dah mencabar sikit. Kami naik kereta hampir 4 jam, dan jalan pula memang jem sebab ada jambatan sedang dinaik taraf.

Dalam kereta tu… ada masa diam, ada masa gelak, ada masa dah start “eh bila nak sampai ni”. Tapi biasalah, travel nature macam ni memang kena sabar dulu sebelum dapat reward view cantik. Pengalamannya sama macam ketika Sis ke Bromo dulu, satu perjalanan yang jauh, tapi hasilnya sangattt berbaloi!. 

Sesiap bawa bekal apa yang patut.. 

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

🌲 Hiking Masuk Hutan – Start Adventure Sebenar

Sampai je kawasan Situ Gunung, kami kena berjalan kaki dan hiking naik bukit merentasi hutan dari tempat letak kereta. Tapi bukanlah hutan tebal mana pun. Just semak samun pokok-pokok dan naik turun tangga ajer. Tapi semput juga weii.. 

Ini part yang mula-mula buat rasa:
“eh… jauh juga nak masuk sini ya” dan paling kesal sebab rasanya macam tak kena outfit Sis pagi tu, ermmmm.. Tapi nak buat macam mana, redah ajer laa... bila dah mula jalan, suasana hutan dia lain macam. Bunyi burung, angin sejuk, bau tanah basah. semua tu buat rasa stress terus hilang sikit demi sikit sampailah naik atas. 

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

🎟️ Tiket VIP + Shuttle Masuk Kawasan

Kami ambil tiket 'Jalur Hijau' sekitar Rp150,000/pax termasuk guide tour + welcome drink. Lepas beli tiket, kami naik shuttle VIP masuk ke kawasan dalam. Tak perlu jalan terlalu jauh, jadi tenaga boleh simpan untuk aktiviti utama.
  • Jalur hijau, memiliki jarak terdekat yaitu hanya 1,5 kilometer. Pengunjung akan diantarkan oleh kendaraan shelter yang dapat meringkas jarak tempuh. Jalur ini biasa disebut jalur VIP.
  • Jalur kuning mempunyai panjang sekiar 2,5 kilometer. Jalur ini melewati trek gunung bebatuan menuju Jembatan Gantung.
  • Jalur merah memiliki jarak terjauh, jaraknya yaitu sekitar 3,7 kilometer. Tiketnya dijual dengan harga paling mahal.

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

🧺 SkyBasket – Keranjang Langit 2 Hala

Ini antara highlight paling “wow” dalam trip Sis. Kami naik Keranjang Sultan Langit (Sky Basket) dua hala pergi dan balik. Panjang lintasan mencapai lebih dari 500meter dan ketinggian sekitar 160 meter di atas lembah. Dari atas ini memberikan sudut pandang luar biasa untuk menikmati panorama Gunung Gede Pangrango dan Curug Sawer yang menawan.

Sebenarnya tak tau pulak naik keranjang ni rupanya dua hala pergi balik ke tempat yang sama. Ingatkan sehala kemudian ke tempat lain, rupanya dua kali debaran yaa. Macam-macam zikir dan doa dah baca termasuk doa makan hahahaha.. 

Bayangkan duduk dalam bakul kecil yang muat-muat punggung berdua, tinggi atas hutan, angin kuat, dan view terbuka luas hijau-hijauan… memang rasa:
Ya Allah, cantik gila tapi kenapa aku ada kat sini” hahahahaha .. 

Tapi dalam takut tu, ada rasa tenang yang kalau boleh nak jerit 'Encik Sabar i love you', tapi yang mampu, pegang kuat-kuat dan senyum ajer laa. Tu pun beranikan diri pegang tripop Retna dan amik video juga gambar. Kalau ikut takut, memang takde laa video dan gambar kami atas keranjang tu. 

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Rehat + Welcome Drink

Lepas semua debaran Sky Basket, kami berhenti rehat sekejap.
Dapat welcome drink + sedikit cemilan. (dalam gambar tu kami beli sendiri)
Simple je tapi waktu tu rasa nikmat dia lain macam. Macam reward kecil lepas survive satu aktiviti adventure hahaha. terus rasa lapar. 

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

🌉 Situ Gunung Suspension Bridge (OOTD Wajib!)

Lepas rehat, kami terus ke salah satu ikon utama iaitu Situ Gunung Suspension Bridge - Jembatan Gantung Lembah Purba. Jambatan gantung ni memang panjang diiktiraf sebagai jambatan gantung hutan terpanjang di Asia Tenggara 535 meter & lebar 1.2 meter dan berada pada ketinggian 107 meter dari paras tanah. 

Mula-mula masa nak step atas dia memang automatik jadi slow. Lama-lama ewah kemain laju ke depan sebab nak habiskan perjalanan jambatan tu hahaha..

