MASING-MASING BERGAYA DI MALAM MEDIA & CORPORATE APPRECIATION NIGHT IMPIANA HOTEL SENAI

MASING-MASING BERGAYA DI MALAM MEDIA & CORPORATE APPRECIATION NIGHT DINNER IMPIANA HOTEL SENAI | KALAU sebelum ni, dapat juga jemputan sebegini, tapi jemputan dari Sunway Big Box, cuma Sis tak dapat nak pergi atas sebab-sebab yang tak dapat nak elak, rasa terkilan pun yaa. Yaa laa kita sebagai media (blogger) ni rasa di hargai bila ada certain pihak Hotel dan PR yang meraikan kita ni. Walau bukanlah majlis gilang-gemilang. 

Pelbagai hadiah di sediakan, dengar cerita dari kengkawan yang pergi, rata-rata media yang hadir semua dapat hadiah lucky draw, ermm takpelah, dah bukan rezeki kita kan. Dan baru-baru pulak, Sis dapat pulak jemputan Media & Corporate Appreciation Night dari Impiana Hotel Senai Johor Bahru dengan bertemakan Black & Gold. 

Apalagi kemain excited laa kan. Terus dalam kepala fikir, 'baju apa nak pakai ek?', hahahaha.. benda lain takde fikir, baju ajer yang di fikirkan. Mestilah kan, kena masuk dalam tema, taknak laa orang tengok kang tup-tup Sis Lin datang pakai purple hahahaha, dah le dalam lemari penuh purple jerr muahahaha.. 

Masing-Masing Bergaya Di Malam Media & Corporte Appreciation Night Impiana Hotel Senai

Masing-Masing Bergaya Di Malam Media & Corporte Appreciation Night Impiana Hotel Senai

Bagitau Suami pasal dinner ni, then minta dia belanja beli baju, tak sangka respon Suami positif, tu yang hujung minggunya Suami bawa pergi Kota Tinggi, dan Sis beli baju baru warna mustard (ala-ala gold laa) dan pakai pada malam Media & Corporate Appreciation Night Jumaat baru ni. Alhamdulilah, terima kasih Suami.. 

Sebenarnya, event ni bukan laa event menyeluruh semua media Johor, tidakkk, ada certain geng-geng JDT Blogger Sis pun takde dapat jemputan, ianya lebih kepada menghargai media yang selalu cover event dan review di Impiana Hotel ni jer, tu yang bila pergi, takde laa kata media-media atau mainstream Johor semua ada. Kira macam private event laa, haa gituu.. 

Ahli-ahli korporatnya pun semua dikalangan company-company yang support Impiana ni haa.. mereka juga di raikan dalam satu majlis ni, dan yang bestnya, hadiah pun semua sama rata, semua juga dapat cabutan, tak kira laa ko VIP ke, media ke, atau korporat ke, semua pun dapat masuk cabutan bertuah, so ikut lucky memasing laa kan.. 

Masing-Masing Bergaya Di Malam Media & Corporte Appreciation Night Impiana Hotel Senai

Masing-Masing Bergaya Di Malam Media & Corporte Appreciation Night Impiana Hotel Senai

Tapi Sis paling enjoy laa malam tu, sebab pergi event yang takde laa Sis rasa datang nak 'buat kerja', so memang datang, santai-santai, enjoy the moments bersama kengkawan dan makan tanpa perlu nak amik gambar hahahaha.. (entah ler, memang Sis tak amik gambar makan pun semua).. 

Dah nama pun malam menghargai kan, so kita duduk diam je laaa, kita layan apa yang mereka persembahkan dan apa yang mereka hidangkan. Kalau boleh nak gaya ala bintang gitu, sesekali nak rehat dan keluar dari dunia media, datang sebagai jemputan, kan seronok kannnn.. 

Kena pulak, memasing yang datang semua bergaya dan melaram habis. Suka tengok semua yang datang dalam tema hitam dan emas, sangat anggun dan elegant sekali ko.. tapi bila tengok lelama, dah macam Maybank pulak (kata Sunah) Hahahahahaha.. 