Tapi bila dah tengah jalan… SUBHANALLAH.
Di kiri kanan penuh hutan hijau, angin sejuk, bunyi alam, memang rasa macam masuk dunia lain. Tak sah kalau tak berhenti ambil OOTD. Setiap sudut memang “instagrammable”, walau kau atas jambatan gantung hahahaha..

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

💦 Air Terjun Curug Sawer 35 Meter

Next stop paling healing: Air Terjun Curug Sawer
Ketinggian lebih kurang 35 meter, air jatuh laju dengan bunyi yang kuat, percikan dia sejuk kena muka terus rasa fresh balik. Nampak ada orang mandi bestnya!. 

Ini tempat yang buat Sis rasa paling “hidup” dalam trip ni setelah penat berjalan. Tak perlu cakap banyak… just berdiri tengok air terjun pun dah cukup tenang. Tak lama kami di situ, sebab nak meneruskan perjalanan lagi. Fakta yang korang perlu tau, jarak Curug Sawer ni hanya 1,7 kilometer dari pintu masuk, tapi sebab kita lalu jambatan gantung tu, maka perjalanan ke Curug Sawer ni jadi 500 meter aja. 

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

🧺 Keranjang Sultan – Menyusuri Sungai Dari Udara

Lepas air terjun, kami cuba Keranjang Sultan. 
Ini versi lebih santai berbanding keranjang sultan langit tadi tu tapi tetap tetap adventure, menyusuri sungai dari atas dalam bakul. Bawah tu sungai mengalir laju, kiri kanan hutan, angin sejuk… rasa macam “slow mode perjalanan hidup”. 

Tiber pulak rasa tak mencabar langsung hahahaha *berlagakk ekkkk. Tengok jerr aksi Retna tu, atas keranjang langit kemain tutup mata takuttt, tapi di keranjang sultan tu, kemain beraksi posing dengan tripod dia hahahahahaha :p

Travel Diary Sukabumi: Pengalaman Di Situ Gunung, Sky Basket, Jambatan Lembah Purba & Air Terjun Curug Sawer

🏍️ Balik Naik Ojek – Adventure Last Sekali

Dan ini part paling “plot twist”.
Balik turun kami  di tanya sama Fanny, mau naik ojek atau lalui jambatan merah? Tapi sebab memasing pun kaki lutut semua hampir tercabut, kami sepakat naik ojek, dan… jujur Sis cakap, ini paling menakutkan dari ojek yang Sis naik di Bromo.

Jalan berbukit, berliku, dan laju. Tapi dalam takut tu, ada juga rasa kelakar sebab fikir:
Ya Allah aku relakan hidup aku kat tangan abang ojek ni” hahahahaha ...

Belum sempat nak adjust punggung atas seat ojek, budak ojek tu terus press minyak jalan terus! kau ngase?!. Hampir nak cekik leher budak ojek tu jerrr, Tapi selamat kami semua sampai bawah, Alhamdulillah. 


🌿 Sukabumi Bukan Sekadar Travel, Tapi Healing

Trip ke Situ Gunung ini memang lengkap:
✔ Hiking
✔ Adventure
✔ Jambatan gantung
✔ Air terjun
✔ Sky basket
✔ Sungai & hutan

Bukan sekadar jalan-jalan, tapi lebih kepada escape dari dunia sibuk. Kalau korang suka nature travel, ini memang antara tempat yang patut masuk dalam wishlist jika datang ke Sukabumi. 

Perjalanan balik dari Sukabumi tu, kami singgah dulu makan malam dan solat di Restoran Makan Ayam Bunut. Masih jauh lagi perjalanannya. Nanti Sis kongsikan di posting lain yaa.. 


P/S : Cuma terkilan pulak tak singgah mencuba Kue Mochi mereka. Maybe next time!. 

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Trip ni bermula dengan debaran, berakhir dgn debaran jugak 😂 naik ojek tu rasa macam biarlah kali pertama dan terakhir taknak naik dah lepas ni 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Kan teflepas kue.mochi... dh blk msia br la lalu lalang posting mochi ni.. aisshhh kena repeat kah? 🤣

    ReplyDelete
  3. Astagaaaaah, saya masih gelak part baca keranjang sultan dan ojek 🤣🤣🤣🤣🤣... Memang betul kata Karni, diawali dengan debaran, ditutup dengan debaran yg sama 😂😂😂.

    Tapi jarang2 turis Malaysia nyasar sampai Sukabumi kaaak hahahahhaha. Boleh berbangga sikit lah , tempat wisata kalian beda sendiri wkwkwkwk

    Btw, ada typo agaknya di atas. Tiket jalur merah paling mahal 😄, sebab paling panjang kan. Kakak tulis paling murah.

    Ini kalau suami kaka ke sini, rasany2 dia nak naik keranjang langit tak 😅😅?

    Mochi tak coba yaaa. Nanti laaah, boleh ke Sukabumi lagi, tp next kita eksplor kota saja 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top