Masing-Masing Bergaya Di Malam Media & Corporte Appreciation Night Impiana Hotel Senai

Masing-Masing Bergaya Di Malam Media & Corporte Appreciation Night Impiana Hotel Senai

Bergambar lerr kami sana sini dengan kengkawan. Walau selalu juga jumpa, tapi keadaan yang beza. Kadang tu jumpa pi event, tapi takde nyempatnya nak bergambar sama weii, sebab memasing datang semua kena 'buat kerja', so malam tu memang datang bergambar habis laaa memasing hahahaha.. 

Menu-menu yang di hidangkan pun semua lazat-lazat. Paling sedap Shark Fin Soup dia lerr, perghh dua mangkuk Sis bedal, makan hirup pepanas, memang layan habis lerrr.. Kami semua turut di hiburkan dengan persembahan dari Classical Indian Dance dan juga Malay Zapin & Joget dari Tari Aliff. Ada juga live band sepanjang majlis dan lucky draw sebanyak 13 cabutan. 

Dan rezeki team JDT Blogger Sis, Ombak Bergigi dapat hadiah lucky draw pada malam tu, dapatlah dia stay di Impiana 2 hari 1 malam dan juga hadiah sebentuk cincin dari Shimmers by GiftTalk. Rezeki anaknya,Luth.. tapi hadiah pada malam tu memang hebat-hebat gilerr.. Hadiah utama aja, penginapan di Impiana Hotel Phuket, then di Bali, juga di KLCC, dan Ipoh. Paling dekat penginapan di Impiana Johor laaa, pun dah okay sangat.. 

Masing-Masing Bergaya Di Malam Media & Corporte Appreciation Night Impiana Hotel Senai

Masing-Masing Bergaya Di Malam Media & Corporte Appreciation Night Impiana Hotel Senai

Tapi bukan rezeki Sis laa malam tu, tak dapat pun lucky draw, bukan tak lucky, tapi bukan rezeki.. tapi tetap bersyukur, dapat juga bawa balik sekaki payung dri Impiana Hotel. Memang kenalah kann, dah lerr musim hujan ni, makanya sediakan payung sebelum hujan. 

Tengok aja laa Nona tu haa, kemain gembira dapat payung. Walau sekaki payung, kau ingat tak jadi rebutan ke? Time hujan jerr memasing berebut nak beli payung, kadang tu ada orang, pinjam payung kita, sampai ke sudah tak pulang-pulang yaa.. begitu berharganya sekaki payung yaaa.. 

Korang kalau nak tengok video pada malam majlis tu, korang boleh tengok di REEL instagram akusislin tu yaa.. jadilah kann, untuk kenangan sebagai media as blogger. Sesekali kena gak hiburkan hati bersama kengkawan macam ni, dan juga lebarkan networking memasing.. 

Terima kasih Impiana Hotel Senai Johor dan juga team Brand Culture PR yang banyak membantu Sis melebarkan networking dan juga memberi keprcayaan untuk bekerjasama. dengan kalian.   


P/S: Sana sini cerita Bilal.. buat Ummi Bilal, moga tabah dan sabar dengan ujian dari Allah. Lebih baik diam dari meninggalkan komen yang akan membawa kesan mendalam.. subhanaallah, dunia dunia.. 

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. seronoknya ada event. Btw baju sis cantik! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali gini memang seronok, happykan diri sendiri je VM ...thanks..

      Delete
  2. seronoknya..lama x join even2 blogger mcm ni.. seronok!! cantik baju nya... and meriah berposing!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, selalu jumpa gak blogger, tapi emmasing bizi dengan kerja, ini kali betul-betul enjoy..

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahah kannn, kemain cantik Cik Sun kannn hahaahha

      Delete
  4. Ehhh ehhh.. ditepeknya gambo i pegang payunggg 🤣 Ya.. i pun happy datang santai santai.. layan org menyanyi.. tgk org bergambo.. hahahaa.. Dapat payung lagi syiokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu muka happy dapat payung Non, harus di tunjukkkk hahahaha

      Delete
  5. seronok kan bila dpt gather2 cam ni. rindu pulak suasana kumpul2 cam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa seronok, bukan selalu, kalau selalu pun sebab kerja..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment